Chikungunya (disebut chik-en-gun-ye) adalah penyakit virus yang menjangkiti manusia daripada gigitan nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus, yang boleh didapati di kebanyakan kawasan seluruh dunia. Ini adalah nyamuk yang sama yang menyebarkan demam denggi. Nyamuk ini menggigit pada waktu siang dan malam. Penyakit virus ini tidak boleh menyebar daripada manusia kepada manusia.
Oleh kerana virus Chikungunya menjangkiti orang melalui gigitan nyamuk, virus ini jarang menular daripada ibu kepada bayi yang baru lahir pada waktu kelahiran. Sehingga kini, belum ada bayi yang dijangkiti virus Chikungunya melalui penyusuan. Kerana faedah penyusuan, ibu digalakkan untuk menyusui walaupun di kawasan yang terdapat virus Chikungunya.
Secara teori, virus ini dapat disebarkan melalui transfusi darah. Walaupun demikian, sehingga kini, tidak ada laporan yang diketahui mengenai kejadian ini.
Wabak yang pertama kali muncul di Tanzania selatan pada tahun 1952. Virus itu kemudian merebak ke Afrika, Asia dan benua India. Kes-kes penyakit demam Chikungunya telah dijumpai di sebanyak 60 negara di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika, tetapi Chikungunya jarang berlaku di Amerika Syarikat. Hanya 175 kes yang telah dilaporkan di Amerika Syarikat sejak 2016, dan semuanya adalah berkaitan dengan orang yang pernah ke kawasan yang terjejas.
Simptom & Kesan Demam Chikungunya
Tanda dan gejala demam Chikungunya biasanya muncul dalam dua hingga tujuh hari setelah digigit oleh nyamuk yang dijangkiti. Ia akan bermula dengan demam dan sakit sendi yang teruk. Tanda dan gejala lain termasuk keletihan, sakit otot, sakit kepala dan ruam.
Sebilangan besar orang akan pulih sepenuhnya, dengan gejala akan hilang dalam 3 sehingga 10 hari. Bagi sesetengah orang, sakit sendi mungkin berlanjutan selama berbulan-bulan, ataupun bertahun-tahun. Terdapat juga kes yang mengakibatkan gejala artritis yang berterusan.
Kematian akibat komplikasi Chikungunya sangat jarang berlaku, tidak seperti demam denggi, yang boleh membawa maut jika tidak dirawati..Walaupun begitu, virus ini kadang-kadang menyebabkan masalah yang teruk dan melumpuhkan., Kebanyakannya pada orang dewasa yang lebih tua dengan penyakit kronik yang lain. Orang yang pernah dijangkiti mungkin dapat dilindungi daripada jangkitan berulang virus ini.
Kadang-kadang adalah sukar untuk memastikan sama ada anda menghidapi penyakit Chikungunya kerana ia mungkin menyerupai penyakit lain yang disebarkan oleh nyamuk, seperti demam denggi ataupun virus Zika.
Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala ini dan pernah melawati tempat yang baru mengalami wabak penyakit ini. Doktor mungkin akan mengambil sampel darah anda untuk membuat pemeriksaan terhadap tanda-tanda tubuh anda melawankan virus ini.
Rawatan & Pencegahan
Tidak ada rawatan perubatan untuk demam Chikungunya dan tidak ada vaksin untuk mencegahnya. Oleh demikian, perawatan difokuskan hanya pada melegakan simptom-simptom yang dialami. Orang yang dijangkiti perlu berehat, minum banyak cecair serta mengambil ubat seperti ibuprofen, naproxen atau acetaminophen untuk melegakan demam dan kesakitan sehingga simptom dan gejala memudar dan pulih sepenuhnya. Sebilangan besar simptom dan gejala biasanya akan menyembuh dalam masa seminggu, tetapi sakit sendi mugkin akan berterusan untuk beberapa bulan.
Jangan mengambil aspirin dan ubat anti-radang bukan steroid lain (NSAIDS sehingga demam denggi dapat dikesampingkan) untuk mengurangkan risiko pendarahan.
Sekiranya anda mengambil ubat untuk keadaan perubatan yang lain, berbincanglah dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda sebelum mengambil ubat tambahan tersebut.
Pada minggu pertama jangkitan, virus Chikungunya akan dapat dijumpai dalam darah dan boleh ditularkan daripada orang yang dijangkiti kepada nyamuk melalui gigitan nyamuk.
Nyamuk yang dijangkiti kemudiannya boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain. Sekiranya anda jatuh sakit dengan demam Chikungunya, pengelakan gigitan nyamuk yang baru akan membantu mencegahkan virus ini daripada merebak. Oleh kerana Chikungunya tidak ditularkan daripada manusia kepada manusia, langkah pencegahan difokuskan pada perlindungan daripada gigitan nyamuk yang dijangkiti.
Jika anda akan pergi ke tempat yang mengalami wabak penyakit ini, anda boleh mengambilkan beberapa langkah penjagaan untuk mengurangkan risiko anda digigit nyamuk:
- Pakai pakaian yang berlengan panjang dan seluar panjang.
- Menginap di kawasan yang disaring ataupun di dalam ruangan yang terdapat penyaman udara.
- Sekiranya anda berada di tempat tanpa penyaman udara atau pelindung layar di tingkap, pastikan adanya kelambu di atas tempat tidur anda.
- Sekiranya anda perlu memakai pelindung matahari, letakkan terlebih dahulu dan diikuti dengan penghalau nyamuk yang mempunyai DEET, jikalau anda pergi ke luar tanpa lengan baju. Ini terutamanya jika anda keluar pada waktu petang atau pagi, ketika kebanyakan nyamuk ini suka menggigit.
- Buangkan air yang ada di dalam barang seperti pasu bunga di dalam rumah atau bilik hotel anda. Kosongkan, bersihkan dan terbalikkan, serta tutup atau buangkan barang-barang yang menahan air, seperti tayar, baldi, mainan, kolam renang, mandi burung atau bekas sampah.
Virus ini biasanya adalah lebih teruk terhadap bayi yang baru lahir, orang dewasa yang berusia lebih daripada 65 tahun dan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes ataupun penyakit jantung. Pertimbangkan untuk tidak melakukan perjalanan ke kawasan dengan wabak Chikungunya yang berterusan, jika anda tergolong dalam kategori ini.
Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali mempunyai simptom dan berada dalam salah satu kumpulan ini, hubungi doktor anda dengan segera.
Sumber:
https://www.cdc.gov/chikungunya/transmission/index.html