bantu negara tangani covid-19
Mari sama-sama bantu negara tangani COVID-19 dengan kurangkan bilangan kes dan selamatkan diri, keluarga, rakan-rakan dan individu lain daripada wabak COVID-19.

Mari sama-sama bantu negara tangani COVID-19 dengan kurangkan bilangan kes dan selamatkan diri, keluarga, rakan-rakan dan individu lain daripada wabak COVID-19. Ingatlah pengorbanan yang dilakukan oleh golongan ahli perubatan mahupun anggota polis serta askar-askar yang terlibat bagi sama-sama membantu negara yang dicintai ini. Sesuatu perlakuan pasti ada sebabnya tersendiri bukan? Oleh itu, marilah kita ikuti nasihat kerajaan dan kekal berada di rumah selama tempoh 2 minggu ini.

Sejak adanya perintah ‘Kawalan Pergerakan’ yang ditetapkan kerajaan selama 2 minggu yang bermula dari 18 Mac 2020 hinggalah 31 Mac 2020, ramai pihak yang menyuarakan pendapat mereka di pelbagai medium termasuklah di media sosial. Walaupun ia dilihat menyusahkan atau membebankan bagi sesetengah pihak, namun ini pastinya keputusan terbaik agar negara ini dapat mengurangkan jumlah kes individu yang positif akan COVID-19.

Dengan kadar kes positif mahupun kes kematian yang semakin meningkat, pastinya ia merisaukan semua pihak. Pakar perubatan serta kakitangan kesihatan semuanya sedang bertungkus lumus setiap hari bagi membantu menangani isu ini sebaik mungkin walaupun itu bermakna bekerja lebih masa setiap hari, kurang masa bersama keluarga, melangkau masa makan mahupun tidur yang semenangnya tidak mencukupi.

Namun, mengapa masih ada pihak yang ingkar akan arahan kerajaan dan masih berlegar-legar di luar tanpa alasan yang kukuh? Mengapa masih ada pasar yang berniaga secara terbuka tanpa mengikuti arahan yang telah ditetapkan? Adakah mereka ini tidak takut dijangkiti virus tersebut atau adakah ia dilakukan atas sebab-sebab lain atau hanya kerana kepentingan sendiri?

Umum mengetahui bahawa ramai yang terjejas dari segi ekonomi, kehidupan dan bermacam lagi sejak adanya perintah ini namun, itulah yang terbaik bagi semua orang. Pastinya pihak yang paling terkesan adalah mereka yang berpendapatan rendah serta peniaga-peniaga kecil seperti di tepi jalan yang mendapat wang secara harian.

Jadi, jom sama-sama bantu satu sama lain dengan mengambil langkah-langkah seperti:

  • Kekalkan jarak 1meter antara satu sama lain apabila keluar membeli barang.
  • Keluar rumah apabila perlu sahaja (untuk beli barang keperluan, kecemasan, tuntutan kerja).
  • Pakai topeng muka sekiranya perlu.
  • Tetapkan ketua keluarga atau hanya seorang ahli keluarga untuk keluar membeli barang rumah.
  • Bersihkan diri (termasuklah membasuh pakaian yang dipakai ketika itu) sejurus sahaja pulang ke rumah.
  • Jangan sebarkan berita tentang wabak ini tanpa sumber yang sahih sebaliknya sentiasa mendapatkan sumber yang betul daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

SUMBER

  1. https://www.hmetro.com.my/perintahkawalanpergerakan
  2. https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/vital-signs/2020/03/25/non-medical-experts-needed-to-help-fight-covid-19
Summary
Article Name
Apa yang boleh kita lakukan untuk bantu negara tangani COVID-19?
Description
Mari sama-sama bantu negara tangani COVID-19 dengan kurangkan bilangan kes dan selamatkan diri, keluarga, rakan-rakan dan individu lain daripada wabak COVID-19.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: