Now Reading
Applecrumby Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Keperluan Bayi

Applecrumby Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Keperluan Bayi

applecrumby

Applecrumby merupakan jenama yang menawarkan pelbagai rangkaian produk premium, selamat, semulajadi dan organik khusus untuk keperluan bayi dengan harga yang berpatutan. Antara produk mereka yang dikeluarkan adalah seperti diapers, wipes dan pencuci. Kulit bayi sangat sensitif dan lembut, oleh itu ia perlu menggunakan produk yang bersesuian dengan kulit mereka. Dengan prinsip Selamat, Semulajadi dan Organik, mereka juga menawarkan rangkaian produk lain seperti losyen, syampu, krim dan lain-lain khusus untuk anak anda. Mari lihat antara produk yang dikeluarkan oleh Applecrumby dan produk alternatif yang lain.

Applecrumby™ Super Soft Lotion (75ml)

Applecrumby™ Super Soft Lotion (75ml)

RM36.90

Mempunyai isi kandungan 75ml, losyen ini diformulasikan tanpa sulfates atau paraben, losyen yang lembut ini membantu untuk melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semulajadi kulit. Losyen ini mudah diserap dan diformulasikan dengan pekat untuk memastikan permukaan kulit sentiasa hidrasi tanpa meninggalkan sebarang minyak yang berlebihan. Sesuai digunakan seisi keluarga terutamanya anak kecil anda yang mana losyen ini diperkaya dengan 100% aloe vera semulajadi, 100% ekstrak lavender daripada Provence (Perancis), Madu Manuka, The Hijau dan Tasmannia Lanceolata untuk mengunci kelembapan kulit.

Sebamed Baby Lotion (400ml)

Sebamed Baby Lotion (400ml)

RM20.60

Losyen bayi Sebamed ini mempunyai pH 5.5 dan mengandungi kandungan lipid semulajadi. Antara kandungan losyen ini ialah 7% lipid semulajadi, lecithin dan sorbitol yang memastikan hidrasi yang berpanjangan. Losyen ini mudah diratakan pada kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Dihasilkan di Jerman, losyen ini dirumuskan dengan Allantoin untuk memberikan perlindungan kelembapan pada bayi sekali gus menjadikan produk cepat mudah diserap dan lembut pada kulit. Losyen ini terbukti secara klinikal yang mana meningkatan kelembapan kulit sebanyak 16% dalam masa 3 minggu.

Applecrumby™ Gentle Shampoo & Bath Cream (500ml)

Applecrumby™ Gentle Shampoo & Bath Cream (500ml) 

RM75.90

Dihasilkan tanpa sulfates dan paraben, produk ini lembut dan pekat yang mana formulasi 2 dalam 1 dirumuskan khusus untuk membersih keseluruhan badan daripada kepala hingga kaki. Sesuai digunakan seisi keluarga terutama anak kecil anda yang diperkayakan dengan 100% Aloe Vera Semulajadi, Jus Vera, 100% Ekstrak Lavender Semulajadi dari Provence (Perancis), Madu Manuka, the Hijau dan Tasmannia Lanceolata untuk menjadikan kulit lembut dan segar dengan memastikan kelembapan semulajadi kulit..

Cetaphil Baby Moisturising Bath and Wash

Cetaphil Baby Moisturising Bath and Wash

RM42.90

Mandian ini dirumuskan dengan 1/3 pelembap dengan aloe vera yang memberikan kelembapan pada kulit. Ianya bukan sahaja membersihkan badan bayi anda, namun sangat sesuai untuk kulit bayi yang halus tanpa mengeringkan. Mandian ini tidak memedihkan mata, diformulasikan tanpa sabun dan membunyai pH yang seimbang.

Applecrumby™ Ultimate Rescue Cream (Khusus Untuk Ekzema!)

Applecrumby™ Ultimate Rescue Cream (Khusus Untuk Ekzema!)

RM59.90

Dirumuskan khas untuk masalah kulit ekzema. Produk Applecrumby ini dihasilkan dengan kandungan yang selamat dan berkesan. Diformulasikan dengan pekat dan khusus hanya untuk digunakan bagi kulit yang mengalami eczema yang teruk atau kulit yang merengsa. Jangan gunakan krim ini untuk kegunaan harian. . Sesuai digunakan seisi keluarga terutama anak kecil anda yang diperkayakan dengan 100% Aloe Vera Semulajadi, Jus Vera, 100% Ekstrak Lavender Semulajadi dari Provence (Perancis), Madu Manuka, the Hijau dan Tasmannia Lanceolata untuk menjadikan kulit lembut dan segar dengan memastikan kelembapan semulajadi kulit.

Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream

Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream

RM55.90

Krim ini terbukti secara klinikal dapat menghilangkan rasa gatal, kerengsaan ringan dan kulit kering disebabkan eczema. Krim ini dapat memberikan hidrasi selama 24 jam. Menurut kajian, 4 daripada 5 orang kanak-kanak bebas daripada kemerahan akibat eczema selama 6 bulan selepas mengaplikasikan krim ini. Krim ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan bayi berusia 3 bulan ke atas dan orang dewasa. Produk ini tidak mempunyai wangian, pewarna dan bebas daripada steroid.

Applecrumby™ Extra Thick Premium Baby Wipes

Applecrumby™ Extra Thick Premium Baby Wipes

RM29.00

Tisu lap Applecrumby atau wipes yang didatangkan dengan 3 pek dan 80 helai ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa menukar lampin bayi anda, tetapi boleh juga digunakan untuk keperluan membersih lain seperti membersihkan anak selepas makan, membersihkan kerusi atau meja makan anak yang melekit, membersihkan puting atau permainan bayi atau pun boleh dibawa ke mana-mana untuk digunakan dalam kecemasan. Kandungan tisu lap ini yang adalah kerana ianya lembut, dirumuskan dengan kandungan botani seperti 100% ekstraks aloe vera yang disahkan Ecocert untuk memberikan kelembapan, 100% ekstrak Madu Manuka Cosmos sebagai agen penyembuhan dan antibakterial untuk menyembuhkan kulit bermasalah.

Huggies® Clean Care Baby Wipes (2 packs)

Huggies® Clean Care Baby Wipes (2 packs) 

RM12.90

Lap khusus untuk bayi ini berkesan untuk membersihkan sehingga 99% kuman. Selepas penggunaan, ianya menjadikan kulit bayi lebih bersih dan sihat di mana sahaja anda berada. Selain daripada itu, ianya juga dirumus khas tanpa pewangi, alcohol dan paraben sekali gus sesuai untuk kulit bayi yang lembut. Boleh didapati dalam pek yang berbeza iaitu yang mempunyai 80 helai, 2 pek dan 80 helai setiap satu serta 3 pek yang mengandungi 20 helai setiap satu.

Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Pull Ups Diapers (L20 Triple Pack)

Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Pull Ups Diapers (L20 Triple Pack)

RM86.70

Mengandungi 3 pek dan 20 keping dalam satu pek, lampin Applecrumby ini sesuai digunakan untuk bayi berusia 9 hingga 14 kg. Apa yang menjadikan lampin ini istimewa adalah kerana ia diformulasikan dengan produk berasakan tumbuhan daripada Pulp dari Finland (disahkan oleh SGS). Ianya sangat tulen, tanpa pewangi dan tanpa bahan toksik. Lampin ini juga mempunyai Wetness Indicator Strips yang dapat memberitahu anda apabila sudah sampai masa untuk menukar lampin anak anda! Mampun untuk memberikan rasa kering dan perindungan sehingga 12 jam dengan menggunakan Teknologi Serapan Premium Jepun kami. Mampu untuk menahan sehingga 30x berat cecair. Mempunyai helaikan permukaan bersentuhan kulit yang sangat lembut dan kemasan yang panjang untuk mengelakkan kebocoran.

Skinature by Drypers

Skinature by Drypers

RM55.90

Lampin ini menggunakan Teknologi Derma Care yang menggabungkan material yang lembut dan boleh bernafas dengan teknologi yang istimewa supaya kulit bayi sentiasa kering. Ianya lembut untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif yang terdedah pada allergen EU26. Lampin ini berkualiti tinggi, selamat dan lembut pada kulit bayi yang sensitif. Dengan rekabentuk yang istimewa, lampin ini memberikan ruang udara yang mencukupi bagi membolehkan kulit bayi anda bernafas. Kelembutan material bukan sahaja di bahagian dalam, namun juga direkebentuk di bahagian luar untuk memberi keselesaan yang lebih pada bayi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai Wetness Detector (Pengesan Kebasahan) yang akan bertukar daripada kuning ke hijau bagi menandakan masa untuk menukar lampin bayi anda. Boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula New Born sehinggalah saiz XL.

error: Content is protected !!