asam pedas ikan kembung

Asam pedas ikan kembung ini sering menjadi makanan kegemaran orang utara. Banyak versi asam pedas ini disesuaikan dengan citarasa dan selera penduduk tempatan. Namun hari ini anda akan pelajari 3 resepi asam pedas ikan kembung. Nampak seakan-akan tiga resepi ini sama, namun ada beza dari segi rasa dan kepekatan. Jom belajar!

1) Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan kembung 
  • 1 cekak daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai  dititik
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan air asam
  • 10 batang bendi
  • air secukupnya 

Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering direndam air panas seketika
  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inc belacan

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
  3. Masukkan daun kesum, dan garam secukup rasa
  4. Masukkan ikan. Biarkan ia mendidih dan ikan masak
  5. Masukkan bunga kantan dan bendi. Padam api. Siap untuk dihidang.

2) Asam Pedas Tumis Ikan Kembung

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan kembung / temenung
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 cm halia – kisar
  • 2 batang serai
  • daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 biji bendi
  • 2 keping asam keping
  • garam
  • 1 liter air
  • 2 sudu besar minyak

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Masukkan cili kering yang telah di kisar. Masak sehingga sedikit garing atau sehingga berminyak.
  2. Masukkan serai dan bahan yang di kisar ( bawang besar, halia dan bawang putih). Masak sekali lagi sehingga agak garing.
  3. Tambah air. Masukkan daun kesum , bunga kantan, asam keping dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, tambahkan ikan dan bendi. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ikan benar-benar masak.
  5. Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih serta sambal belacan dan ulam-ulaman.

3) Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Sheila Rusly

Bahan-bahannya:

  • 3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
  • 10-20 cili kering ( dikisar)
  • 1 labu bawang besar ( dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia ( dikisar)
  • 1/2 inci kunyit (dikisar)
  • sedikit belacan
  • 2 biji tomato ( dikisar)
  • sedikit daun kesum
  • 4-8 biji bendi
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • garam, gula & perasa.

Kaedah Penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar dan belacan kecuali buah tomato hingga naik minyak.
  2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
  4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan akhir masukkan daun kesum.
  5. Biarkan mendidih dan angkat

Resepi ini sangat mudah untuk dilakukan jadi anda boleh lakukan seorang diri atau dibantu oleh pasangan mahupun adik beradik. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) http://resepicheff.blogspot.com/2016/06/asam-pedas-ikan-kembung.html

2) https://dapurch.blogspot.com/2016/11/asam-pedas-tumis-ikan-kembung.html

3) https://www.facebook.com/573731502811985/posts/resepi-asam-pedas-ikan-kembungbahan-bahannya3-5-ekor-ikan-kembung-disiang-dan-di/864750930376706/

Summary
Article Name
Asam Pedas Ikan Kembung: 3 Resepi Memikat Hati
Description
Asam pedas ikan kembung ini sering menjadi makanan kegemaran orang utara. Banyak versi asam pedas ini disesuaikan dengan citarasa dan selera penduduk tempatan. Namun hari ini anda akan pelajari 3 resepi asam pedas ikan kembung. Nampak seakan-akan tiga resepi ini sama, namun ada beza dari segi rasa dan kepekatan. Jom belajar!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: