Suppositori
Suppositori adalah ubat yang dimasukkan melalui dubur (rektum). Biasanya komposisi suppositori mengandungi bahan aktif dan tidak aktif

Suppositori adalah ubat yang dimasukkan melalui dubur (rektum). Biasanya komposisi suppositori mengandungi bahan aktif dan tidak aktif seperti mentega coklat atau minyak sayuran.

Setelah dimasukkan ke dalam dubur, suppositori akan melarut pada suhu badan dan secara beransur-ansur tersebar ke atas lapisan usus bawah (rektum) dan memberi kesan terapi.

Suppositori adalah kaedah terbaik sebagai rawatan jika pesakit tidak dapat menelan atau jika tindakan terapi dubur secara langsung diperlukan.

Langkah – langkah menggunakannya

Anda boleh menggunakan arahan ini untuk menggunakan suppositori dubur di rumah. Jika anda ibu bapa atau penjaga, anda boleh gunakan langkah ini untuk memberi suppositori pada anak anda atau orang dewasa lain.

Jika anda mengalami masalah untuk memasukkan suppositori dubur dengan sendiri, anda boleh dapatkan bantuan pasangan anda untuk melakukan langkah ini.

Persediaan bagi menggunakan suppositori

Perlahan – lahan picit suppositori untuk memeriksa jika ia cukup mampat untuk dimasukkan. Jika tidak, biarkan ia menjadi keras dengan letakkannya di dalam air sejuk sementara ia masih di dalam plastik. Anda juga boleh meletakkannya di dalam peti ais untuk beberapa minit.

Adalah lebih baik jika anda membuang air besar dahulu sebelum melakukannya.

Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air. Jika sabun dan air tiada, anda boleh menggunakan hand sanitizer. Keringkan tangan anda dengan tuala bersih atau tisu tandas.

Tanggalkan bungkusan suppositori. Jika anda perlu memotong suppositori dubur anda, potong dengan berhati – hati degan pemotong yang bersih.

Untuk melembutkan hujung suppositori, letakkan jeli pelincir. Jika tiada anda boleh letakkan sedikit air pada bahagian dubur anda.

– Memasukkan suppositori

Bersedia pada posisi. Anda boleh berdiri dengan satu kaki di atas kerusi. Anda juga boleh berbaring pada keadaan mengiring dengan sebelah kaki dibengkokkan dan dinaikkan ke atas perut.

– Selepas selesai

Duduk atau berbaring dengan kaki yang tertutup selama 15 minit. Jika anda memberikan suppositori pada kanak – kanak, anda perlu menutup punggung mereka dengan memegangnnya secara perlahan ketika waktu ini.

Buang semua bahan yang digunakan ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda segera dengan sabun dan air suam.

Jenis Suppositori

Suppositori adalah asas yang diperbuat daripada bahan seperti gelatin atau mentega koko yang mengelilingi sekitar ubat. Apabila haba dalam badan mencairkan asas di luarnya, ubat tersebut akan perlahan – lahan dilepaskan.

Jenis suppositori berbeza dimasukkan ke dalam rektum, alat sulit atau saluran yang mengosongkan pundi kencing anda dipanggil urethra. Kadang – kadang ia merawat bahagian tersebut di mana anda meletakkannya. Atau ubat tersebut akan menyerap ke dalam darah dan bergerak ke bahagian badan yang lain.

Suppositori dubur akan melalui dubur anda. Ia bersaiz satu inci panjang dan berbentuk bulat atau seperti peluru dihujungnya. Ia boleh digunakan untuk merawat

  • Alergik
  • Keresahan
  • Sembelit
  • Demam
  • Buasir
  • Mabuk perjalanan
  • Sakit atau gatal – gatal
  • Sawan
  • Masalah kesihatan mental seperti schizophrenia atau gangguan bipolar

Kenapa anda perlu menggunakannya?

Anda mungkin memerlukannya jika :

  • Ubat yang anda ambil akan menyerap dengan pantas ke dalam saluran pencernaan anda jika anda mengambil pil atau cecair
  • Anda tidak boleh menelan ubat
  • Anda akan muntah dan tidak dapat menelan pil atau cecair
  • Ubat terasa sangat teruk jika anda ambil secara oral

Kesan sampingan yang boleh berlaku

Pastinya setiap ubat mempunyai kesan sampingannya. Namun begitu, apakah kesan sampingan yang anda perlu hubungi doktor dengan segera?

AMARAN / BERHATI – HATI : Meskipun ia jarang berlaku, tetapi sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk dan menyebabkan kematian apabila mengambil dadah.

Beritahu doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom atau tanda – tanda seperti berikut :

  • Reaksi alergik seperti : ruam, gegata, gatal – gatal, kemerahan, bengkak, melecur, kulit mengelupas dengan atau tanpa demam, berdehit, rasa sesak pada dada atau tekak, sukar untuk bernafas, sukar untuk menelan atau bercakap, suara garau yang luar biasa, atau bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah atau tekak.
  • Rasa sakit perut yang sangat teruk
  • Pendarahan daripada rektum atau rasa sakit

– Kesan sampingan lain

Semua ubat mempunyai kesan sampingan tetapi kebanyakan individu tidak mempunyai kesan sampingan atau hanya mempunyai kesan sampingan kecil sahaja. Hubungi doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika ada di antara kesan sampingan atau kesan sampingan lain yang menganggu anda atau tidak hilang :

  • Sakit perut
  • Kejang perut
  • Bergas
  • Cirit birit
  • Rasa terbakar
  • Iritasi atau kerengsaan rektal

Tidak semua kesan sampingan yang dinyatakan mungkin berlaku. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang kesan sampingan suppositori bertanyalah pada doktor anda.

Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan sampingan.

Dos

Dos untuk sembelit

Hyperosmotic laxatives perlu digunakan dengan jarang dalam satu dos

  1. Suppositori cecair : 5.6 g secara rektum sekali
  1. Suppositori : 2 hingga 3 g secara rektum sekali

Dos kanak – kanak untuk sembelit

Hyperosmotic laxatives perlu digunakan dengan jarang dalam satu dos

  1. Suppositori cecair :
  • 2 hingga 6 tahun ke bawah : 2.3 g secara rektum sekali
  • 6 tahun ke atas : 5.6 g secara rektum sekali
  1. Suppositori :
  • 2 hingga 6 tahun ke bawah : 1 hingga 1.7 g secara rektum sekali

Langkah berjaga – jaga dan Amaran Penggunaan

Pesakit yang mengalami sakit abdomen, mual, muntah, perubahan tabiat usus tiba – tiba sehingga lebih daripada 2 minggu, atau mereka yang telah menggunakan julap selama lebih daripada 1 minggu perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum menggunakan rectal glycerin.

Pendarahan rektal atau kegagalan pergerakan usus selepas menggunakan rectal glycerin mungkin menunjukkan keadaan gastrousus yang serius dan pemberhentian terapi dan penilaian.

Pesakit tidak sepatutnya menggunakan produk julap lebih daripada 1 minggu kecuali diarahkan oleh doktor anda.

SUMBER

https://www.drugs.com/dosage/glycerin.html

https://www.healthline.com/health/general-use/how-to-use-rectal-suppositories#instructions

http://www.myhealth.gov.my/en/how-to-use-suppository/

https://www.webmd.com/digestive-disorders/suppositories-how-to-use#1

Summary
Article Name
Apakah Suppositori Dubur Dan Bagaimana Menggunakan Rawatan Ini
Description
Suppositori adalah ubat yang dimasukkan melalui dubur (rektum). Biasanya komposisi suppositori mengandungi bahan aktif dan tidak aktif
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: