vaginal atrophy
Postmenopausal atrophic vaginitis, atau Atrofi Faraj, adalah penipisan dinding faraj yang disebabkan oleh tahap estrogen yang semakin menurun.

Atrofi Faraj atau ostmenopausal atrophic vaginitis, adalah penipisan dinding faraj yang disebabkan oleh tahap estrogen yang semakin menurun. Keadaan ini biasa berlaku selepas menopaus.

Menopaus merupakan salah satu fasa dalam kehidupan seorang wanita. Ia biasanya bermula apabila ovari wanita tersebut tidak lagi mengeluarkan telur di antara usia 45 hingga 55 tahun. Wanita yang menopaus juga berhenti mengalami kitaran haid. Seorang wanita dikira menopaus apabila beliau tidak datang haid selama 12 bulan atau lebih.

Wanita yang mengalami Atrofi Faraj mempunyai risiko besar untuk mendapat jangkitan faraj yang kronik dan masalah fungsi kencing. Bukan itu sahaja, penyakit ini juga boleh menjadikan hubungan seks sangat menyakitkan.

Menurut kajian yang dilakukan, didapati sehingga 40 peratus wanita menopaus mengalami simptom Atrofi Faraj.

Simptom Atrofi Faraj

Simprom Atrofi Faraj boleh berubah-ubah. Seorang wanita tidak semestinya akan mengalami kesemuanya pada masa yang sama.

Ini termasuklah:

  • Kehilangan libido.
  • Ketidakselesaan semasa bersetubuh.
  • Cecair pelincir menurun ketika hubungan seks.
  • Berlaku pendarahan selepas bersetubuh.
  • Mengalami jangkitan saluran kencing dengan kerap (Urinary Tract Infection).
  • Kepucatan dan penipisan pada faraj
  • Penegangan atau pemendekan faraj

Punca Atrofi Faraj

Punca utama Atrofi Faraj adalah penurunan estrogen. Tanpa estrogen, tisu faraj akan menipis dan mengering menyebabkan keanjalannya menurun, rapuh dan senang cedera.

Penurunan estrogen juga boleh berlaku pada waktu lain selain Menopaus, termasuklah:

  • Semasa menyusu bayi.
  • Selepas pembuangan ovari (menopaus melalui pembedahan).
  • Selepas menjalani kemoterapi untuk rawatan kanser.
  • Selepas menjalani terapi radiasi pelvik untuk rawatan kanser.
  • Selepas menjalani terapi hormon untuk rawatan kanser payudara.

Diagnosis Atrofi Faraj

Sekiranya anda berasa sakit sewaktu melakukan hubungan seksual walaupun dengan penggunaan pelincir, berjumpalah dengan doktor anda segera. Selain itu, anda juga perlu berkejar ke klinik jika anda mengalami pendarahan, lelehan, kesakitan atau sensasi terbakar pada faraj anda.

Sesetengah wanita berasa malu untuk bercakap dengan doktor tentang masalah bahagian inti mini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor bagi membantu mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Kebiasaannya, sewaktu diagnosis doktor akan bertanya soalan mengenai sejarah kesihatan anda. Beliau juga ingin tahu berapa lamakah anda sudah putus haid dan sama ada anda pernah mengalami kanser. Doktor juga boleh bertanya jika anda menggunakan sebarang produk komersial atau ubatan di kaunter .

Ini kerana, sesetengah minyak wangi, sabun, produk mandi, deodoran, pelincir dan spermisida boleh menjejaskan organ-organ seksual yang sensitif.

Doktor akan merujuk anda kepada pakar sakit puan untuk menjalani ujian dan pemeriksaan fizikal. Semasa pemeriksaan bahagian pinggul, doktor akan memeriksa organ pelvik anda. Doktor juga akan memeriksa bahagian luar kemaluan anda untuk menegsan tanda-tanda fizikal Atrofi Faraj seperti:

  • Lapisan faraj pucat, licin dan berkilat.
  • Hilang keanjalan.
  • Bulu yang jarang.
  • Bahagian luar kemaluan yang licin dan lembut.
  • Tisu sokongan rahim meregang.
  • Prolaps organ pelvik (pembengkakan di dinding faraj).

Doktor juga mungkin akan menjalankan ujian berikut:

  • Pemeriksaan pelvik
  • Ujian smear faraj
  • Ujian keasidan faraj

Ujian smear merupakan pemeriksaan mikroskopik tisu yang telah dikikis dari dinding faraj. Ia mengesan beberapa jenis sel dan bakteria yang berkaitan dengan Atrofi Faraj.

Faktor Risiko Atrofi Faraj

Faktor tertentu dikenali boleh menyumbang kepada Atrofi Faraj, seperti:

  • Merokok. Rokok merosakkan peredaran darah anda dan mengurangkan aliran darah serta oksigen ke faraj dan kawasan berdekatan lain. Merokok juga mengurangkan kesan estrogen dalam tubuh anda secara semulajadi.
  • Tidak pernah melahirkan melalui faraj. Para penyelidik telah mendapati bahawa wanita yang tidak pernah melahirkan secara normal (melalui faraj), lebih cenderung untuk mengalami simptom Atrofi Faraj berbanding wanita yang melahirkan secara normal.
  • Tiada aktiviti seksual. Aktiviti seksual, dengan atau tanpa pasangan akan meningkatkan aliran darah dan menjadikan tisu faraj lebih elastik.

Rawatan Atrofi Faraj

Selain dirawat melalui remedi semulajadi dan perubahan gaya hidup, terdapat beberapa ubat yang boleh merawat Atrofi Faraj.

Pilihan ubat-ubatan berikut boleh didapati di kaunter (Over The Counter):

  • Pelincir berasaskan air dan pelincir bebas gliserin membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa hubungan seks.
  • Sapukan pelembap vagina berasaskan air setiap 2 hingga 3 hari. Kesannya adalah lebih lama daripada pelincir.
  • Meletakkan krim estrogen topikal secara langsung ke faraj bagi melegakan simptom dengan cepat dan berkesan. Ia juga mengurangkan pendedahan estrogen kepada saluran darah.
  • Estrogen oral juga merupakan pilihan rawatan yang baik untuk Atrofi Faraj.
  • Cincin pelepas estrogen boleh dimasukkan di dalam faraj dan berfungsi untuk melepaskan hormon bagi menangani sebarang perubahan.
  • Terapi estrogen sistemik boleh didapati dalam bentuk tampalan pada kulit, implan di bawah kulit, tablet atau gel topikal.

Namun begitu, terapi estrogen sistemik mempunyai beberapa kesan sampingan kepada pesakit. Termasuklah:

  • Ketidakselesaan pada payudara
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Senak
  • Sakit perut
  • Pendarahan pada faraj

Selain itu, terdapat juga risiko peningkatan kuman dalam darah dan kanser payudara melalui rawatan jenis ini. Walau bagaimanapun, faedah biasanya melebihi risiko.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginal-atrophy/symptoms-causes/syc-20352288

https://www.webmd.com/menopause/vaginal-atrophy#1

https://www.webmd.com/menopause/vaginal-atrophy#1

Summary
Atrofi Faraj (Vaginal Atrophy) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Atrofi Faraj (Vaginal Atrophy) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Atrofi Faraj atau ostmenopausal atrophic vaginitis, adalah penipisan dinding faraj yang disebabkan oleh tahap estrogen yang semakin menurun.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: