rosehip oil

Dari semua penemuan penjagaan kulit baru-baru ini, rosehip oil telah menjadi menonjol dan popular kerana memberi banyak manfaat. Minyak ini diekstrak dari biji mawar dan diformulasikan dengan bahan lain untuk melawan tanda-tanda penuaan, melindungi kulit dan menyuburkannya dari dalam.

Minyak ini mengandungi konten vitamin dan nutrient yang kaya dan penting untuk memanjakan kulit anda. Di sini, kami telah mengumpulkan 10 produk rosehip oil yang terlaris di pasaran sekarang. Anda boleh menggunakannya di wajah anda dan melihat diri anda kelihatan lebih cantik setiap hari! 

Lihat produk-produk yang mengandungi rosehip oil yang telah kami senaraikan di bawah.

Aromatica Organic Rosehip Oil

RM116.00

Minyak 100 peratus rosehip pekat produk Aromatica ini telah diproseskan daripada biji mawar semula jadi yang tumbuh di pergunungan Andes, salah satu kawasan yang paling bersih di dunia. Aromatica juga memastikan mereka sentiasa memilih biji-biji mawar yang organik untuk kebaikan kulit anda. Hasilnya, ianya mudah diserap ke dalam kulit anda dan memberi khasiat untuk melembapkan kulit anda. Walaupun ia tampak pekat, minyak ini mempunyai tekstur yang lembut dan menghasilkan kesan yang terbaik kepada untuk semua jenis kulit – tak kiralah kulit kering, berminyak, sensitif dan lain-lain.

Melvita L’Or Rose Refining Scrub

RM110.00

Melvita telah menggabungkan Pink Berries dari kepulauan Réunion dengan minyak rosehip dalam scrub yang membersihkan badan ini. Teksturnya berubah dari gel kepada krim yang kaya meliputi kulit dengan bau L’Or Rose yang harum. Mengandungi bahan yang bernutrisi seperti kacang argan tahan dan ekstrak minyak rosehip, biji-biji kecil di dalam scrub ini membantu mengurut kulit dan menghilangkan kotoran dari kulit dengan lembut. Diperkaya juga dengan minyak lada hitam, ia membantu melicinkan permukaan kulit. 

A’kin Certified Organic Rosehip Oil

RM53.20

Minyak rosehip dari A’Kin ini membantu untuk menyuburkan dan menghidratkan kulit. Ia juga mengurangkan penampilan parut dan “stretch marks”. Minyak ini sangat mudah diserap ke dalam kulit anda, mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit secara semula jadi. Kaya dengan kandungan anti-oksidan, ia juga membantu melindungi kulit dari rengsaan dari persekitaran, mencegah tanda-tanda penuaaan dan mengurangkan penampilan kedutan. Sangat sesuai untuk digunakan pada parut, warna kulit yang tidak sekata serta di bibir yang kering

Essano Rosehip Night Cream

RM93.00

Krim malam Essano ini dirumuskan secara saintifik untuk membekalkan khasiat sel mikro, menyokong pembaharuan selular kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal. Pemakaian malam melembapkan dan menyuburkan kulit anda semasa tidur selain daripada meningkatkan keanjalan kulit. Kaya dengan minyak rosehip organik ditemani dengan aloe vera, jojoba dan shea butter untuk impak yang terbaik kepada kulit anda, mengunci kelembapan sehingga kulit anda nampak lebih berseri pada waktu pagi. 


Sukin Rich Moisture Facial Masque

RM28.00

Mask keluaran Sukin ini menghidratkan kulit kering dengan bantuan ekstrak rosehip, plum Kakadu dan quandong – membuatkan ia mask yang sangat sesuai untuk jenis kulit yang paling kering. Diformulasikan dengan Vitamin E, aloe vera dan ekstrak jus delima, ia mampu mengembalikan kecergasan kulit dan membantu untuk menyuburkan kulit wajah anda. Ia memerlukan hanya 15 minit untuk menampakkan kulit yang lebih anjal selepas pemakaian. 

Mario Badescu Rose Hips Nourishing Oil

RM140.00

Mengandungi konten minyak rosehip dan ditemani dengan antiseptik, serum Mario Badescu ini mampu memberikan warna kulit yang lebih cerah dan sekata. Tekstur yang ringan berfungsi dengan lembut walaupun pada kulit yang sensitif. Setelah menyapukan ia di wajah, formula campuran botani dan vitamin menenangkan kulit yang kering dan melambatkan proses penuaan kulit secara drastik. Juga kaya dengan anti-oksidan Vitamin C untuk melindungi kulit daripada kotoran daripada persekitaran. 

The Olive Tree Argan Rosehip Body Lotion

RM79.90

Losyen badan campuran minyak argan dan rosehip ini sesuai untuk semua jenis kulit yang halus dan juga pada anak-anak kecil. Formulasi yang lembut membantu menghidratkan kulit kering dan gatal. Ianya kaya dengan vitamin A, E dan asid yang sihat untuk memperbaiki tona warna kulit. Selain daripada itu, anda boleh mengubah suai aroma losyen badan ini dengan tambahan “essential oils” kegemaran anda. 

Essano Rosehip Moisturising Crème Cleanser

RM59.90

Rosehip Moisturizing Crème Cleanser daripada Essano yang ini diperakui terdiri daripada campuran bahan yang menyayangi kulut, direka untuk mempromosikan kulit yang berseri tanpa mengeringkannya. Minyak rosehip organik telah dicampur adun dengan aloe vera dan lilin lebah membersihkan dan menambah kelembapan ke dalam kulit dengan berkesan – kulit anda akan berasa lembut dan anjal. Diformulasikan secara rapi untuk menghilangkan solek muka dengan lembut, kotoran sambil mengunci kelembapan di dalam kulit. 

Essano Gentle Foaming Facial Cleanser

RM59.90

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan memerlukan pembersih gel, pilihlah Essano Gentle Foaming Facial Cleanser untuk membersihkan kulit anda. Ia membersihkan kulit anda sambil membina penghalang kelembapan semula jadi kulit anda. Kaya dengan minyak rosehip dan ekstrak botani semula jadi seperti aloe vera, pembersih wajah ini terbukti akan memberi segala penghidratan yang diperlukan kepada kulit anda. Produk ini juga tidak mempunyai kandungan sabun dan mampu untuk membersihkan kotoran tanpa pengeringan. 

The Ordinary 100% Organic Cold-Pressed Rose Hip Seed Oil

RM88.00

Sesuai untuk pengunaan harian, serum The Ordinary menggunakan 100 peratus rosehip oil yang tulen dan organik. Tahukah anda bahawa minyak rosehip yang kaya dengan asid linoleate, asid linolenik dan pro-Vitamin A, membantu untuk mengurangkan tanda penuaan foto serta menghidrat dan menyuburkan semua jenis kulit. Tambahan pula, ia membantu untuk mencapai kulit yang sihat secara keseluruhan. Manfaat serum ini juga ialah untuk merawat pigmentasi, parut dan luka bakar pada kulit. Anda kini boleh lah berasa yakin dengan penampilan berseri yang baru! 

Rosehip oil sememangnya merupakan bahan rahsia untuk kulit yang cantik dan bebas masalah. Oleh itu, mulalah menggunakan produk yang mengandungi rosehip oil mulai hari ini, supaya kulit anda sentiasa cantik! Semoga bermanfaat buat anda.

Summary
Aromatica Organic Rosehip Oil dan 9 Alternatif Untuk Kulit Cantik
Article Name
Aromatica Organic Rosehip Oil dan 9 Alternatif Untuk Kulit Cantik
Description
Dari semua penemuan penjagaan kulit baru-baru ini, rosehip oil telah menjadi menonjol dan popular kerana memberi banyak manfaat. Minyak ini diekstrak dari biji mawar dan diformulasikan dengan bahan lain untuk melawan tanda-tanda penuaan, melindungi kulit dan menyuburkannya dari dalam.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: