Air selusuh

Air selusuh adalah perkara yang penuh misteri ini masih menjadi tanda tanya tentang keberkesanannya dalam memudahkan proses bersalin. Ada segelintir pihak yang mempercayai solusi atau kaedah ini namun ada juga yang hanya menganggapnya sebagai mitos peninggalan nenek moyang.

Namun, pakar kesihatan juga ada yang menyarankan penggunaan air selusuh namun hanyalah ketika tarikh jangkaan bersalin sudah tiba atau ketika bermulanya kontraksi.

Apa Itu Air Selusuh

Air selusuh biasanya direndam dengan akar fatimah dan dibaca dengan doa-doa dan beberapa surah dalam Al-Quran dan dicampur dengan sedikit herba yang membantu memulakan kontraksi rahim. Ia dipercayai sejak zaman dulu kala lagi bahawa ia dapat mempercepatkan proses bersalin. Ia akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin berlaku, pengeluaran darah,air ketuban pecah atau kontraksi bermula.

Adakah Ia Berkesan dan Selamat?

Sehingga hari ini, tiada kajian yang membuktikan bahawa air ini dapat membantu memudahkan proses bersalin. Ayat-ayat Al-Quran yang dibaca hanyalah salah satu ikhtiar yang dilakukan dengan bersandarkan pada kekuasaan Allah SWT.

Yang merisaukan ialah apabila mengamalkan air ini yang direndam dengan bahan seperti akar fatimah,akar kayu dan lain-lain herba.

Menurut pakar, air yang direndam dengan pelbagai jenis herba tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia yang ada didalamnya. Dos bahan ini juga tidak diketahui. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa bahan lain yang digunakan dapat menyebabkan kontraksi pada rahim. Ianya lebih selamat jika air itu dibuat sendiri oleh suami, kerana dapat mengawal bahan apa yang diletakkan

Jadi, ia tidak merbahaya dan selamat untuk diambil jika ia hanyalah air kosong dan dibacakan dengan doa.

Sebab Mengapa Air Selusuh Dicampur Bahan Lain Merbahaya

1. Air selusuh yang diberikan dapat menyukarkan doktor untuk melakukan pembedahan terhadap ibu jika perlu. Ibu disarankan untuk berpuasa apabila memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin dan bersedia untuk pembedahan ceaseran. Jika ibu sudah berpuasa, proses pembedahan dapat dilakukan dengan segera.

2. Apabila anda meminum air selusuh dicampur dengan bahan lain, ia seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka dan ibu akan mengalami sakit yang melampau. Kebanyakan yang telah mencuba air ini akan mengalami kesakitan yang luar biasa.

.

CARA MEMBUAT AIR SELUSUH VERSI USTAZ DON DANIYAL

Kaedah ini dikongsikan Ustaz Don yang beliau buat untuk isterinya untuk melancarkan proses bersalin.

  1. Ambil sebotol air zamzam, boleh juga digunakan air biasa.
  2. Bacakan Surah Al-Fatihah Sekali.
  3. Bacakan Surah Al-Hasyr Ayat 21
  4. Bacakan Selawat Syifa’
  5. Bacakan doa selusuh.

“Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya”

Namun demikian, harus diingatkan kepada seluruh masyarakat diluar sana untuk lebih berhati hati dengan air selusuh yang dijual di pasaran kerana pakar kesihatan tidak menyarankan penggunaan yang berisiko tinggi mengakibat proses bersalin lebih sukar dari apa yang dijangkakan.

Ketahuilah, sesungguhnya sebaik-baik air selusuh, adalah hasil dari bacaan suami. Kepada para suami, tolong baca sampai habis dan fahamkan cara membuat air ini dengan betul.

Semoga hasil penulisan ini memberi manfaat kepada anda!

SUMBER :

https://my.theasianparent.com/cara-buat-air-selusuh

https://9bulan10hari.com/8-cara-membuat-air-selusuh-mudahkan-bersalin/

Summary
Apa kaitan air selusuh dengan proses bersalin?
Article Name
Apa kaitan air selusuh dengan proses bersalin?
Description
Air selusuh adalah perkara yang penuh misteri ini masih menjadi tanda tanya tentang keberkesanannya dalam memudahkan proses bersalin. Ada segelintir pihak yang mempercayai solusi atau kaedah ini namun ada juga yang hanya menganggapnya sebagai mitos peninggalan nenek moyang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: