CTOS

Apa itu CTOS? ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang terkenal di Malaysia. Sistem data CTOS ini diselia oleh Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

CTOS ini berperanan untuk mengumpulkan maklumat kredit individu dan maklumat syarikat dari pelbagai sumber rasmi. Kemudian maklumat ini akan digunakan sebagai portfolio perkhidmatan dan penyelesaian kepada pengurusan risiko kredit.

Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya akan diformat kepada sistem pengkalan data elektronik yang bertujuan untuk memudahkan segala proses yang berkaitan seperti permohonan pinjaman, kredit perniagaan dan perdagangan.

Kemudian maklumat ini jugalah yang akan berfungsi sebagai asas dalam menentukan skor kredit anda dimana ia akan mempengaruhi proses bagaimana untuk membuat keputusan sekiranya berlaku pinjaman.

Umumnya, sistem ini diguna pakai oleh banyak pihak khususnya institusi kewangan, syarikat insuran dan telekomunikasi, syarikat komersial, PKS, firma undang-undang dan beberapa organisasi lain di Malaysia.

Sistem ini telah lama bertapak di Malaysia selama lebih 20 tahun. Pastinya ia telah lama menjangkau jauh dimana kebanyakan sumber maklumat mereka datang dari pelbagai aspek seperti :

  • Pencarian maklumat di Pendaftar Pertubuhan (ROS)
  • Pencarian di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)
  • Pencarian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Senarai e-mahkamah dan notis undang-undang di surat khabar
  • Warta & Penerbitan Kerajaan
  • Maklumat yang diberikan secara sukarela
  • Maklumat hubungan yang diberikan oleh pemiutang atau pengadil atau pengadil perdagangan
  • CCRIS (Bank Negara Malaysia)

5 kategori maklumat dalam laporan CTOS

Penting untuk anda tahu mengenai status kredit anda, ini kerana ia dapat membantu anda menguruskan kewangan peribadi anda selain memudahkan anda untuk merancang dan sebagai untuk mengatasi masalah ekonomi.

Laporan ini akan memberiakan gambaran jelas dan menyeluruh mengenai status kredit anda. Dibawah adalah 5 jenis kategori yang terdapat dalam laporan CTOS anda:

Bahagian A (Pengesahan Identiti)

  • Bahagian ini mengandungi: Nama penuh, nombor pengenalan, dan nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat anda.
  • Bahagian ini amat penting kerana ia berguna dalam mengesan dan mencegah segala penipuan dan pencurian identiti.

Bahagian B (Kepimpinan & Kepentingan Perniagaan)

  • Bahagian ini mengandungi : Rekod pengarah serta pemegang saham di syarikat dan pernigaan yang diperbadankan di Malaysia.
  • Bahagian ini akan membantu dalam mengesahkan hakikat sebenar pendapatan, terutama bagi pemegang saham syarikat dan pemilik perniagaan.

Bahagian C – Rekod Pembayaran Perbankan (Sumber: CCRIS, Bank Negara Malaysia)

  • CCRIS memberikan maklumat pada bahagian ini terutama mengenai perincian setiap kemudahan kredit yang dimiliki individu, pembayaran untuk setiap kemudahan, serta permohonan kredit yang diluluskan dan yang masih lagi belum selesai dalam 12 bulan terakhir.
  • CCRIS akan menunjukkan kemudahan kredit yang paling awal dan jumlah keseluruhan dari kemudahn yang dijamin dan tidak dijamin.

Bahagian D (Kes Perundangan)

  • Bahagian ini mencatat mengenai undang-undang berkaitan latar belakang dan pengalaman pernigaan seseorang.
  • Bahagian ini penting untuk rujukan bank dalam menentukan maklumat muflis, tindakan undang-undang dan status berkaitan dengan kelayakan kredit anda.

Bahagian E (Rujukan Perdagangan)

 Bahagian ini mengandungi 2 bahagian iaitu:

  • Pengadil Perdagangan – Rujukan perdagangan adalah maklumat pembayaran yang diberikan oleh institusi bukan kewangan seperti pelanggan atau rakan niaga CTOS. Ini akan menentukan maklumat seperti :
  1. Kepada siapa pembayaran telah gagal
  2. Tempoh pembayaran tertunggak
  3. Jumlah penuan
  4. Maklumat mengenai orang yang bertanggungjawab
  5. Maklumat hubungan rujukan perdagangan
  • Komen Subjek – kemudahan yang disediakan oleh CTOS untuk membenarkan mana-mana pihak yang terlibat dalam menyampaikan “sisi cerita” mereka. Komen yang diberikan harus bersifat objektif dan hanya terbatas kepada perkara yang berkaitan sahaja.

Salah faham tentang CTOS

Pastinya ramai yang bimbang dengan data atau pun maklumat yang dimiliki . Namun perlu untuk anda tahu dan yakin bahawa ia bersikap neutral dengan tidak menyenarai hitamkan mana-mana pihak.

CTOS juga bertindak sebagai orang tengah sahaja antara anda dan pemberi pinjam atau pemberi kredit. ia sama sekali tidak akan masuk campur semasa proses membuat keputusan. Ia tertakluk hanya pada dasar perniagaan, risiko dan strategi pemberi pinjaman.

Tidak perlu risau sekiranya maklumat anda jatuh ke tangan pihak yang lain kerana ia diberi kuasa secara sah dibawah Akta CRA 2010 bagi mengumplkan dan memproses maklumat yang berkaitan dengan penilaian kredit sahaja.

CTOS merupakan badan yang berkecuali dan tidak bergabung dengan mana-mana agensi swasta yang lain. Mereka sangat menjaga privasi keselamatan data juga perkongsian maklumat adalah sangat terhad dan terkawal.

Kepentingan CTOS

Dibawah merupakan dua kepentingan :

  • Bank menggunakan CTOS untuk membuat keputusan  

CTOS bertindak memainkan peranan penting dalam proses bank membuat keputusan. Segala permohonan anda tertakluk kepada proses kelulusan kredit anda.

Bank pula akan merujuk kepada laporan CTOS anda dalam menentukan kadar nisbah perkhidmatan hutang, samada untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

  • CTOS menunjukkan corak kredit anda

CTOS berperanan untuk menyimpan komitmen kewangan dan rekod kemampuan pembayaran kredit anda. Jika anda mengambil PTPTN dan masih belum membayar itu akan ditunjukkan dalam laporan CTOS anda.

Rekod ini sedikit sebanyk mempengaruhi permohonan pinjaman kad kredit anda. Maka, penting untuk anda kerap kali memeriksa laporan kredit anda secara konsisten dan memastikannya sentiasa dikemas kini.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam laporan anda, anda dikehendaki untuk segera menghubungi mereka di 03-2722 8833 atau dengan mengisi borang dalam talian dan hantar ke [email protected]

Penutup

Ini sahaja perkongsian dari kami mengenai CTOS ini. Diharapkan anda dapat lebih memahami apa itu CTOS dan tidak lagi ragu-ragu dengan polisi CTOS ini. Semoga bermanfaat.

SUMBER:

https://loanstreet.com.my/learning-centre/everything-about-ctos

https://www.lokapost.com/ctos/

Summary
Apa itu CTOS?
Article Name
Apa itu CTOS?
Description
Apa itu CTOS? ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang terkenal di Malaysia. Sistem data CTOS ini diselia oleh Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: