1govuc

Sebagai kakitangan kerajaan, adalah penting untuk anda tahu tentang apa 1govuc ini. 1 govuc atau mygovuc adalah sebuah komunikasi bersepadu kerajaan yang meliputi pelbagai perkhidmatan atas talian yang mana ia dikawal secara berpusat bagi sektor awam.

1govuc

Perkhidmatan 1govuc seperti: e-mel 1 govuc, instant messaging, sistem pengurusan identiti serta persidangan audio dan video ini boleh dikatakan selamat untuk digunakan kerana ia diurus sepenuhnya oleh kerajaan sekaligus memudahkan kakitangan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dalam satu pusat.

1govuc ini diwujudkan sebagai langkah untuk menjimatkan kos, dimana apabila semua sektor awam diMalaysia boleh berhubung antara satu sama lain dan jugak menjayakan sesuatu projek menerusi sistem komunikasi yang dintegerasikan secara kolaboratif.

Melihatkan kepada tahap kesediaan perkhidmatan 1govuc ini, ia boleh dianggarkan sebanyak 99.5 peratus (%) untuk semua jenis peralatan khususnya perisian dan perkakasan 1govuc di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

Artikel ini akan menerangkan sedikit sebanyak berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan, cara bagaimana mahu login e-mel 1govuc serta beberapa maklumat tambahan yang berkaitan dengannya.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1govuc.

Dibawah adalah senarai perkhidmatan yang disediakan untuk manfaat pengguna:

  1. E-mel 1govuc : Merupakan 1 contoh aplikasi yang membolehkan pengguna untuk mewujudkan komunikasi dua hala, dalam bentuk elektronik.
  2. Media Sosial & Portal : Perkhidmatan portal 1govuc, portal kolaboratif & IPMS
  3. Komunikasi bersepadu (UC): Memudahkan para pengguna untuk berkomunikasi dengan cara: teks, panggilan suara, panggilan video dan juga memuatperkongsian fail secara atas talian.
  4. Perkhidmatan Nilai Tambah : 1govuc bertindak untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah melalui: ADRMS, Big Mail Transfer (BMT), pengarkiban e-mel, perlindungan keselematan e-mel dan jugak perkhidmatan e-mel relay (SMTP).

Pelaksanaan 1govuc

Dibawah adalah senarai-senarai pelaksanaan projek yang terdapat dibawah 1govuc :

  • Di bawah rangkaian kerajaan yang selamat
  • Perkhidamtan meja bantuan (24X7)
  • Pay per user
  • Memingkatkan tahap kebolehsedian yang sangat tinggi
  • Menggunakan segala infrastruktur Pusat Data Sektor awam di  MAMPU.
  • Cara pengurusan perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan

Kelebihan 1govuc

Dibawah terdapat 6 kebaikan yang terdapat melalui perkhidmatan 1govuc ini, antaranya ialah:

  1. Perkhidmatan 1govuc ini adalah perkhidmatan yang diurus oleh kerajaan sepenuhnya. Maka, ia dijamin selamat untuk pengguna.
  2.  Anti-spam dan anti-virus digunakan bagi menepis segala kandungan e-mel dan jugak mencegah virus serta kod perosak
  3. Menjimatkan kos penggunan ICT
  4. Menerapkan penggunan teknologi hijau
  5. Meningkatkan tahap kecekapan komunikasi
  6. 1govuc merupakan sebahagian perkhidmatan sistem cloud kerajaan dimana ia diletakkan  dibawah Pusat Data Sektor Awam

Cara untuk login ke email 1govuc (sekolah)

Dibawah adalah panduan untuk pengguna login e-mel 1govuc melalui komputer. Bagi yang menggunakan android mahupun iphone ada cara login yang lain. Dalam artikel ini akan diterangkan cara login bagi yang menggunakan komputer:

  1. Anda perlu ke laman web rasmi MyGovUC Komunikasi Bersepadu di pautan ini : https://webmail.1govuc.gov.my
  2. Setelah berjaya masuk, anda boleh terus ke ruangan Domain/User name, kemudian masukkan email.
  3. Pastikan anda ikut format yang betul semasa mengisi
  4. Sebagai contoh, nama anda adalah Abdullah Ali, maka username anda ialah abdullah.ali
  5. Pada bahagian hadapan pula anda perlu letakkan 1GOUVC/abdullah.ali.edu
  6. Pada bahagin password pula, masukkan kata laluan anda
  7. Kemudian, klik pada butang sign In
  8. Akhir sekali, siap. Namun, jika terdapat sebarang masalah berkaitan login anda bolehlah terus menghubungi admin sekolah ataupun jabatan.

Cara untuk login melalui Single Sign On (SSO)

  1. Anda boleh terus ke laman web rasmi MyGovUC di pautan ini : https://www,1govuc.gov.my
1govuc
  1. Setelah berjaya masuk, anda boleh rujuk pada bahagian bawah sekali
  2. Kemudia klik pada Outlook WeB App (OWA)
  3. Melalui SSO ini, anda tidak perlu untuk isi apa-apa pada ruangan Domain/user name
  4. Anda hanya perlu masukkan username sahaja
  5. Masukkan kata laluan anda
  6. Kemudian, klik pada butang login
  7. Setelah berjaya login, anda akan mendapati paparan berikut:
  8. BMT (MyGovUC Big Mail Transfer)
  9. OWA (MyGovUC Microsoft Outlook Web Access)
  10. TeMS (Training Event Managment System)
  11. User Self Service (MyGovUC User Self Service Portal)
  12. Sesudah itu klik pada icon OWA untuk melihat inbox emel anda
  13. Untuk log out pula, anda perlu pergi ke avatar sebelah kanan atas dan kemduia tekan Log out
  14. Secara automatik anda telah terkeluar dari sistem
  15. Jika anda mahu membaca emel sekali lagi, anda perlu login atau daftar masuk semula

Nota tambahan : Bagi pengguna MyGovUC anda boleh menggunakan perkhidamatan Big Mail Transfer (BMT) melalui Single Sign On (SSO) melalui pautan Portal MyGovUC

Senarai-senarai kementerian yang turut menyertai 1govuc

Dibawah, merupakan senarai kementerian atau agensi yang telah menyertai 1gouvc ini :

  1. Jabatan Perdana Menteri
  2. Jabatan Kewangan Malaysia
  3. Jabatan kesihatan Malaysia
  4. Jabatan Pendidikan Malaysia
  5. Jabatan Pengankutan
  6. Jabatan air, tanah & Sumber Asli
  7. Jabatan Perdagangan Antarabangsa & Industri
  8. Jabatan Pelancongan & Kebudayaan
  9. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  10. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air
  11. Kementerian Sumber Manusia
  12. Kementerian Komunikasi & Multimedia
  13. Kementerian Industri Utama
  14. Kementerian Dalam & Luar Negeri
  15. Kementerian Belia & Sukan
  16. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Hal Ehwal Pengguna
  17. Kementerian Wilayah Persekutuan
  18. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  19. Kementerian Pembangunan Usahawan
  20. Kementerian Kerja Raya
  21. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
  22. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
1govuc

Penutup

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu pengguna khususnya kakitangan awam untuk tahu cara bagaimana login masuk ke email 1govuc ini, kerana ia sangat memudahkan urusan untuk log masuk e-mel anda. Semoga ia nya memberi manfaat.

SUMBER:

https://therohani.com/cara-login-email-1govuc/

https://ecentral.my/login-1govuc/

https://www.portalmalaysia.com/apa-itu-1govuc

Summary
Apa perlu anda tahu tentang 1 govuc?
Article Name
Apa perlu anda tahu tentang 1 govuc?
Description
Sebagai kakitangan kerajaan, adalah penting untuk anda tahu tentang apa 1govuc ini. 1 govuc atau mygovuc adalah sebuah komunikasi bersepadu kerajaan yang meliputi pelbagai perkhidmatan atas talian yang mana ia dikawal secara berpusat bagi sektor awam.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: