khunsa
Khunsa, keadaan di mana seseorang mempunyai 2 organ pembiakan lelaki dan perempuan. Keadaan di mana melibatkan pencanggahan di antara alat sulit luar dan organ pembiakan dalaman

Khunsa, keadaan di mana seseorang mempunyai 2 organ pembiakan lelaki dan perempuan. Keadaan di mana melibatkan pencanggahan di antara alat sulit luar dan organ pembiakan dalaman pada manusia membawa maksud istilah khunsa atau hermaphroditism.

Keadaan ini sangat berbeza dengan keadaan di mana seseorang wanita ingin menjadi lelaki manakala seseorang lelaki ingin menjadi wanita.

Hal ini kerana keadaan khunsa atau dirujuk sebagai gangguan pembentukan seksual (DSD). Keadaan berikut adalah sangat jarang berlaku di kalangan manusia.

Gonadal intersex yang sebenar atau khunsa sebenar adalah di masa seseorang mempunyai tisu ovari dan buah zakar. Tisu ovari dan buah zakar mungkin terpisah atau keduanya bergabung menjadi satu yang dipanggil ovotestis.

Individu tersebut mempunyai kromosom jantina menunjukkan mozekisme lelaki-perempuan (di mana individu yang mempunyai kedua-dua pasang kromosom lelaki XY dan wanita XX).

Kebanyakan tetapi tidak selalu berlaku, kromosom lengkap adalah 46, XX dan dalam setiap individu terdapat juga bukti wujud bahan kromosom Y pada salah satu kromosom adalah selain kromosom seks (mana-mana 22 pasang kromosom selain kromosom seks).

Individu dengan kromosom 46,XX yang lengkap selalunya mempunyai alat sulit luar samar-samar dengan zakar yang agak besar dan kerana ia selalu dilihat sebagai lelaki.

Namun begitu, mereka juga membentuk payu dara ketika akil baligh dan datang bulan dan dalam kes yang jarang berlaku menghasilkan sperma.

Dalam khunsa 46, XX (pseudohermaphroditism wanita), individu yang mempunyai alat sulit lelaki tetapi pembentukan kromosom dan organ pembiakan wanita.

Dalam khunsa 46, XY (pseudohermaphroditism lelaki), individu tersebut mempunyai alat sulit luaran wanita atau samar-samar tetapi pembentukan kromosom dan organ pembiakan lelaki, buah zakar mungkin tidak terbentuk dengan betul atau tiada.

Simptom

Pakar perubatan anda adalah yang pertama kali mengenalpasti alat sulit yang samar sebaik sahaja bayi anda dilahirkan. Kadang-kadang, alat sulit samar-samar mungkin disyaki sebelum lahir.

Cirinya boleh jadi berbeza keparahannya, bergantung pada bila alat sulit bermasalah terbentuk dan punca gangguan tersebut.

Bayi yang secara genetiknya perempuan (dengan 2 kromosom X) mungkin ada :

  • Kelentit (Organ lembut pada bahagian atas vulva alat kelamin wanita), yang mungkin kelihatan seperti zakar.
  • Labium (Tisu yang terbentuk seperti bibir pada alat sulit wanita yang menutupi vulva) atau labium yang berlipat dan kelihatan seperti skrotum
  • Ketulan seperti zakar dalam labium yang tergabung

Bayi yang secara genetiknya lelaki (dengan satu kromosom X dan satu kromosom Y) mungkin mempunyai:

  • Keadaan di mana tiub sempit yang membawa air kencing dan air mani (uretra) tidak sepenuhnya terbentuk sehingga ke hujung zakar (hypospadias)
  • Zakar (Penis) kecil yang tidak normal dengan pembukaan uretra hampir pada buah zakar (skrotum)
  • Testis yang tidak berfungsi dengan baik dan skrotum yang kosong mempunyai rupa seperti labium dengan atau tanpa mikropenis (penis yang kecil daripada biasa).

Diagnosis

Terdapat beberapa ujian diagnostik yang mungkin memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keadaan dan menentukan tindakan yang sepatutnya. Ia mungkin termasuklah :

  • Analisis kromosom
  • Ujian darah untuk menentukan hormon dan tahap elektrolit
  • Ujian stimulasi hormon
  • Ujian molekul
  • Ujian endoskopik
  • Pengimejan ultra bunyi
  • Pengimejan gema magnetik (MRI)

Rawatan dan perkara yang perlu dipertimbangkan

Khunsa bukanlah penyakit dan ia tidak boleh dirawat. Jadi di dalam keadaan ini, tiada rawatan sebenarnya. Ia mungkin mempunyai keadaan kesihatan yang diperlukan yang berkaitan dengan anatomi khunsa.

Contohnya, jika anda mempunyai rahim tetapi tiada pembukaan rahim, sebagai dewasa anda mungkin mengalami kitaran haid yang menyakitkan di mana darah tidak boleh dikeluarkan daripada badan anda.

Dalam keadaan ini, anda mungkin (sebagai dewasa) mahu menjalani pembedahan untuk melakukan pembukaan.

Tetapi ia tidak merawat khunsa. Ia merawat rahim tertutup. Jadi bagaimana dengan bayi anda yang mungkin tidak mempunyai alat sulit biasa?

Bolehkah anda memilih jantina sendiri?

Jawapan ringkasnya kecuali terdapat keadaan kesihatan (seperti air kencing tidak dapat mengalir keluar daripada badan anda dengan betul), anda tidak perlu lakukan apa-apa dalam urusan perubatan.

Tetapi doktor anda akan mengesyorkan pembedahan untuk alat sulit kelihatan seperti lelaki atau perempuan.

Terdapat sebab sosial untuk saranan ini, dan doktor anda akan berbincang dengan anda dahulu tentang semua perkara yang berkaitan tetapi kami juga galakkan anda untuk dapatkan nasihat daripada profesional yang bukan di bidang perubatan seperti kaunselor.

Antara pakar perubatan yang akan terlibat sama ada, beberapa daripada mereka atau kesemua mereka akan terlibat :

  • Pakar Pediatrik Edokrin : Pakar ini pakar dalam masalah hormon dan beliau antara individu penting dalm pasukan perubatan ini.
  • Pakar Pembedahan Pediatrik (Pengkhususan pada organ pembiakan) : Pakar bedah ini merupakan seseorang yang berpengalaman dalam pembedahan yang melibatkan alat sulit kanak-kanak.
  • Pakar Psikologi : Mereka boleh membantu ibu bapa serta keluarga berkaitan masalah emosi.
  • Pakar Genetik : Bagi ibu bapa yang ragu-ragu tentang jantina bayi, beliau akan memberi nasihat tentang punca keraguan jantina, faktor genetik atau keturunan serta kebarangkalian perkara yang sama mungkin terjadi jika ibu mengandung lagi.

Jenis masalah yang dihadapi oleh pesakit akan menentukan rawatan apa yang akan dijalani. Pembedahan yang dijalankan kadang-kadang adalah berperingkat dan mungkin akan dijalankan lebih daripada sekali.

Terdapat masalah yang memerlukan pembedahan bagi tujuan membetulkan alat sulit kepada jantina yang lebih kepada genetiknya.

Kemudian, apabila kanak-kanak tersebut menganjak usia 12 tahun, mereka memerlukan rawatan hormon untuk mengalami perubahan akil baligh.

Ini penting agar tiada masalah berlaku apabila mereka membesar menjadi wanita atau lelaki yang matang. Rawatan hormon diperlukan sepanjang hayat bagi pesakit yang tidak mempunyai ovari atau buah zakar.

Bagi pesakit yang mengalami congenital adrenal hyperplasia, ubat seperti hydrocortisone dan fludrocortisone perlu diambil sebaik sahaja masalah tersebut dikenalpasti bagi tujuan rawatan.

Komplikasi

Antara komplikasi alat sulit samar mungkin adalah seperti :

  • Tidak subur – Sama ada individu dengan alat sulit samar boleh mempunyai anak atau tidak bergantung pada diagnosis khusus. Contohnya, genetik wanita dengan congenital adrenal hyperplasia selalunya boleh mengandung jika mereka memilih untuk mengandung
  • Meningkatkan risiko sesetengah kanser – Sesetengah gangguan pembentukan jantina berkaitan dengan risiko yang meningkat pada sesetengah jenis kanser

SUMBER

http://www.myhealth.gov.my/ambiguous-genitalia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ambiguous-genitalia/symptoms-causes/syc-20369273

https://www.news-medical.net/health/Hermaphroditism-(Intersex).aspx

https://www.britannica.com/science/hermaphroditism

https://www.healthline.com/health/baby/what-does-intersex-look-like#considerations

Summary
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Khunsa
Article Name
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Khunsa
Description
Khunsa, keadaan di mana seseorang mempunyai 2 organ pembiakan lelaki dan perempuan. Keadaan di mana melibatkan pencanggahan di antara alat sulit luar dan organ pembiakan dalaman pada manusia
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: