Anti-Hair Fall Shampoo

Jika anda ada masalah rambut gugur dan mencari anti-hairfall shampoo, di sini kami kongsikan produk yang terbaik untuk anda. Tidak kiralah pada lelaki atau wanita, rambut adalah aset utama dalam membina keyakinan, rambutkan mahkota kita semua.

Bila lihat sahaja keadaan rambut seseorang macam-macam tanggapan boleh didapati. Kalau kita lihat rambut seseorang itu beruban, maknanya orang tersebut adalah orang dewasa, maka, dengan rambut sahaja kita boleh mengagak umur seseorang. Namun tidak dinafikan ada juga kes orang muda beruban.

Bukan setakat itu sahaja, kita juga boleh mengenalpasti tahap kesihatan seseorang melalui rambutnya. Contoh bagi seseorang yang mempunyai masalah rambut gugur, ia pasti dikaitkan dengan faktor umur, cara diet pemakanan yang diambil, masalah kekurangan nutrien atau mungkin disebabkan genetik.

Rambut yang sihat adalah impian semua orang. Dengan lambakan produk penjagaan rambut di pasaran, pastinya anda berasa bingung untuk memilih bukan. Apa kata anda cuba Anti-Hair Fall Shampoo dari Himalaya ini. Istimewa syampu Himalaya ini ia mengandungi gabungan formulasi herba Butea Frondosa dan Bhringaraja yang mampu mengurangkan rambut gugur dan menguatkan akar rambut

Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya adalah formula 2-dalam-1 yang mengurangkan keguguran rambut serta memberikan khasiat pada akar rambut. Ia juga dapat menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan memperbaiki tekstur rambut anda untuk mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan akar.
Herba Butea Frondosa dan Bhringaraja merangsang pertumbuhan folikel rambut dan berkesan dalam menguatkan akar rambut dan mengawal keguguran rambut.

Kelebihan Menggunakan Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya

  • Mempunyai gabungan castor dan caffeine untuk memulihkan masalah rambut gugur. Penggunaan minyak kastor (castor) bagi tujuan perubatan sememangnya tidak asing. Minyak kastor paling sering digunakan sebagai julap. Tetapi sifat antivirus dan antimikrobial minyak jarak menjadikannya rawatan yang popular untuk masalah kulit yang dikenali sebagai dermatosis dan juga jangkitan kulat. Ia juga digunakan untuk pertumbuhan rambut. Dalam pada itu, menggunakan kopi secara topikal pada rambut dan kulit kepala dapat menghentikan keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan semula. Hal ini kerana menurut penyelidikan, kafein dalam kopi dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut dan menghentikan keguguran rambut.
  • Diperkaya dengan Butea Frondosa dan Bhringaraja. Di Ayurveda, tradisi India Bhringaraja bertujuan untuk menyeimbangkan dan menyembuhkan tubuh melalui pemakanan, bhringaraja dikatakan dapat mendorong pertumbuhan rambut, menguatkan rambut, dan mencegah uban dan kelemumur. Satu kajian tahun 2011 mendapati bahawa ekstrak Eclipta alba (Bhringraj) berkesan untuk melawan bakteria dan kulat. Ia meningkatkan peredaran darah dan mampu menghidupkan kembali folikel rambut dan memudahkan pertumbuhan rambut.
  • Bebas Paraben. Melalui penggunaan paraben, kulit boleh menjadi rapuh, retak, sakit, bengkak, ruam dan beberapa masalah lain. Bahkan boleh mengakibatkan dermatitis kontak, yang merupakan jenis keradangan kulit yang serius yang ditandai dengan ruam, lepuh dan kulit yang terbakar. * Parabens boleh menyebabkan kulit bertambah tua dengan cepat. Oleh itu Himalaya mengambil langkah mengelakkan penggunaan paraben.
  • Pembungkusan kemas
  • Mampu bertahan sehingga dua bulan penggunaan. Bukan sahaja harga yang berpatutan malahan tahan lama. Bukan sahaja anda boleh berjimat malahan boleh mendapatkan rambut yang sihat.
  • Memberi khasiat akar. Syampu Himalaya Anti-hairfall sememangnya mempunyai kandungan yang membantu memberi khasiat kepada akar rambut bagi mengurangkan keguguran.
  • Memperbaiki tekstur rambut
  • Menguatkan rambut yang gugur akibat patah
  • Membantu menyuburkan, melicinkan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut

Kenapa Perlu Memilih Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya?

  • Herbal credentials : Ramuan ini kini terdapat di bahagian depan dan tengah bungkusan
  • Winning Formulation : Peningkatan penyesuaian dan intensiti wangian baru
  • Exotic Herbs : Penggunaan herba yang terkenal di rantau ini
  • Strong differentiator : Protein semula jadi untuk penambahan struktur rambut
  • Bebas dari bahan pengawet seperti MIT / CMIT / Parabens
  • Rumusannya dirancang untuk memberikan lebih buih, pembersihan, dan penyejukan rambut yang baik.

Tips Menjaga Rambut Kekal Sihat

1. Penggunaan Syampu Yang Sesuai Dengan Jenis Rambut Anda

Anti-Hair Fall Shampoo

Pertama sekali, anda perlu kenali jenis rambut anda. Setiap jenis rambut memerlukan syampu yang berbeza. Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben seperti Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya lebih baik untuk rambut. 

Cara untuk membasuh rambut: 

  • Sembelum menyapu syampu, anda perlu membasahkan rambut samaada dengan air yang suam ataupun air sejuk 
  • Kadar kegunaan syampu adalah 1/4 daripada saiz tapak tangan anda
  • Kemudian belai rambut dan gosokkan atau urut kepala anda perlahan-lahan dan pastikan ianya kena pada bahagian kulit kepala
  • Selepas itu bilas selesai

Awas ya! penggunaan air terlalu panas akan merosakkan akar rambut. Jadi anda perlulah menggunakan suhu yang sesuai dengan kulit kepala. 

2. Gunakan Conditioner Untuk Hasilkan Rambut Yang Halus

Anti-Hair Fall Shampoo

Untuk mendapatkan rambut halus, lurus dan rapi, anda perlukan perapi rambut. Tapi ingat, pastikan anda tidak menyapunya terlebih banyak kerana sifat perapi rambut yang berminyak.

Cara untuk memakai conditioner

  • Kadar kegunaan perapi adalah 1/4 daripada saiz tapak tangan anda
  • Letakkan di bahagian hujung rambut 
  • Biarkan 2 hingga 3 minit
  • Bilas 

Paling penting sekali jangan sapukan perapi rambut keatas kulit kepala kerana ia boleh membuatkan kulit kepala anda semakin berminyak. 

3. Penggunaan Hair Tonic Untuk Rambut Yang Lebih Kuat

Anti-Hair Fall Shampoo

Hair tonic sangat membantu dalam uasaha untuk melebatkan dan mengukuhkan rambut. Oleh itu, penggunaan tonic sangat sesuai untuk sesiapa yang ada masalah rambut gugur.

Cara untuk guna hair tonic

  • Hair tonic paling sesuai digunakan selepas rambut anda dikeringkan
  • Kemudian letakkan hair tonic diatas kulit kepala dengan mengikut garisan kepala anda 
  • Setelah itu gosokkan dan urut kulit kepala anda dengan perlahan-lahan 

Cara Penggunaan Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya

Untuk hasil yang berkesan anda perlulah mengguna syampu ini dengan cara yang betul. Caranya adalah dengan letakkan syampu di tapak tangan dan gosokkannya dengan lembut ke atas rambut yang telah dibasahkan dan kulit kepala. Setelah selesai biarkan rambut anda selama dua ke tiga minit, dan bilas sehingga bersih. Syampu ini berkesan untuk semua jenis rambut termasuklah pada rambut yang berwarna.

Cara Penyimpanan Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya

Apa yang penting adalah untuk mengelakkan syampu anda daripada berlaku pengoksidaan bahan. Proses pengoksidaan akan berlaku sekiranya syampu tersebut terdedah pada cahaya matahari. Untuk selamat pastikan ianya di dimpan di tempat yang teduh dan terlindung daripada cahaya matahari.

Anda ada masalah rambut gugur? Mungkin Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya adalah solusinya. Jom dapatkan Anti-Hair Fall Shampoo Himalaya segera hari ini klik pada butang (KLIK UNTUK BELI). Jika ditunggu makin lama, khuatir makin teruk jadinya nanti. Selamat mencuba!

Summary
Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo Penyelesai Masalah Rambut Gugur
Article Name
Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo Penyelesai Masalah Rambut Gugur
Description
Rambut adalah mahkota seseorang, tidak kira lelaki atau wanita. Keadaan rambut seseorang boleh memberikan banyak maklumat. Kita boleh menjangkakan umur seseorang daripada rambutnya. Beberapa penyakit juga boleh dikenal pasti bermula daripada rambut. Banyak punca terjadinya rambur gugur ini salah satunya ialah bertambahnya usia, faktor diet pemakanan yang diambil, kekurangan nutrien atau mungkin faktor genetik.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: