Apakah itu onani serta kebaikan dan keburukannya
Onani merupakan aktiviti biasa yang dilakukan bagi beberapa golongan individu.

Onani merupakan aktiviti biasa yang dilakukan bagi beberapa golongan individu. Ia adalah cara semulajadi dan selamat yang dilakukan untuk menerokai badan, memuaskan nafsu dan melepaskan tekanan seksual seseorang. Onani dilakukan oleh individu daripada pelbagai latar belakang, jantina dan bangsa.

Meskipun terdapat beberapa mitos mengenainya, tiada kesan fizikal yang negatif bagi perbuatan tersebut. Namun begitu, sekiranya dilakukan secara ekstrem, perbuatan ini boleh membahayakan hubungan dan aktiviti harian seseorang. Selain itu, onani adalah perbuatan yang menyeronokkan, normal dan sihat.

Baca selanjutnya bagi mengetahui kesan sampingan onani dan kebaikannya terhadap kesihatan.

Kesan sampingan onani

Onani tidak mempunyai kesan negatif yang khusus, namun sesetengah individu mungkin rasa bersalah apabila melakukannya atau mempunyai isu onani yang kronik.

Perasaan bersalah apabila melakukan onani

Sesetengah individu mungkin rasa bersalah apabila melakukannya disebabkan oleh kepercayaan agama, budaya dan spiritual.

Perbuatan ini adalah tidak salah dan bukanlah sesuatu yang tidak bermoral tetapi anda mungkin masih mendengar mesej yang mengatakan bahawa onani adalah pebuatan yang kotor dan memalukan.

Jika anda rasa bersalah apabila melakukannya, bercakaplah dengan seseorang yang boleh dipercayai tentang mengapa anda mempunyai perasaan sedemikian dan bagaimana untuk mengatasi perasaan bersalah itu. Malah, terdapat juga ahli terapi yang arif dalam bidang kesihatan seksual yang boleh membantu anda.

Ketagihan onani

Sesetengah individu boleh menjadi ketagih terhadap onani. Anda mungkin menghabiskan banyak masa melakukan onani sekiranya anda:

  • Mengelakkan tugas atau aktiviti harian
  • Ponteng kerja atau sekolah
  • Membatalkan rancangan bersama keluarga dan kawan-kawan
  • Melepaskan majlis sosial

Ketagihan terhadap onani boleh merosakkan hubungan dan beberapa aspek hidup anda yang lain. Bahkan, ia boleh mengganggu pekerjaan dan pelajaran anda sehingga boleh merendahkan produktiviti.

Selain itu, ketagihan onani juga boleh menjejaskan hubungan romantik dan persahabatan kerana anda tidak meluangkan banyak masa bersama orang yang tersayang atau tidak mempedulikan keperluan dan keinginan mereka.

Jika anda bimbang anda mungkin mempunyai ketagihan beronani, berundinglah dengan doktor anda atau ahli kaunseling mengenai cara ingin mengurangkan kekerapannya.

Terapi bercakap boleh membantu anda mengawal ketagihan tersebut. Anda juga boleh mengelakkannya secara menggantikan onani dengan aktiviti lain. Pada masa akan datang, jika anda mempunyai keinginan untuk beronani, anda boleh cuba:

  • Berlari
  • Menulis jurnal
  • Meluangkan masa bersama kawan-kawan
  • Keluar berjalan

Malah, dua kajian pada tahun 2009 menemui bahawa penggunaan ‘vibrator’ di kalangan perempuan dan lelaki boleh dikaitkan dengan peningkatan keinginan, nafsu dan fungsi seksual. Golongan wanita juga menunjukkan peningkatan cecair pelincir manakala golongan lelaki dilaporkan mengalami fungsi ereksi yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, onani boleh memberi kesan kepada sensitiviti seseorang lelaki sewaktu melakukan hubungan seksual akibat teknik yang digunakan sewaktu beronani. Kajian menunjukkan genggaman yang begitu ketat pada zakar sewaktu beronani boleh mengurangkan sensasi.

Kelebihan beronani

Onani merupakan aktiviti seksual yang sihat. Ia mempunyai beberapa kelebihan terhadap kesihatan fizikal dan mental anda. Kajian mengenai kelebihan onani adalah terhad, tetapi terdapat beberapa kajian dijalankan terhadap hubungan dan rangsangan seksual.

Kajian dan bukti anekdot mengesyorkan rangsangan seksual, termasuklah onani, boleh membantu:

  • Melegakan tekanan
  • Tidur dengan lebih baik
  • Meningkatkan mood
  • Membantu anda untuk relaks
  • Melegakan kekejangan
  • Melepaskan nafsu seksual
  • Melakukan hubungan seksual yang lebih baik
  • Memahami kehendak dan keperluan

Pasangan juga boleh beronani bersama-sama untuk meneroka keinginan berlainan dan juga mengelakkan kehamilan. Selain itu, beronani juga boleh menghindari jangkitan seksual.

Onani dan kanser prostat

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ejakulasi yang berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, namun doktor masih tidak mengetahui sebabnya.

Satu kajian pada tahun 2016 menjumpai pengurangan risiko kanser prostat sebanyak 20% di kalangan lelaki yang berejakulasi sebanyak 21 kali dalam sebulan. Satu kajian pada tahun 2003 pula menemui kaitan yang sama antara ejakulasi yang kerap dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah.

Namun tiada bukti jelas mengenai perbuatan ejakulasi yang kerap dapat melindungi seseorang daripada kanser prostat yang lanjut.

Onani sewaktu hamil

Perubahan hormon sewaktu hamil mengakibatkan sesetengah wanita hamil mengalami nafsu seksual yang meningkat. Walau bagaimanapun, onani merupakan cara selamat bagi melepaskan nafsu seksual sewaktu hamil.

Selain itu, ia juga boleh melegakan simptom kehamilan seperti sakit belakang. Anda mungkin akan mengalami kekejangan ringan atau kontraksi Baxton-Hicks sewaktu dan selepas rangsangan seksual.

Ia akan hilang, tetapi jika kontraksi itu tidak hilang, amkin menyakitkan dan bertambah kerap, hubungilah doktor anda dengan segera.

Onani adalah tidak digalakkan bagi wanita hamil yang mempunyai risiko kehamilan tinggi. Ini disebabkan oleh kehamilan akan meningkatkan peluang untuk bersalin.

Sumber

https://www.healthline.com/health/healthy-sex/masturbation-effects-on-brain

https://psychcentral.com/blog/is-masturbation-bad-for-you

https://www.credihealth.com/blog/masturbation-effect-on-health

https://flo.health/menstrual-cycle/sex/masturbation

Summary
Apakah Itu Onani Serta Kebaikan Dan Keburukannya
Article Name
Apakah Itu Onani Serta Kebaikan Dan Keburukannya
Description
Onani merupakan aktiviti biasa yang dilakukan bagi beberapa golongan individu yang semulajadi dan selamat dan dilakukan untuk menerokai badan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: