Apakah Jenis Darah Yang Paling Jarang?
Setiap titis darah mengandungi sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Setiap titis darah mengandungi sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Selain sel darah merah, darah turut mengandungi sel darah putih yang berfungsi untuk menyerang jangkitan, dan platelet yang membantu membekukan darah.

Selain itu, darah juga mengandungi antigen. Antigen adalah sejenis protein dan gula yang terdapat dalam sel darah merah. Ia bertanggungjawab dalam membezakan darah mengikut jenisnya.

Sebenarnya, terdapat 33 jenis sistem darah, namun hanya dua jenis sahaja yang digunakan secara meluas. Kedua-dua tersebut adalah sistem kumpulan darah ABO dan Rh-positif/Rh-negatif. Kumpulan-kumpulan darah ini membentuk 8 jenis darah asas yang biasa diketahui umum:

  • A-positif
  • A-negatif
  • B-positif
  • B-negatif
  • AB-positif
  • AB-negatif
  • O-positif
  • O-negatif

Apakah yang menentukan jenis darah?

Jenis darah ditentukan oleh faktor genetik. Anda mewarisi gene daripada ibu bapa, satu daripada ibu dan satu daripada ayah bagi membentuk pasangan.

Sistem ABO

Apabila berbicara mengenai jenis darah, anda mungkin mewarisi antigen A daripada seorang ibu atau bapa, dan antigen B daripada seorang ibu atau bapa yang lain justeru itu menjadikan darah jenis AB. Selain itu, anda juga mungkin mendapat antigen daripada kedua-dua ibu bapa, memberikan anda darah jenis BB atau B.

Dalam pada itu, jenis O pula tidak mengandungi sebarang antigen dan tiada kesan terhadap darah jenis A dan B. Ini bermaksud, sekiranya anda mewarisi darah jenis O daripada ibu dan A daripada ayah, darah anda akan menjadi jenis A. Namun, adalah tidak mustahil untuk ibu bapa yang mempunyai darah jenis A atau B boleh mendapat bayi dengan darah jenis O sekiranya mereka membawa antigen O. Sebagai contoh, ibu bapa dengan darah AO, setiap seorang boleh mewariskan antigen O kepada anak mereka dan menghasilkan darah OO atau O.

Terdapat 6 kombinasi darah yang digelar genotaip, AA, AB, BB, AO, BO dan OO. Manakala, 4 jenis darah seperti A, B, AB dan O bercabang daripada genotaip tersebut.

Faktor Rh

Darah juga dikategorikan mengikut Faktor Rh. Ini merupakan antigen lain yang dijumpai dalam sel darah merah. Sekiranya sel tersebut mempunyai antigen, ia dianggap sebagai Rh-positif. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyai antigen, ia dianggap sebagai Rh-negatif. Bergantung kepada kehadiran antigen Rh, setiap jenis darah ditentukan dengan simbol positif atau negatif.

Apakah jenis darah yang paling jarang?

Sukar untuk mengatakan jenis darah mana yang paling jarang di dunia kerana ia dikaitkan dengan genetic. Maksudnya, kelaziman jenis darah tertentu mempunyai kepelbagaian yang di bahagian dunia yang berbeza. Menurut Dr Norris, jenis darah yang paling jarang di Malaysia adalah AB dan Rh-negatif.

Mengapakah jenis darah penting?

Secara semulajadi, sistem imun anda mengandungi bahan pelindung yang digelar antibodi. Antibodi membantu melawan sebarang bahan yang tidak dikenali oleh sistem imun anda. Selalunya, ia akan menyerang virus dan bakteria.

Namun begitu, antibodi juga boleh menyerang antigen yang tiada dalam darah asli anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai darah jenis B yang bercampur dengan darah jenis A sewaktu transfuse darah, antibodi anda akan bekerja untuk memusnahkan antigen A. Keadaan ini boleh menyebabkan situasi yang mengancam nyawa, oleh sebab itu, pusat perubatan di sekeliling dunia mempunyai prosedur yang sangat ketat bagi menghalang perkara tersebut berlaku.

Walau bagaimanapun, jenis darah tidak semestinya perlu sentiasa sama untuk disesuaikan. Sebagai contoh, darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B, jadi seseorang yang memiliki jenis darah itu boleh menerima darah jenis A atau B. Manakala, semua individu boleh menerima jenis darah O kerana ia tidak mempunyai sebarang antigen. Oleh sebab itu, darah jenis O dilabelkan sebagai ‘penderma universal’. Namun begitu, seseorang yang memiliki darah jenis O hanya boleh menerima darah jenis O sahaja.

Bagi Faktor Rh pula, individu yang memiliki darah Rh-positif hanya boleh menerima sama ada darah Rh-positif atau Rh-negatif sedangkan individu mempunyai darah Rh-negatif hanya boleh menerima darah Rh-negatif. Dalam sesetengah kes, seorang wanita yang memiliki darah Rh-negatif boleh membawa bayi yang mempunyai darah Rh-positif, justeru itu menyebabkan keadaan berbahaya yang digelar ketidakserasian Rh.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/rarest-blood-type

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326279

https://www.science.org.au/curious/people-medicine/rare-blood-types

https://www.blood.co.uk/why-give-blood/demand-for-different-blood-types/rare-blood-types

Summary
Apakah Jenis Darah Yang Paling Jarang?
Article Name
Apakah Jenis Darah Yang Paling Jarang?
Description
Biasanya, kita mendengar jenis darah adalah antara darah A,B,C dan O. Tapi, yang manakah menjadi jenis darah paling jarang antara keempat itu?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: