Now Reading
Apa Yang Istimewa Sangat Tentang Chengal Hill Retreat?

Apa Yang Istimewa Sangat Tentang Chengal Hill Retreat?

chengal hill retreat

Chengal Hill Retreat terletak di sebuah kawasan yang tenang dan damai di tengah hutan yang hijau merimbun. Terdapat rusa dan monyet di sini.

Mari terokai dan nikmati alam semulajadi 50 kilometer jauhnya dari Kuala Lumpur, hampir satu jam perjalanan dari kesibukan ibu kota.

Tinggalkan segala stres anda di rumah dan dapatkan ketenangan di sini. Hirup udara sejuk dan tenang di antara 23 hingga 28 darjah Celsius pada waktu siang dan mencecah sehingga 22 darjah dan ke bawa apabila menjelang waktu malam.

PERKHIDMATAN YANG ADA CHENGAL HILL RETREAT

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh pihak resort, antaranya:

  • Mandi sungai
  • Pit barbeku (makanan tidak disediakan)
  • Berkhemah
  • Glamping

AKTIVITI UNTUK DINIKMATI

Oleh kerana resort terletak di tengah-tengah hutan hijau yang merimbun, para pengunjung boleh menikmati aktiviti-aktiviti berikut:

KEMUDAHAN CHENGAL HILL RETREAT

Ciri-ciri bilik air:

  • Tandas mencangkuk di sini sangat bersih
  • Kawasan bilik mandi sedikit terbuka. Pastikan tiada drone berterbangan sebelum anda menggunakan bilik mandi di sini.
  • Tiada air panas. Terdapat paip yang mengalirkan air sangat sejuk. Mandi sebelum matahari terbenam okay!
  • Salah satu unit bilik mandi wanita ada gel mandian dan syampu rambut. Mungkin milik salah seorang pekerja yang tinggal di resort.

Makanan:

  • Sarapan tidak disediakan.
  • Di atas, terdapat sebuah restoran yang menyediakan makanan tengahari dan malam yang lazat. Namanya Nero Bianco Deli yang mengambil inspirasi daripada Itali.
  • Cef di restoran ini merupakan seorang cef yang telah bersara. Isterinya memilik sekeping tanah lalu beliau membuat keputusan untuk bersara di sini. Beliau mendapati kawasan ini suka untuk dapat makanan western yang sedap.
  • Maka, beliau membuat keputusan untuk membina sebuah restoran kecil dengan tanah milik isterinya. Sepasang khemah binaan cef tersebut boleh dilihat di kawasan terbuka belakang restoran.

Kemudahan lain:

  • Sebuah televisyen
  • Terdapat sebuah buai yang boleh digunakan oleh tetamu yang menginap di sini. Pihak resort sedang menambaik baik kemudahan lain yang boleh dinikmati oleh para tetamu di masa akan datang.

CARA UNTUK KE CHENGAL HILL RETREAT

Alamat Chengal Hill Retreat ialah Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia.

INFORMASI LAIN UNTUK TETAMU

  • Pihak resort akan membakar sendiri kesemua sampah yang dikumpul. Sebaiknya anda tidak membuang sampai berupa plastic di sini. Toksik ya!
  • Jalan menuju ke kawasan resort memuatkan hanya sebuah kenderaan untuk jalan dua hala.
  • Anda dijemput untuk memandu terus ke kawasan resort dan meletakkan kereta di hadapan unit yang disewa.
  • Sambil-sambil berehat di ruangan sofa, anda boleh juga membuat air.
  • Di sini tak perlu pasang jam loceng, ada ayam yang akan berkokok mengejutkan para tetamu awal pagi.

JENIS PENGINAPAN & HARGA CHENGAL HILL RETREAT

Riverside Chalet

  • RM600 untuk 4 orang (upstairs and downstairs)
  • RM350 untuk 2 orang (upstairs only)
  • RM250 untuk 2 orang (downstairs only)
  • Katil saiz queen (di setiap tingkat)
  • Tandas di setiap tingkat

Dorm Style Chalet

  • RM800 untuk 9 orang
  • Katil saiz single
  • 3 tandas persendirian tersedia di chalet jenis ini

Water Chalet

  • RM750 untuk 7 orang
  • Katil saiz single
  • 3 tandas persendirian tersedia di chalet jenis ini

Apachi

  • RM250 untuk 2 orang (setiap unit)
  • 3 unit tersedia
  • 2 katil saiz single (setiap unit)
  • Tandas disediakan secara berasingan (tersedia di bahagian luar unit)
  • Kanak-kanak di atas 7 tahun dikira sebagai 1 orang

Pengunjung boleh membawa sehingga 26 orang maksimum dalam satu masa sekiranya anda ingin menyewa satu resort. Tempat yang baik untuk mengadakan majlis keramaian bersama keluarga tersayang.

  • Waktu check in: 2pm
  • Waktu check out: 12pm

CARA UNTUK MENGHUBUNGI CHENGAL HILL RETREAT

Nombor telefon:

+6010 433 8887 (Nik Rahmat)

+6011 118 9700 (Nik Afiq)

Facebook:

Chengal Resort

Chengal Hil Retreat mempunyai impian untuk memberi kesenangan dan keselesaan buat semua pengunjung yang datang bermalam di resort mereka. Sudah semestinya sebuah tempat berehat yang bagus untuk melepaskan semua tekanan dan masalah di rumah.

Sumber:

https://hipshut.com/hipspot/chengal-hill-retreat/

http://www.marywantsalittlelamb.com/chengal-hill-retreat/#general

https://www.tempatmenarik.my/keunikan-chengal-hill-retreat-janda-baik-di-pahang-tumpuan-tempat-menarik-bercuti/

error: Content is protected !!