Now Reading
Apakah itu Lesung Keramat (Sacral Dimple)?

Apakah itu Lesung Keramat (Sacral Dimple)?

Lesung keramat atau juga dikenali sebagai โ€˜sacral dimpleโ€˜ adalah satu keadaan lekukan kecil dan cetek di bahagian belakang badan, tepat di atas atau di lipatan punggung.

Kira-kira 3 hingga 8 peratus penduduk mempunyai atau memiliki masalah ini pada badan kita.Ada peratusan kecil daripada jumlah tersebut boleh mengalami kelainan tulang belakang.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripadanya tidak menyebabkan atau berkait dengan masalah kesihatan.

Simptom Lesung Keramat

Lesung keramat tidak mempunyai simptom lain selain lekukan itu sendiri. Lekukan berkenaan biasanya cetek dan terdapat di dalam atau berhampiran punggu

Ia merupakan tanda masalah tulang belakang mungkin mempunya tanda-tanda termasuk:

  • Helaian rambut
  • Lebam atau perubahan warna pada kulit yang berdekatan

Punca Lesung Keramat

Bagi keadaan ini, saintis sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan berlakunya lekukan tersebut. Keadaan tersebut disifatkan keadaan kongenital yang bermaksud seseorang itu dilahirkan dengannya.

Ia juga terbentuk kerana alasan yang tidak diketahui sewaktu berlakunya perkembangan janin.

Komplikasi Lesung Keramat

Jarang-jarang kes ini berlaku namun ada kajian mengatakan sacral dimples boleh menunjukkan terdapat kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida okulta dan sindrom tulang telulang (syndrome tethered cord). Spina bifida tersembunyi berlaku apabila apabila tulang belakang tidak menutup sepenuhnya di sekitar saraf tunjang.

Tethered Cord Syndrome adalah keadaan dimana bahagian saraf tunjang melekat pada tisu, sehingga mengehadkan pergerakannya.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://pedsinreview.aappublications.org/content/32/3/109/F4

error: Content is protected !!