arixtra
Arixtra merupakan ubat yang menyekat aktiviti zat tertentu dalam pembekuan darah, seperti gumpalan darah dan lain-lain.

Pengenalan

Arixtra merupakan ubat yang menyekat aktiviti zat tertentu dalam proses pembekuan darah, seperti gumpalan darah dan lain-lain.

Kegunaan Arixtra

Ubat ini digunakan untuk mencegah sejenis gumpalan darah disebut deep vein thrombosis (DVT), yang boleh menyebabkan pembekuan darah di paru-paru (pulmonary embolism).

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Arixtra

Anda tidak boleh menggunakan Arixtra jika anda mengalami pendarahan aktif, penyakit buah pinggang yang teruk, jangkitan pada lapisan jantung anda, atau mempunyai kadar platelet rendah dalam darah anda setelah didapati positif dengan antibodi tertentu.

Malah, ia tidak boleh digunakan selepas pembedahan jika berat badan anda adalah kurang daripada 50 kilogram.

Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai tanda-tanda pendarahan seperti gusi berdarah, hidung berdarah, darah haid yang banyak atau pendarahan faraj tidak normal, darah dalam air kencing, najis berdarah atau berlarutan, batuk berdarah atau muntah yang kelihatan seperti kopi.

Terdapat pelbagai ubatan lain yang boleh meningkatkan risiko pendarahan ketika digunakan bersama ubat ini.

Jadi, beritahu doktor anda tentang semua penggunaan ubat anda.     

Kesan Sampingan Arixtra

Kesakitan, lebam, kemerahan, dan bengkak di tempat suntikan mungkin berlaku. Sakit kepala, mual, muntah, bengkak tangan / kaki, atau demam juga boleh berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Ingatlah bahawa doktor menetapkan ubat ini kerana beliau telah menilai bahawa faedahnya adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan yang boleh berlaku. Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mengalami kesan sampingan yang serius

Tetapi, pastikan anda memaklumkan pada doktor dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuklah pendarahan / lebam yang sering berlaku, air kencing berwarna gelap, mata / kulit berwarna kuning.

Ubat ini jarang menyebabkan pendarahan serius. Beritahu doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda pendarahan serius.

Kontraindikasi Arixtra

Ubat ini dikontraindikasikan dalam keadaan berikut:

  • Kerosakan buah pinggang yang teruk
  • Pendarahan serius yang berterusan
  • Endokarditis bakteria
  • Thrombositopenia yangdikaitkan dengan ujian in-vitro positif bagi antibodi anti-platelet dengan kehadiran sodium fondaparinux
  • Berat badan kurang daripada 50 kg (profilaksis tromboemboli vena [VTE] sahaja)
  • Sejarah reaksi hipersensitiviti yang serius (contohnya: angioedema, reaksi anaphylactoid / anaphylactic) kepada Arixtra

Interaksi Arixtra

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius.

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuk mifepristone, ubat lain yang boleh menyebabkan pendarahan / lebam (termasuk ubat anti platelet seperti clopidogrel, NSAID seperti ketorolac, ‘blood thinner’ seperti rivaroxaban).

Periksa semua label ubat preskripsi dan bukan preskripsi dengan teliti kerana terdapat banyak ubat yang mengandungi ubat hilang rasa sakit / mengurangkan demam yang dapat meningkatkan risiko pendarahan ketika digunakan bersama ubat ini.

Dos Arixtra

  • Bentuk dos: suntikan, larutan

Sumber:

https://www.drugs.com/pro/arixtra.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-22498/arixtra-subcutaneous/details

http://www.webhealthnetwork.com/drug/4-3449/arixtra

https://www.drugs.com/sfx/arixtra-side-effects.html

Summary
Arixtra (Gumpalan Darah) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Arixtra (Gumpalan Darah) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Arixtra merupakan ubat yang menyekat aktiviti zat tertentu dalam pembekuan darah, seperti gumpalan darah dan lain-lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: