perkeso

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Agensi ini membantu untuk menyediakan perlindungan tertentu seperti kewangan dan perubatan melalui skim tertentu kepada pencarum.

Bukan itu sahaja, manfaat keselamatan sosial ini turut sama-sama dapat dirasai oleh pekerja itu sendiri dan juga tanggungan mereka dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Mengikut kepada Akta Keselamatan Social Pekerja (1969), kesemua syarikat khususnya swasta perlu mendaftar pekerjanya dengan PERKESO dalam tempoh selama 30 hari pertama bekerja. Namun, jika majikan itu gagal untuk mendaftar pekerja atau syarikat dibawah PERKESO dan gagal membuat caruman setiap bulan ini boleh dianggab sebagai kesalahan undang-undang dan boleh dibawa kes ini ke mahkamah.

Namun bergitu. bukan semua pekerja di Malaysia ini boleh membuat tuntutan PERKESO misalnya: Pekerja kerajaan, pemilik perniagaan atau rakan kongsi juga pasangan kepada pemilik perniagaan atau rakan kongsi dan akhir sekali pembantu rumah.

Artikel ini akan menerangkan perkara berkaitan PERKESO secara ringkas tentang : Faedah atau skim yang ditawarkan, cara untuk login ke portal PERKESO dan info-info yang berkaitan untuk anda sebagai pengguna perlu ambil tahu.

Portal Assist PERKESO

Sebagai pencarum penting untuk anda tahu apa itu assist.perkeso.gov.my. Bagi yang belum tahu, ini merupakan portal baru PERKESO di mana ia telah menyediakan sebuah portal layan diri kepada majikan khasnya untuk menguruskan perkara berkaitan: maklumat-maklumat majikan, pekerja dan juga caruman bulanan PERKESO.

Kini, anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mencarum secara manual lagi. Portal ini akan membantu memudahkan anda dengan menawarkan transaksi yang efisien, bebas kertas dan memastikan keselamatan melalui kaedah FPX dan juga perbankan internet. https://assist.perkeso.gov.my/employer/login

Cara Mendaftar Portal Assist PERKESO (Majikan)

Anda mestilah membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan mengisi borang pendaftaran sebelum anda boleh menggunakan PERKESO Assist Portal ini.

Dibawah adalah beberapa langkah yang anda harus lakukan bagi mendapatkan nama pengguna dan kata laluan:

  1. Sebagai majikan yang mahu membuat permohonan, anda haruslah memuat turun Borang Permohonan Enrolment Portal Assist ini terlebih dahulu.
  2. Setelah siap isi borang dengan lengkap, anda perlu bawa borang tersebut ke pejabat PERKESO berhampiran anda
  3. Anda juga boleh terus menghantar borang tersebut ke e-emel ini [email protected]
  4. Borang akan disemak terlebih dahulu setelah anda menghantarkannya.
  5. Setelah disemak dan didapati tiada sebarang masalah, anda akan menerima 1 e-mel berserta dengan nama pengguna dan kata laluan sementara
  6. Setelah itu, anda perlu menukar kata laluan untuk tujuan keselamatan akaun anda pada kali pertama anda login

Cara Mudah Untuk Login Assist Portal PERKESO

Untuk login ke portal ini, anda boleh lah merujuk langkah-langkah seperti dibawah ini:

  1. Sila klik pada pautan ini: assist.perkeso.gov.my/employer/login
  2. Pilih bahasa yang memudahkan anda samada Bahasa Melayu atau Bahasa inggeris
  3. Klik BM untuk Bahasa Melayu atau klik BI untuk Bahasa Inggeris
  4. Masukkan alamat e-mel anda seperti yang anda buat semasa awal pendaftaran tadi
  5. Masukkan kata laluan
  6. Kemudia klik pada ikon LOGIN untuk terus masuk ke portal

Cara-cara Mendaftar Pekerja Baru Dalam Assist Portal PERKESO

Dibawah adalah beberapa cara untuk anda mendaftar pekerja baru:

  1. Sila klik pada menu ADD NEW EMPLOYEE
  2. Isikan maklumat berkaitan pada bahagian EMPLOYEE INFORMATION & EMPLOYEE APLLICATION STATUS
  3. Klik pula pada bahagian SAVE & CONTINUE untuk pergi ke halaman seterusnya dan boleh terus mengisi segala maklumat yang diperlukan
  4. Anda perlu memuat naik dokumen berkaitan dengan pekerja, setelah berjaya memuat naik, klik pula ADD DOCUMENT
  5. Sekiranya, terdapat dokumen lain yang perlu anda masukkan, ulang langkah memuat naik dokumen semula
  6. Jika terdapat dokumen yang perlu buang, klik pada REMOVE
  7. Setelah selesai semuanya, klik pada SAVE & CONTINUE
  8. Anda perlu menyemak terlebih dahulu segala maklumat dan dokumen yang terpapar di skrin anda. Pastikan anda telah menyemak terlebih dahulu sebelum anda menekan butang SUBMIT
  9. Tertera pada skrin anda PROCEED FOR SUBMISSION ? Anda boleh klik pada butang COMFIRM sekiranya anda sudah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan

Skim PERKESO

Terdapat 3 jenis skim dalam PERKESO ini, iaitu :

  • Skim Bencana Pekerjaan

Skim ini akan memberikan perlindungan kepada pekeja yang mengalami kecederaan semasa bekerja. Antara faedah yang bakal diperolehi ialah:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah pendidikan
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Faedah hilang upaya sementara
  • Faedah pengurusan mayat
  • Faedah orang tanggungan
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional
  • Skim Keilatan

Skim ini akan memberikan perlindungan kepada perkerja yang hilang upaya atau pun meninggal dunia atas perkara yang tidak berkaitan dengan kerja. Sebagai contoh, keilatan adalah untuk pekerja yang telah uzur dan sudah tidak mampu lagi untuk mencapai 1/3 dari keupayaan yang dulu yang mana ia boleh jadi bersifat kekal dan tidak boleh sembuh.

Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi ialah:

  • Pencen ilat
  • Pencen penakat
  • Bantuan ilat
  • Elaun layanan sentiasa
  • Faedah pendidikan
  • Kemudahan pemulihan jasmani/vokasional/ return to work(RTW)/dialisis
  • Skim bencana pekerja asing

Skim ini akan memberikan perlindungan kepada pekerja asing yang menetap di Malaysia kecuali untuk pembantu rumah. Caruman untuk jenis skim ini telah ditetapkan dengan kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan akan dibayar pula oleh majikan setiap bulan.

Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi ialah :

  • Faedah perubatan
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Faedah hilang upaya sementara
  • Faedah pengurusan mayat
  • Faedah orang tanggungan
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan (Kecuali dialisis, vokasional & RTW)

Fungsi PERKESO

PERKESO, menekankan konsep tanggungjawab bersama melalui sumber terkumpul, penggantian pendapatan dan juga perkongsian risiko.

Seperti yang telah dipersetujui oleh Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952, perlindungan keselamatan sosial telah menjadi perkara asas yang perlu dipenuhi. Maka, telah menjadi fungsi utama PERKESO untuk menyediakan keselamatan sosial kepada pekerja dan kepada tanggungannya melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Bagi skim Bencana Pekerjaan, ia memberi perlindungan kepada para pekerja sekiranya berlaku kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan dan juga penyakit khidmat.

Bagi skim keilatan pula, ia memberi perlindungan selama 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian disebabkan oleh sebarang akibat yang berlaku diluar waktu kerja atau yang tidak berkaitan langsung dengan pekerjaan.

Kedua-dua jenis skim ini, memberikan faedah secara tunai kepada pekerja dan tanggungannya sekiranya berlaku kejadian diluar jangkaan selain turut menyediakan rawatan perubatan, latihan vokasional dan pemulihan jasmani.

PERKESO turut mengadakan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program kesedaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan kepada majikan dan pekerja.

Kepentingan PERKESO

PERKESO ini sangat penting kerana perlindungan yang diberikan adalah secara menyeluruh. Lihat sahaja kepada skim yang ditawarkan untuk anda, ia termasuklah sumbangan yang akan dinikmati oleh anda sekiranya anda terlibat dengan bencana di tempat kerja.

Bahasa mudahnya, segala kos rawatan semasa juga kos rawatan susulan disebabkan kemalangan atau kecederaan yang berlaku ketika anda dalam tempoh bekerja akan ditanggung oleh PERKESO. Juga bencana yang berlaku sewaktu rehat jugak akan ditanggung PERKESO mengikut ketetapan yang diberikan oleh majikan.

Ini termasuklah segala jenis rawatan seperti: Pembedahan, prosedur rawatan fisioterapi, kelengkapan prostetik seperti kerusi roda atau alat bantuan pendengaran serta mendapatkan anggota badan palsu.

Penutup

Diharapkan dengan wujudnya assist PERKESO ini akan membantu dengan lebih mudah lagi majikan untuk membuat caruman.

Sumber:

https://therohani.com/perkeso-assist-portal-online/#Apa-fungsi-PERKESO

https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/perkeso-info-penting

https://www.thevocket.com/ramai-tak-tahu-manfaat-socso-5-penerangan-ringkas-tentang-hak-pencarum/

Summary
Apa itu PERKESO?
Article Name
Apa itu PERKESO?
Description
Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Agensi ini membantu untuk menyediakan perlindungan tertentu seperti kewangan dan perubatan melalui skim tertentu kepada pencarum.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: