Apakah itu SFT?
Terapi berfokuskan penyelesaian (Solution-focused therapy - SFT) mencari jalan penyelesaian bagi untuk masalah yang dialami oleh individu sekarang dan mendorong mereka untuk memiliki harapan bagi menangani masalah pada masa depan dengan cara yang cepat dan berkesan. Jenis terapi ini menggunakan model bimbingan dan pertanyaan untuk membantu individu mencari penyelesaian terbaik untuk situasi semasa.

Terapi berfokuskan penyelesaian (Solution-focused therapy – SFT) mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dialami oleh individu sekarang dan mendorong mereka untuk memiliki harapan bagi menangani masalah pada masa depan dengan cara yang cepat dan berkesan. Jenis terapi ini menggunakan model bimbingan dan pertanyaan untuk membantu individu mencari penyelesaian terbaik untuk situasi semasa. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila individu dapat menyelesaikan masalah secara efektif berbanding beralih ke ubat-ubatan, alkohol, atau penarikan sosial untuk mengatasi masalah yang berlaku.

Keseluruhan pendekatan yang berfokuskan pada penyelesaian ini dikembangkan secara induktif dalam pengaturan perkhidmatan kesihatan mental individu di mana klien akan diterima tanpa melakukan pemeriksaan sebelumnya.

Mengapakah anda memerlukan SFT?

Individu boleh menggunakan SFT sebagai terapi intervensi secara sendirian. Atau, ia juga boleh dilakukan bersama jenis terapi lain. Rawatan SFT adalah selamat dan berkesan untuk individu dari semua peringkat umur serta boleh merawat pelbagai masalah, termasuk masalah tingkah laku, konflik keluarga, ketagihan dan masalah interpersonal. Ia bukanlah satu penyelesaian untuk gangguan psikiatri, tetapi masih dapat membantu individu dengan masalah kesihatan mental untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan belajar bagaimana ingin menerapkan kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat.

Apakah teknik yang digunakan dalam SFT?

Terapi yang berfokuskan pada penyelesaian ini adalah sejenis rawatan yang memfokuskan pada kemampuan individu untuk menyelesaikan masalah, bukannya mengapa atau bagaimana masalah itu terjadi. Ia telah dikembangkan oleh Steve de Shazer dan Insoo Kim Berg dan rakan-rakan mereka selama beberapa waktu setelah melakukan pemerhatian ahli terapi di sebuah kemudahan kesihatan mental di Wisconsin.

Aspek berikut dikatakan berjaya dikawal menggunakan SFT dengan tahap kejayaan yang berbeza-beza:

  • kemurungan
  • masalah perhubungan
  • penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • gangguan makan
  • pengurusan kemarahan
  • kesukaran berkomunikasi
  • campur tangan krisis
  • ‘incarceration recidivism reduction’

Teknik yang digunakan termasuklah:

  • Penjelasan matlamat. Ini adalah teknik penting dalam SFT. Ahli terapi perlu membimbing individu untuk membayangkan masa depan mereka tanpa masalah yang difikirkan. Dengan bimbingan dan soal jawab yang positif, visi ini boleh menjadi lebih jelas.

  • Menerangkan pengecualian. Bagi sebarang kebimbangan dialami oleh individu, teknik utama dalam SFT adalah untuk menerangkan pengecualian. Ahli terapi akan membimbing individu bahawa terdapat pengecualian untuk masalah ini. Pengecualian berlaku di mana keadaan masih berjalan lancar, walaupun terdapatnya masalah. Dalam pengecualian, pendekatan untuk penyelesaian mungkin ditempa.

  • ‘Soalan keajaiban’. Ini adalah teknik lain yang sering digunakan dalam SFT. Ia adalah alat efektif yang membantu individu beralih ke arah penyelesaian. Soalan ini membolehkan individu memulakan langkah-langkah kecil untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dialami. Malah, soalan-soalan ini boleh ditanya dengan cara tertentu mengikut kesesuaian terapi.

  • Jemputan eksperimen. Ini adalah cara lain untuk membimbing individu ke arah penyelesaian. Dengan mengajak individu untuk membina sesuatu yang sudah berfungsi, individu secara automatik boleh memberi tumpuan secara positif. Dalam psikologi positif, kita tahu bahawa ini membolehkan minda menjadi lebih luas dan membangun dengan baik dari situ.

  • Refleksi. Melalui eksperimen yang dibuat, ia membolehkan individu mengetahui apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam separuh masa kedua perundingan dengan individu, kebanyakan ahli terapi SFT berehat sebentar untuk merenungkan apa yang telah mereka pelajari semasa sesi awal.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Prinsip teras SFT didasarkan untuk menetapkan tujuan dan melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapainya. Dalam SFT, ahli terapi yang berpengalaman akan menolong individu mengenal pasti dan menjelaskan tujuannya. Ahli terapi akan menyoal individu mengenai harapan mereka terhadap terapi tersebut, dan kedua-dua pesakit mereka akan mencetuskan idea bagaimana perubahan boleh berlaku jika langkah-langkah tertentu dilakukan untuk mencapai matlamat terapi. Malah, semasa terapi berjalan, individu akan mengenal pasti jalan penyelesaian bagi masalah mereka, dan membuat rancangan untuk perubahan.

Ini mungkin dilakukan dengan pelbagai aktiviti dan latihan seperti:

1. Terapi seni / penulisan surat berfokuskan penyelesaian

Tugas dalam sesi yang berkesan adalah meminta individu melukis atau menulis mengenai salah satu perkara berikut, sebagai sebahagian daripada terapi seni:

  • gambaran keajaiban mereka
  • sesuatu yang dapat dilakukan dengan baik oleh individu
  • situasi di mana semuanya berjalan lancar
  • orang istimewa dalam hidup mereka

2. Mencari kekuatan

Individu akan diminat untuk memberi tumpuan pada saat ketika mereka berasa paling kuat. Ini boleh menjadi aktiviti yang membantu individu fokus akan kekuatan yang sudah ada di dalamnya.

Variasi tugas ini adalah meminta individu mendapatkan pandangan daripada orang yang penting dalam hidup mereka tentang kekuatan yang mereka dapat lihat pada diri individu. Mengumpulkan kekuatan dari perspektif orang lain boleh jadi sangat berguna dan membantu menjadi perspektif kekuatan.

3. Pemetaan minda bagi jalan penyelesaian

Kaedah kreatif untuk membimbing individu mencari idea penyelesaian adalah dengan membuat peta minda. Daripada bahagian tengah, minta individu membuat cabang penyelesaian untuk mewujudkan keajaiban itu. Dengan meneroka pilihan penyelesaian yang ada, individu mampu mencari jalan penyelesaian sendiri dan rasa lebih berhubung dengan hasilnya.

4. Jurnal eksperimen

Galakkan individu untuk melakukan eksperimen dalam persekitaran kehidupan sebenar mengenai masalah pembentangan. Minta mereka pantau perkara yang berfungsi daripada perspektif pendekatan. Malah, individu juga akan diyakinkan bahawa pelbagai eksperimen adalah pendekatan yang bermanfaat.

Bagaimana untuk membuat persediaan bagi SFT?

Sekiranya anda atau orang yang dikasihi menghadapi masalah ketagihan atau masalah tingkah laku dan tekanan dalam hidup, ianya tidak pernah terlambat untuk mencari ahli terapi berpengalaman yang dapat membantu anda mengatasi rintangan ini. Terapi ini sangatlah berkesan untuk membantu individu mengetahui rancangan untuk masa depan dan belajar bagaimana untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki kehidupan mereka ke arah lebih positif.

SUMBER

https://sbtreatment.com/program/therapies/solution-focused-therapy/

https://positivepsychology.com/solution-focused-therapy-techniques-worksheets/

https://solutionfocused.net/what-is-solution-focused-therapy/

https://sbtreatment.com/program/therapies/solution-focused-therapy/

Summary
Apakah itu SFT?
Article Name
Apakah itu SFT?
Description
Terapi berfokuskan penyelesaian (SFT) mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dialami oleh individu sekarang dan mendorong mereka untuk memiliki harapan menyelesaikannya di masa hadapan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: