esplg

ESPLG atau Sistem Pengurusan Latihan Guru ialah sistem aplikasi secara atas talian yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)  yang bertujuan untuk merekod, mentadbir dan mengurus semua maklumat atau data latihan guru.

Sebelum wujudnya aplikasi ini, para guru rata-ratanya menggunakan kad kecil bewarna biru untuk merekodkan segala latihan yang dihadiri seperti: Kursus, forum, bengkel, seminar, taklimat, konvensyen, simposium, lawatan rasmi atau sambil belajar samada yang dijalankan di dalam atau diluar sekolah. Kad pelaporan ini perlu diisi secara manual yang mana para guru akan mengambil masa yang lama untuk merekod segala perkara penting.

Dengan kehadiran aplikasi atas talian ini, diharapkan dapat membantu para guru untuk menguruskan maklumat atau data dengan lebih efisyen.

Artikel ini akan menerangkan kepada anda secara ringkas mengenai cara untuk login eSPLG, dan jugak beberapa perkara yang berkaitan dan penting untuk anda tahu.

Tarikh Pelaksanaan eSPLG

Dengan merujuk kepada surat siaran KPM, eSPG ini mula diperkenalkan secara rasmi pada tarikh 15 November 2011. YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Pendidikan telah memutuskan bahawa kesemua guru hendaklah menggunakan Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG) sahaja sebagai medium untuk mengumpul maklumat dan latihan guru.

Surat ini dikeluarkan untuk memberikan pendedahan berkaitan pelaksanaan penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG) kepada semua unit: Pejabat Daerah Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan juga sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu sistem yang akan menguruskan semua latihan dan perkhidmatan kursus untuk para guru dan pendidik.

Modul-Modul eSPLG

Espg telah menawarkan 2 jenis modul iaitu modul individu dan modul menyelaras.

  • Modul Individu

Modul ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibawah (AKP) Kementerian Pendidikan untuk merekod segala aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDP) atau Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar Kementerian Pelajaran Malaysia selain merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

LDP atau PPB yang yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak juga disahkan di peringkat Senarai Tugas Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) untuk membolehkan ianya dianggab sebagai bukti bilangan guru yang hadir ke kursus bagi tahun semasa.

Bagi pegawai yang berkhidmat di bahagian Institut Pendidikan Guru (IPG), Jabatan Pelajaran negeri (JPN), Kolej Matrikulasi atau bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri masing-masing menerusi pengkalan data Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Negeri (SPL KPM). Selain itu, bagi pegawai & AKP hendaklah mengemaskini maklumat diri masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.

  • Modul Penyelaras (SULDP)

Modul ini diperkenalkan untuk memudahkan urusan perekodan LDP/PPB yang dilaksanakan oleh penganjur LDP/PPB. Diharapkan kaedah ini mampu untuk menyelaras segala pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.

Penyelaras latihan atau (SULDP) perlu mengemaskini maklumat asas pegawai yang berkhidmat di bahagian: JPN, kolej Matrikulasi, IPG, BTPN dan PPD. Ini bertujuan untuk membolehkan individu mendaftar masuk ke aplikasi eSPLG atau (SPLKPM) dan eProfil.

Tambahan lagi, pihak SULDP atau penyelaras dapat melihat analisis (LDP) yang dihadiri melalui organisasi, matrik kompentensi, tawaran kursus dan modul kewangan.

Cara Daftar eSPLG

Dibawah adalah cara-cara untuk mendaftar eSPLG:

  1. Sila klik pada pautan ini : https://apps1.moe.gov.my/splg/
  2. Kemudian, klik pada ikon modul individu dan paparan seterusnya akan membawa anda untuk pendaftaran di lini ini: http://apps1.moe.gov.my/splg/I_SPLG/index.cfm.
  3. Kemudian daftar dengan menggunakan kad pengenalan ada tanpa sempang (-), dengan menggunakan 4 digit terakhir nombor kad pengenalan anda sebagai kata laluan. Selepas berjaya daftar masuk, anda boleh menukar kata laluan yang baru dengan memilih menu tukar kata laluan.
  4. Kemudian kemaskini eProfil – pilih profil 1
  5. Kemudian, daftar pula kehadiran kursus luar (KKL) iaitu kursus yang dihadiri di luar sekolah seperti di PPD & JPN
  6. Daftar Book Review (BR) jika keperluan 7 hari kursus setahun tidak mencukupi
  7. Akhir sekali, semak & cetak pelaporan

Senarai Kursus Dalam Talian

Dibawah merupakan beberapa senarai kursus dalam talian (online) yang para guru boleh ambik untuk mendapatkan mata tambahan (kredit):

  • Hemah Bicara Hemat Belanja

Kursus ini adalah untuk para guru celik dalam urusan kewangan. Hemah Bicara Hemat Belanja merupakan kerjasama antara dua pihak iaitu KPM dan juga Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Semua warga KPM dikehendaki untuk menyertai kursus ini sehingga selesai.

Setelah selesai kursus, individu yang menyertai kursus ini akan memperolehi 6 jam latihan bersamaan dengan 1 hari berkursus dan diberikan sebanyak 6 mata kredit untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Melalui sistem eSPLG.

  • Kursus STEM

Kursus STEM ini disediakan sebagai pendekatan mudah untuk guru dengan hanya mengikuti kursus ini melalui aplikasi dalam telefon pintar sahaja.

Berikut ialah cara-cara untuk login ke kursus ini:

  1. Anda perlu daftar masuk ke Schoology terlebih dahulu di https://schoology.com
  2. Kemudian pergi ke bahagian Menu
  3. Kemudian pergi ke kursus STEM: Pendekatan Mudah Untuk Guru
  4. klik pula pada folder PANDUAN bagi melihat cara-cara mendapatkan maklumat tentang kursus
  5. Kemudian klik pada folder KANDUNGAN bagi memulakan proses pembelajaran
  6. Dalam folder 1.0 Celik STEM terdapat 4 sub topik yang perlu diselesaikan mengikut urutan
  7. Setelah selesai, anda boleh ke folder seterusnya iaitu 2.0 STEM Dalam Kehidupan Seharian
  8. Sebelum tamat, anda perlu lengkapkan soal selidik dalam folder PENUTUP

Selain itu, anda jugak boleh mengambil kursus online Rumahku AKPK bagi mempelajari selok-belok pembelian rumah. Boleh klik di pautan ini : https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/

  • Kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Sebagai guru anda juga boleh mengambil kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (ePSA). Anda boleh klik pada pautan ini : https://www.epsa.gov.my

  • Membuat ulasan buku (BOOK REVIEW)

Pelbagai jenis buku yang anda boleh membuat ulasan dengan mengikut pilihan anda sendiri. Pastikan anda daftar masuk ke eSPLG dan isi maklumat untuk membuat BOOK REVIEW termasuklah:

  • Tajuk buku
  • Penulis buku
  • Bahasa buku
  • Bilangan mukasurat
  • Sinopsis buku
  • Tarikh pembacaan
  • Pembentangan

Sebagai bukti pembacaan anda, anda dikehendaki untuk isi Borang Sinopsis Individu di sekolah.

Penutup

Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu anda untuk menggunakan esplg ini selain dapat memanfaatkan masa mempelajari kursus-kursus online yang ditawarkan.

SUMBER:

https://www.cikguhijau.com/2012/12/esplg-atau-sistem-pengurusan-latihan.html

https://therohani.com/login-splkpm

https://ecentral.my/splkpm-splg/

Summary
Apa Perlu Anda Tahu Tentang eSPLG?
Article Name
Apa Perlu Anda Tahu Tentang eSPLG?
Description
ESPLG atau Sistem Pengurusan Latihan Guru ialah sistem aplikasi secara atas talian yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang bertujuan untuk merekod, mentadbir dan mengurus semua maklumat atau data latihan guru.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: