Apa Itu Bisul dan Bagaimana Untuk Menghilangkannya
Bisul adalah jangkitan bakteria pada kulit yang terbentuk di folikel rambut dan kelenjar minyak.

Bisul adalah jangkitan bakteria pada kulit yang terbentuk di folikel rambut dan kelenjar minyak. Bisul biasanya berkembang di kawasan badan yang mengalami geseran atau tekanan, seperti muka, ketiak, pangkal paha, bahu, dan punggung.

Simptom utama Bisul bermula sebagai lebam yang menyakitkan yang dipenuhi nanah apabila ia berkembang. Kebanyakan bisul akan pecah, kering dan sembuh dalam masa 2 hari hingga 3 minggu. Bisul yang terbentuk di kelopak mata pula dikenali sebagai Ketumbit.

Anda tidak disyorkan untuk memecahkan atau mengeringkan Bisul di rumah, namun terdapat beberapa cara mudah yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan Bisul secara semulajadi. Kebanyakan Bisul tidak akan menyebabkan parut melainkan jika dipecahkan dengan paksa.

Walau bagaimanapun, Bisul Berkelompok (Carbuncles) dan Bisul yang sangat besar memerlukan perhatian perubatan untuk mencegah risiko komplikasi yang serius, seperti Sepsis dan Kematian.

Anda tidak boleh memcahkan atau memicit Bisul. Jika ia tidak dikeringkan dengan betul, ia boleh menjangkiti kawasan berhampiran atau menolak jangkitan lebih mendalam ke dalam lapisan kulit dan menyebabkan lebih banyak Bisul.

Bisul sering muncul pada muka, leher, bahu, ketiak, dan punggung. Jika perlu dikeringkan, doktor akan membuat potongan kecil pada Bisul dan menggunakan kasa steril untuk menyerap dan mengeluarkan nanah tambahan. Prosedur ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dalam persekitaran yang steril.

Sesetengah Bisul juga dapat dirawat di rumah anda sendiri melalui rawatan alternatif.

Rawatan Bisul

1. Gunakan haba

Haba membantu meningkatkan peredaran di sesuatu kawasan badan, justeru itu, membawa lebih banyak sel-sel darah putih dan antibodi ke kawasan tersebut untuk melawan sebarang jangkitan. Meletakkan mampatan yang hangat pada Bisul merupakan salah satu rawatan rumah terbaik yang boleh anda lakukan. Gunakan kompres panas pada kawasan Bisul selama 20 minit pada satu masa. Lakukan ini sebanyak tiga atau empat kali sehari, setiap hari, sehingga Bisul hilang.

2. Minyak Tea Tree

Minyak pati Tea Tree mempunyai sifat-sifat antibakteria dan antiseptik yang kuat yang boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menyebabkan Bisul. Tetapi, Minyak Tea Tree tidak boleh digunakan secara langsung pada kulit, kerana ia boleh mempunyai kesan membakar. Campurkan lima titisan minyak Tea Tree dengan satu sudu the minyak kelapa atau zaitun. Letakkan cecair minyak Tea Tree pada kapas dan sapu di kawasan itu sebanyak dua atau tiga kali sehari. Lakukan ini setiap hari sehingga Bisul hilang sepenuhnya.

3. Serbuk kunyit

Serbuk kunyit mempunyai sifat-sifat antibakteria dan anti-radang yang boleh membantu menyembuhkan Bisul dan menyingkirkannya dengan cepat. Ia juga telah digunakan sebagai pembersih darah semulajadi sepanjang beribu-ribu tahun dalam perubatan tradisional di negara-negara timur.

Anda boleh memilih untuk menelan serbuk kunyit, menggunakannya secara topikal untuk merawat bisul, atau kedua-duanya sekali! Untuk meminumnya, rebus satu sudu teh serbuk kunyit di dalam air atau susu, dan minum tiga kali sehari sekali. Untuk menggunakan Serbuk Kunyit secara topikal, campurkan Serbuk Kunyit dengan air dan/atau halia untuk dijadikan pes, dan sapukan pada Bisul sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4. Garam Epsom

Garam Epsom bukan sahaja boleh digunakan sebagai penenang; ia juga mempunyai banyak manfaat kesihatan lain termasuklah keupayaan untuk merawat Bisul! Garam sebenarnya boleh membantu mengeringkan nanah dan menyembuhkan Bisul.

Larutkan Garam Epsom dalam air suam dan rendamkan mampatan kedalamnya. Letakkan mampatan tersebut ke kawasan Bisul selama 20 minit pada satu masa. Lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari sehingga Bisul hilang.

5. Salap antibiotik di farmasi

Kebanyakan Salap Antibiotik bertindak pantas dan melegakan. Ia juga boleh menghalang jangkitan daripada merebak. Sapukan salap antibiotik pada Bisul sekurang-kurangnya dua kali sehari sehinggalah Bisul hilang.

6. Minyak kastor

Minyak Kastor mengandungi sebatian yang dipanggil asid ricinoleic yang merupakan sejenis bahan anti-radang semulajadi. Ia turut mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat, menjadikannya rawatan semula jadi yang sangat baik untuk Bisul.

Sapukan sebilangan kecil Minyak Kastor secara langsung pada Bisul sekurang-kurangnya tiga kali sehari sehingga Bisul hilang.

7. Minyak Semambu (Neem)

Minyak Semambu, juga dikenali sebagai Neem, mempunyai ciri antiseptik, antibakteria, dan antimikrobial yang membantu merawat jangkitan kulit termasuklah  Bisul, dengan pantas.

Untuk merawat bisul dengan Minyak Semambu, anda boleh sapukan minyak ini terus pada Bisul sebanyak tiga hingga empat kali dalam sehari. Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas penggunaan.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Kadangkala, ubat-ubatan rumah sahaja tidak mencukup untuk merawat Bisul yang degil. Anda perlu melakukan temujanji dengan doktor anda segera jika:

  • Bisul semakin membesar walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Bisul tidak berkurangan selepas seminggu.
  • Bisul sebesar bola pingpong.
  • Kulit yang mengelilingi Bisul berwarna merah terang atau mempunyai garis merah.
  • Bisul menjadi sangat menyakitkan.
  • Terdapat ketulan lain berhampiran Bisul.
  • Bisul anda terjadi berulang kali selama beberapa bulan.
  • Anda mempunyai penyakit kencing manis.

Kesimpulannya,

Rawatan rumah boleh menjadi sangat berkesan untuk Bisul kecil. Pastikan anda menggunakannya sekadar yang diperlukan untuk memperoleh hasil yang terbaik. Jika anda tidak melihat hasil selepas lima hingga tujuh hari atau jika Bisul semakin membesar, lebih menyakitkan, atau mula menunjukkan tanda jangkitan, tetapkan temujanji dengan doktor anda. Beliau boleh merawatnya di klinik atau menetapkan antibiotik.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/home-remedies-for-boils

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/boils#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319939

https://www.medicinenet.com/boils/article.htm

Summary
Apa Itu Bisul dan Bagaimana Untuk Menghilangkannya
Article Name
Apa Itu Bisul dan Bagaimana Untuk Menghilangkannya
Description
Bisul adalah jangkitan bakteria pada kulit yang terbentuk di folikel rambut dan kelenjar minyak di kawasan badan yang sering bergeser.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: