asid folik (folic acid)
Asid folik adalah bentuk sintetik folat, yang merupakan vitamin B yang dihasilkan secara semula jadi. Folat membantu menghasilkan DNA dan bahan genetik lain.

Pengenalan

Asid folik adalah bentuk sintetik folat, yang merupakan vitamin B yang dihasilkan secara semula jadi. Folat membantu menghasilkan DNA dan bahan genetik lain. Ia adalah sangat penting dalam kesihatan pranatal.

Folat, juga disebut sebagai vitamin B-9 adalah vitamin B yang terdapat pada makanan tertentu secara semula jadi. Asid folik adalah bentuk folat yang ditambahkan oleh pengeluar kepada suplemen vitamin dan makanan yang diperkaya.

Kegunaan

Folat adalah penting untuk pelbagai fungsi dalam badan. Ia boleh membantu badan menghasilakn sel darah merah baru yang sihat. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Sekiranya badan tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, seseorang boleh mengalami anemia, dan ini menyebabkan keletihan, kelemahan dan kulit yang pucat.

Senarai berikut melihat beberapa keadaan yang boleh mendapat kesan kepada dengan pengambilan suplemen ini:

Gangguan tiub saraf

Mengambil suplemen asid folik sebelum dan semasa kehamilan akan membantu mencegah gangguan tiub saraf pada janin. Ia juga dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang, ketidakteraturan jantung dan lelangit.

Kemurungan

Individu dengan tahap folat yang lebih rendah mungkin lebih cenderung mengalami kemurungan. Namun, pengambilan suplemen asid folik dapat menjadikan ubat kemurungan lebih berkesan.

Autisme

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik sebelum dan semasa tempoh awal kehamilan dapat mengurangkan kemungkinan bayi mengalami autisme. Walau bagaimanapun, hasil kajian adalah tidak konklusif, dan lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan peranan asid folik yang berpotensi.

Artritis reumatoid

Doktor boleh menggunakan asid folik untuk menyokong preskripsi ‘methotrexate’ untuk artritis reumatoid. Methotrexate adalah ubat yang berkesan untuk keadaan ini, tetapi boleh mengeluarkan folat dari badan, menyebabkan gejala gastrousus. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat mengurangkan kesan sampingan ini sekitar 79%.

Kesan sampingan

  • Apabila diambil secara oral: Asid folik adalah selamat bagi kebanyakan orang. Sebilangan besar orang dewasa tidak mengalami kesan sampingan apabila mengambil dos kurang dari 1 mg setiap hari.

Namun begitu, ia mungkin tidak selamat apabila diambil dalam dos yang besar, dalam jangka masa panjang. Walaupun dos hingga 5 mg sehari adalah selamat digunakan dalam beberapa penyelidikan, dos asid folik lebih besar daripada 1 mg setiap hari boleh menyebabkan kekejangan perut, cirit-birit, ruam, gangguan tidur, mudah marah, kekeliruan, mual, sakit perut, perubahan tingkah laku, reaksi kulit , sawan, gas, kegembiraan dan kesan sampingan yang lain.

Terdapat juga kebimbangan bahawa pengambilan terlalu banyak asid folik untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik dalam dos 800 mcg hingga 1.2 mg setiap hari dapat meningkatkan risiko serangan jantung pada individu dengan masalah jantung. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa pengambilan dos asid folat yang tinggi juga dapat meningkatkan risiko kanser seperti kanser paru-paru atau prostat.

  • Apabila diberikan sebagai suntikan: Asid folik adalah selamat bagi kebanyakan orang apabila disuntik ke dalam badan. Sebilangan besar orang dewasa tidak mengalami kesan sampingan apabila digunakan dalam dos kurang dari 1 mg sehari.

Dos

Berapa banyak dos yang anda ambil adalah bergantung kepada sebab mengapa anda memerlukan asid folik. Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa asid folik dapat berinteraksi dengan ubat-ubatan tertentu dan mungkin tidak selamat untuk diambil oleh semua orang.

Justeru itu, individu haruslah bercakap dengan doktor sebelum mengambil asid folik jika mereka mempunyai salah satu daripada yang berikut:

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Sebelum dan semasa awal kehamilan

Pejabat Kesihatan Wanita mengesyorkan agar wanita yang sedang atau mungkin hamil agar mengambil 400 800 mcg asid folik sehari, dan individu yang menghidap ‘spina bifida’ atau mempunyai sejarah keluarga dengan gangguan tiub saraf perlu mengambil 4,000 mcg sehari. Mereka yang menyusukan bayi harus mengambil sekitar 500 mcg asid folik sehari.

– Anemia kekurangan folat

Bagi merawat anemia, dos biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun adalah 5mg, diambil sekali sehari selama 4 bulan. Kadangkala, dos boleh dinaikkan menjadi 15mg sehari.

Sekiranya anak anda berusia di bawah 12 bulan, doktor akan menggunakan berat badan anak anda untuk menentukan dos yang tepat. Untuk mencegah anemia, dos biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun adalah 5mg, diambil setiap 1 hingga 7 hari.

Bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun, doktor akan menggunakan usia atau berat badan anak anda untuk menentukan dos yang tepat.

Sekiranya anda mengambil methotrexate

Dos biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah 5mg sekali seminggu, pada hari yang berbeza dalam seminggu dengan pengambilan ‘methotrexate’. Sebilangan orang mengambil 1mg hingga 5mg sekali sehari, selain dari hari yang mengambil ‘methotrexate’.

Bagaimana cara mengambilnya?

Anda boleh mengambil asid folik dengan atau tanpa makanan. Telan keseluruhan tablet dengan minuman. Sekiranya anda mengambil asid folik sebagai cecair, ia akan disertakan dengan penyuntik plastik atau sudu plastik untuk membantu anda mengukur dos yang tepat.

Sekiranya anda tidak memilikinya, bertanyakan kepada ahli farmasi anda. Jangan gunakan sudu biasa kerana ia mugnkin memberi anda jumlah yang tidak tepat.

SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/219853
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1017/folic-acid
https://www.nhs.uk/medicines/folic-acid/

Summary
Asid folik
Article Name
Asid folik
Description
Asid folik adalah bentuk sintetik folat, yang merupakan vitamin B yang dihasilkan secara semula jadi. Folat membantu menghasilkan DNA dan bahan genetik lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: