Biskut Red Velvet

Tidak dapat dipastikan asal usul  sebenar Biskut Red Velvet. Di Malaysia, Biskut Red Velvet ini antara yang popular pada musim perayaan. Biskut ini juga kebanyakannya dijual dengan harga yang mahal sedikit berbanding kuih-kuih raya yang dijual di pasaran. Resepi Biskut Red Velvet barangkali mengambil inspirasi daripada resepi kek Red Velvet.

Kek Red Velvet merupakan resepi kek yang berasal daripada Amerika Syarikat. Ianya sejenis kek lapis coklat berwarna merah, merah-coklat, ataupun berwarna merah gelap yang dilapisi ermine icing (dalam istilah moden ‘whipping cream’). Kek ini kebiasaannya menggunakan bahan-bahan seperti Buttermilk, mentega, serbuk koko, cuka dan tepung.

Secara asasnya, resepi Biskut Red Velvet menggunakan bahan-bahan utama seperti tepung gandum, serbuk koko, mentega, telur, gula, esen vanilla, dan serbuk penaik dan/atau soda bikarbonat, Untuk hiasan, Biskut Red Velvet lazimnya ditaburi cip coklat dan hirisan kacang badam. Ada juga resepi yang menggunakan cip coklat putih. Ada juga sesetengah resepi yang memasukkan sedikit cuka makan ataupun perahan lemon di dalam resepi biskut ini.

Penggunaan cuka mungkin dipengaruhi oleh resepi klasik kek Red Velvet yang meletakkan sedikit cuka bagi membantu bahan ejen penaik mengembangkan adunan dengan lebih baik. Pengembangan ini membantu kek masak dengan lebih lembut. Walau bagaimanapun terdapat pernyataan yang menyatakan sebab cuka diletakkan di dalam resepi kek Red Velvet adalah kerana pada zaman dahulu pewarna kek tersebut diambil daripada pati Beetroot yang berwarna merah. Sekiranya adunan kek yang mengandungi jus Beetroot terdedah pada persekitaran yang beralkali, adunan akan menjadi Biru (Blue Suede).

Tidak kira dari mana berasal resepi biskut ini, Biskut Red Velvet telah menjadi antara kuih yang mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia kepada pembuat kuih. Populariti biskut ini telah menghasilkan pelbagai variasi penghasilan biskut yang cantik ini. Di sini kami kongsikan tiga (3) variasi resepi Biskut Red Velvet yang terpilih untuk rujukan anda. Selamat mencuba!

RESEPI BISKUT RED VELVET RANGUP

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk biskut red velvet:
    • 1/2 cawan /117g mentega
    • 3/4 cawan /150g gula kastor
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu kecil cuka makan
    • 1 1/2sudu kecil esen vanila
    • 1 1/2-2 sudu kecil pewarna merah
    • 1/2 cawan /50g hirisan badam
    • 1/2 cawan /90g coklat cip
  • Bahan-bahan untuk ayak:
    • 1¼ cawan /160g tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 2 sudu besar serbuk koko
    • 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
    • 3/4 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat

Cara Penyediaan:

  1. Keluarkan dulu butter (supaya butter lembut bila nak mengadun nanti).
  2. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk coco, baking soda dan baking powder.
  3. Sangai sekejap kepingan badam dalam 2/3 minit atau sehingga naik bau badam kemudian pindah masuk bekas lain (supaya kepingan badam tak terlibih masak).
  4. Pukuk mentega dan gula kastor sehingga kembang @ kuning pucat.
  5. Kemudian masukkan kuning telur.
  6. Masukkan cuka, esen vanila dan pewarna merah.
  7. Gaul sebati.
  8. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (supaya mudah untuk adun).
  9. Bila dah sebati, masukkan kepingan badam dan coklat cip.
  10. Adun sekata.
  11. Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk.
  12. Griskan tray dengan butter dan lapikkan dengan kertas baking.
  13. Ambil sikit doh dan bulatkan.
  14. Susun atas loyang dan tekankan sikit dengan jari atau garfu.
  15. Masukkan dalam oven yang dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 10 °C.
  16. Setting api atas dan bawah.
  17. Sejukkan sebelum masukkan dalam balang kedap udara.

BISKUT M&M RED VELVET

Ramuan :

  • 100 gm Mentega
  • 20 gm Lemak Sayuran
  • 150 gm Gula Kastor
  • 1 biji Telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 50 gm Keju krim
  • 20 gm Serbuk Cornflakes
  • 20 gm Serbuk Oat
  • 5 gm Serbuk Coklat
  • 20 gm Tepung Jagung
  • 200 gm Tepung Serbaguna
  • 1/4 sudu teh Serbuk Pewarna Ceri Merah (boleh dikurangkan kalau tak nak terlalu merah)
  • 20 gm Serbuk Susu
  • Secubit Garam
  • 1/2 sudu teh Cuka
  • Secukup rasa Coklat M&M

Langkah Penyediaan :

  1. Siapkan Loyang biskut yang telah disapu mentega/marjerin
  2. Adunkan mentega, lemak sayuran, gula kastor, esen vanila sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul hingga sebati
  3. Masukkan krim keju dan cuka, kacau hingga sebati. Ayak semua bahan kering, tepung serbaguna, soda bikarbonat, garam, tepung jagung, serbuk susu, serbuk coklat, serbuk cornflakes dan serbuk oat. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan kacau hingga sebati dan tidak melekit.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bakar biskut dengan suhu 180 celcius untuk lebih kurang 20 minit .

BISKUT RED VELVET NESTUM

BAHAN

  • 330 gm tepung rose – ayak
  • 1/4 cawan susu tepung – ayak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik – ayak
  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula aising
  • 70 gm hirisan badam
  • 50 gm nestum – kisar kasar
  • 2 sudu kecil red velvet emulco
  • 1 sudu pewarna merah
  • 1 biji telur + 1 sudu besar susu cair – hiasan
  • Nestum secukupnya

Langkah Penyediaan
1.Putar mentega dengan gula hingga sebati.
2.Masukkan red velvet emulco dan pewarna merah.
3.Diikuti dengan nestum dan putar seketika sehingga adunan sebati.
4.Masukkan tepung redrose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
5.Terap adunan, sapu telur dan tabur nestum di atasnya.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

SUMBER:

https://en.wikipedia.org/wiki/Red_velvet_cake

https://resepichenom.com/resepi/biskut-red-velvet-white-chocolate-chips/show

http://mohonclashh.blogspot.com/2015/01/red-velvet-cookies-simple.html,   

https://resepichenom.com/resepi/biskut-red-velvet-rangup/show

https://www.leaf.tv/articles/what-is-the-purpose-for-vinegar-in-red-velvet-cake/

https://cookpad.com/my/recipes/7267090-biskut-mm-red-velvet?ref=search&search_term=biskut%20red%20velvet

https://utusantv.com/2021/05/03/biskut-red-velvet-nestum/

Summary
ASAS RESEPI RED VELVET
Article Name
ASAS RESEPI RED VELVET
Description
Secara asasnya, resepi Biskut Red Velvet menggunakan bahan-bahan utama seperti tepung gandum, serbuk koko, mentega, telur, gula, esen vanilla, dan serbuk penaik dan/atau soda bikarbonat, Untuk hiasan, Biskut Red Velvet lazimnya ditaburi cip coklat dan hirisan kacang badam.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: