Apakah itu EFT?
Terapi Berfokuskan Emosi (Emotionally-Focused Therapy - EFT), juga kadangkala disebut sebagai “Terapi Pasangan” adalah pendekatan terapi berdasarkan idea bahawa emosi seseorang melambangkan identitinya. Secara khususnya, emosi seseorang dapat membantu kita membuat keputusan dan pilihan yang tepat.

Terapi Berfokuskan Emosi (Emotionally-Focused Therapy – EFT), juga kadangkala disebut sebagai “Terapi Pasangan” adalah pendekatan terapi berdasarkan idea bahawa emosi seseorang melambangkan identitinya. Secara khususnya, emosi seseorang dapat membantu kita membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Pendekatan terapi ini menganggap bahawa jika seseorang tidak memiliki kesedaran terhadap emosinya, atau jika dia sengaja menghindari emosi yang tidak menyenangkan dan/ atau negatif, individu tersebut tidak dapat memproses maklumat yang diberikan oleh perasaan tersebut sepenuhnya.

Dalam kaedah EFT, emosi juga menjadi panduan bagi sebarang pilihan dan keputusan yang dibuat oleh individu. Jenis terapi ini menganggap bahawa kekurangan kesedaran emosi atau mengelakkan emosi tidak menyenangkan dapat menyebabkan bahaya.

EFT dikembangkan oleh Leslie Greenberg. Pendekatan ‘humanistic’ untuk rawatan, dirancang untuk membantu individu menerima, mengatur, memahami dan memberi ekspresi pada emosi mereka dengan lebih baik. Greenberg pada mulanya tidak merancang untuk mengembangkan pendekatan ini dengan sengaja. Sebaliknya, dia mengkaji bagaimana orang boleh berubah yang mana proses perkembangan rawatan merangkumi hampir tiga dekad. Bahan berkaitan pertama diterbitkan pada tahun 1979.

Mengapa anda memerlukan EFT?

Ahli terapi EFT biasanya menangani pelbagai masalah. Mereka cenderung memberi tumpuan kepada individu dan pasangan yang berjuang dalam kehidupan peribadi bersama orang tersayang, pada pekerjaan mereka, dan/ atau dalam perkahwinan mereka. Fokus utama kaedah ini adalah untuk membantu individu dan pasangan mengenal pasti dan menangani emosi tidak sihat, merosakkan dan/ atau mungkin berbahaya yang boleh mempengaruhi proses pemikiran dan tingkah laku mereka.

Pasangan dan keluarga yang berada dalam kesusahan dapat memanfaatkan kaedah EFT dan belajar cara memperbaiki hubungan mereka. EFT juga terbukti berkesan bagi pasangan yang menghadapi masalah untuk mengatasi penyakit sendiri atau penyakit pada anak mereka. Selain membantu hubungan yang tertekan, EFT juga membantu mengurangkan gejala kemurungan atau trauma pada individu.

Selain itu, kaedah EFT adalah sangat berkesan bagi individu yang menghadapi jenis cabaran dan gangguan seperti berikut:

  • kemurungan sederhana
  • kesan kekurangan atau penderaan semasa kanak-kanak
  • masalah interpersonal
  • gangguan makan
  • masalah dengan pasangan dan hubungan

Apakah yang anda boleh pelajari?

Ahli terapi EFT akan memerhatikan dinamika antara individu dalam pengaturan terapi, mengaitkan tingkah laku ini dengan dinamika dalam kehidupan di rumah mereka, dan membantu mengarahkan perbualan dan interaksi baru berdasarkan perasaan yang lebih jujur. Bagi mencapainya, ahli terapi anda akan mendorong anda untuk melihat masalah emosi semasa dan kemudian membantu anda menemui perasaan dan emosi lain yang anda mungkin tidak sedari.

Selain itu, anda juga mungkin menemui perasaan dan kelemahan masa lalu secara mendalam yang disekat oleh emosi pantas yang anda tunjukkan dalam hubungan sekarang. Anda akan belajar untuk mengekspresikan emosi ini dengan cara berhubung yang betul berbanding memutuskan hubungan dengan pasangan atau ahli keluarga anda. Malah, anda juga akan mempelajari cara-cara baru untuk mendengar dan mengikuti emosi orang lain serta meneroka kaedah lebih produktif untuk bertindak balas terhadap situasi emosi.

Melalui EFT, individu mungkin melihat emosi mereka sebagai sumber maklumat yang berharga bukannya keadaan yang menyakitkan atau sukar. Mereka mungkin belajar untuk menyelaminya berbanding menekan emosi ini. Emosi sememangnya dapat mempengaruhi banyak masalah kesihatan mental. Oleh disebbakan itu, EFT boleh membawa manfaat dalam menangani banyak masalah psikologi.

Apakah prinsip yang digunakan dalam EFT?

Terapi berfokuskan emosi ini dilakukan berdasarkan tiga prinsip terapi yang disokong secara empirikal. Ketiga-tiga prinsip ini menjadi panduan untuk bekerja bersama emosi secara berkesan dengan:

  • Meningkatkan kesedaran emosi
  • Meningkatkan peraturan emosi
  • Mengubah emosi
  • Meningkatkan kesedaran emosi adalah cukup mudah – ini adalah matlamat pertama EFT dan mesti dicapai sekurang-kurangnya hingga tahap tertentu sebelum anda melangkah ke matlamat seterusnya.

  • Meningkatkan peraturan emosi adalah bahagian penting dalam EFT. Kita semua merasakan pelbagai emosi sepanjang hari, yang mana ada yang menyesuaikan diri dan membantu kita mencapai matlamat kita, manakala ada juga yang tidak menyesuaikan diri dan menghalang kita untuk mencapai matlamat yang diingini. Belajar untuk mengatur dan mengatasi emosi sukar atau kuat adalah kemahiran yang berharga untuk dimiliki, dan ini dapat dicapai dengan kaedah EFT.

  • Perubahan emosi merujuk kepada proses mengubah satu emosi menjadi emosi yang lain. Kemampuan untuk mengubah emosi menjadi emosi adaptif jelas merupakan kemahiran yang berharga, dan kajian menunjukkan bahawa ini adalah kemahiran berdasarkan emosi semata-mata.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Semasa sesi terapi awal, ahli terapi EFT akan membantu individu dan pasangan mereka untuk mengenal pasti dan memahami emosi mereka.

Kesudahannya, individu boleh menemui cara baru untuk melakukan perkara berikut:

  • Mengenal pasti dan memahami emosi sendiri dengan lebih tepat
  • Memahami dan mengatur emosi mereka
  • Menjadi lebih sedar akan emosi mereka
  • Mengalami peningkatan kesedaran mengenai situasi emosi

Terdapat tiga langkah, atau tahap dalam EFT. Yang pertama adalah untuk mengurangkan interaksi negatif antara pasangan atau ahli keluarga, dan membantu mereka melihat dan memahami apa yang sedang berlaku dalam hubungan mereka.

Tahap seterusnya adalah menyusun semula interaksi, di mana ahli terapi akan membantu individu membincangkan ketakutan mereka dalam hubungan, dengan tidak menolak individu lain. Dalam tahap ini, individu akan belajar untuk saling berpaling dan membincangkan keperluan mereka dan menjadi lebih terbuka sertaresponsif antara satu sama lain.

Penyatuan adalah tahap ketiga EFT, di mana ahli terapi membantu individu melihat bagaimana mereka memasuki corak negatif dan menunjukkan bagaimana corak negatif dapat diubah bagi meneruskan jenis perbualan sama di masa hadapan.

Bagaimana untuk membuat persediaan bagi EFT?

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk melakukan EFT, anda harus mencari ahli terapi yang sangat terlatih dalam teknik, kaedah dan pendekatan EFT. Individu ini mestilah dapat membantu anda mengenal pasti, menangani dan mengurus emosi anda dengan lebih baik dalam semua keadaan.

Minta rujukan daripada pelanggan sebelumnya, kadar kejayaan, kemungkinan pendekatan, kos perkhidmatan, pendidikan dan latihan, pengalaman, jangka masa terapi, dan lain-lain bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang terapi ini serta ahli terapi anda dengan lebih baik.

SUMBER

https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/types/emotion-focused-therapy

https://www.psychologytoday.com/intl/therapy-types/emotionally-focused-therapy

https://keltymentalhealth.ca/emotion-focused-therapy

Summary
Apakah itu EFT?
Article Name
Apakah itu EFT?
Description
Terapi Berfokuskan Emosi (EFT), juga disebut sebagai “Terapi Pasangan” adalah pendekatan terapi berdasarkan idea bahawa emosi melambangkan identiti individu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: