Apakah itu IPT?
Terapi interpersonal (Interpersonal Therapy - IPT), adalah rawatan yang memfokuskan rawatan jangka pendek untuk kemurungan. Ini adalah sejenis rawatan bagi individudengan masalah kemurungan yang memfokuskan pada peranan sosial dan interaksi antara masa lalu dan sekarang.

Terapi interpersonal (Interpersonal Therapy – IPT), adalah rawatan yang memfokuskan rawatan jangka pendek untuk kemurungan. Ini adalah sejenis rawatan bagi individudengan masalah kemurungan yang memfokuskan pada peranan sosial dan interaksi antara masa lalu dan sekarang. Dalam proses rawatan, ahli terapi umumnya akan memilih satu atau dua bidang yang bermasalah dalam kehidupan individu sekarang untuk diberi tumpuan. Ini boleh melibatkan pertikaian dengan rakan, keluarga atau rakan sekerja, kesedihan dan kehilangan serta peralihan peranan, seperti persaraan atau perceraian.

Kemurungan tidak selalunya terjadi disebabkan sesuatu peristiwa atau hubungan. Walau bagaimanapun, kemurungan boleh mempengaruhi hubungan dan menimbulkan masalah dengan hubungan interpersonal. Matlamat IPT adalah untuk membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik bersama orang lain dan menangani masalah yang menyumbang kepada masalah itu.

Beberapa kajian mendapati bahawa IPT mungkin sama berkesan dengan penggunaan ubat antidepresan untuk merawat kemurungan. Pakar psikiatri kadangkala akan menggunakan kaedah IPT bersama ubat-ubatan.

Kaedah ini pada mulanya dikembangkan oleh Gerald Klerman dan Myrna Weissman pada tahun 1970 yang mana ia merupakan sejenis terapi yang menggunakan model berstruktur unik untuk merawat masalah kesihatan mental.

Mengapakah anda memerlukan IPT?

IPT pada awalnya dikembangkan untuk merawat gangguan kemurungan utama. Ia juga digunakan secara berkesan untuk merawat gangguan makan, kemurungan perinatal, ketagihan dadah dan alkohol, dysthymia dan gangguan emosi lain termasuk gangguan bipolar. Kaedah ini adalah berbeza dengan pendekatan psikodinamik tradisional yang lain kerana ia mengkaji hubungan semasa berbanding masa lalu, dan mengenal pasti tanpa memberi tumpuan pada konflik dalaman.

Kaedah IPT dilakukan bertujuan untuk mengubah corak hubungan daripada gejala kemurungan yang berkaitan, dan juga kesukaran hubungan sasaran yang boleh memburukkan lagi gejala ini. Malah, kaedah terapi interpersonal ini mengandungi kurang ‘directive’ berbanding pendekatan kognitif-tingkah laku yang memfokuskan pada bidang sasaran individu tanpa memikirkan sifat keperibadiannya.

Apakah teknik yang digunakan dalam IPT?

Teknik bagi terapi interpersonal merangkumi:

  • Mengenal pasti emosi – Membantu individu mengenal pasti emosi mereka dan bagaimana ia terhasil.

  • Ekspresi emosi – Membantu individu meluahkan emosi mereka dengan cara yang sihat.

  • Berdepan dengan emosi terpendam – Biasanya, individu akan membawa masalah yang tidak dapat diselesaikan dari hubungan masa lalu hinggalah ke hubungan mereka sekarang. Dengan melihat bagaimana hubungan masa lalu dapat mempengaruhi emosi dan tingkah laku mereka sekarang, mereka boleh  bersikap lebih objektif dalam hubungan mereka sekarang.

Masalah kemurungan sering kali mengikuti perubahan besar dalam hidup anda. Perubahan ini tergolong dalam salah satu daripada empat kategori:

  • penderitaan yang rumit – ini melibatkan kematian orang tersayang atau kesedihan yang tidak dapat diselesaikan. Kesedihan yang tidak dapat diselesaikan umumnya adalah kesedihan yang dibiarkan lama di mana individu tersebut mungkin tidak merasakan emosi, tetapi sebaliknya mengalami gejala lain.

  • peralihan peranan – permulaan atau pengakhiran hubungan atau perkahwinan mahupun diagnosis penyakit.

  • pertikaian peranan – perjuangan dalam hubungan yang berlaku apabila individu dan orang penting dalam hidupnya mempunyai matlamat yang berbeza mengenai hubungan mereka.

  • kekurangan interpersonal – ini mungkin menjadi tumpuan jika individu mempunyai masalah untuk membentuk dan menjaga hubungan yang berkualiti.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Rawatan biasanya bermula dengan ahli terapi anda melakukan sesi temu ramah. Berdasarkan masalah yang anda jelaskan, mereka dapat mengenal pasti tujuan dan membuat pelan rawatan yang sesuai. Malah, anda dan ahli terapi anda juga akan memberi tumpuan kepada masalah utama yang ingin anda selesaikan. Program khas mungkin melibatkan sehingga 20 sesi terapi selama seminggu setiap jam.

Seterusnya, IPT bukanlah dilakukan untuk mencari asal-usul perasaan dan tingkah laku semasa anda. Ia tidak seperti bentuk psikoterapi yang lain di mana IPT sebaliknya memfokuskan pada realiti kemurungan anda sekarang. Ia melihat bagaimana kesukaran secara pantas dapat menyumbang kepada gejala.

Ahli terapi juga mungkin menggunakan pelbagai teknik, seperti bermain peranan, untuk membantu individu dalam terapi menyesuaikan diri dengan bagaimana mereka berhubungan dalam dunia mereka. Malah, ahli terapi interpersonal biasanya akan memberi tumpuan kepada masalah hubungan yang paling mendesak untuk menyokong individu yang ingin melakukan perubahan.

IPT adalah bentuk terapi penyesuaian yang menjadikannya sesuai sebagai rawatan bagi beberapa masalah kesihatan mental. Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan bersama kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Dalam terapi interpersonal, ahli terapi akan berusaha untuk mengenal pasti peristiwa dalam hidup anda yang boleh menyebabkan kemurungan anda. Mereka akan berusaha melengkapkan anda dengan kemahiran yang anda perlukan untuk mengawal emosi yang sukar dengan cara positif. Anda mungkin akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang pernah menjadi tertekan atau menyakitkan pada masa lalu. Ini boleh menjadi kaedah penyesuaian baru untuk mengatasi emosi lampau.

Bagaimana untuk membuat persediaan bagi IPT?

IPT adalah kaedah psikoterapi yang agak baru dikembangkan sebagai intervensi penyelidikan. Kejayaan penyelidikannya telah menyebabkan IPT dimasukkan dalam garis panduan rawatan klinikal dan meningkatkan minat di kalangan doktor, tetapi latihan klinikal standard bagi golongan bukan penyelidik masih ditentukan.

Justeru itu, anda haruslah mencari ahli terapi yang dapat membantu mengenal pasti masalah interpersonal yang anda ingin ditangani, dan menetapkan peringkatnya mengikut urutan kepentingan. Ahli terapi yang dipilih juga haruslah memberikan sokongan mengenai penjelasan masalah, analisis komunikasi dan menjadi seorang pendengar yang baik.

SUMBER

https://www.webmd.com/depression/guide/interpersonal-therapy-for-depression#1

https://www.verywellmind.com/interpersonal-therapy-1067404

https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/types/interpersonal-psychotherapy

https://www.psychologytoday.com/intl/therapy-types/interpersonal-psychotherapy

https://psychcentral.com/lib/about-interpersonal-therapy/

Summary
Apakah itu IPT?
Article Name
Apakah itu IPT?
Description
Terapi interpersonal (Interpersonal Therapy - IPT), adalah rawatan yang memfokuskan rawatan jangka pendek untuk kemurungan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: