Angular cheilitis
Angular Cheilitis adalah keadaan yang menyebabkan tompok merah dan bengkak di sudut mulut di mana bibir anda bertemu pada hujungnya.

Angular Cheilitis adalah keadaan yang menyebabkan tompok merah dan bengkak di sudut mulut di mana bibir anda bertemu pada hujungnya.

Simptom

Perkara utama yang anda akan perasan adalah rasa iritasi dan sakit pada sudut mulut anda. Salah satu atau kedua-dua sudut mulut anda mungkin:

  • Berdarah
  • Melepuh
  • Pecah
  • Kering
  • Gatal
  • Menyakitkan
  • Merah
  • Bersisik
  • Bengkak

Bibir anda terasa kering dan tidak selesa. Kadang-kadang bibir dan mulut anda terasa seperti terbakar. Anda juga mungkin terasa pelik di dalam mulut anda.

Sekiranya iritasi teruk, ia boleh menyukarkan anda untuk makan. Anda mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi atau berat badan anda mungkin menurun.

Punca

Terdapat beberapa penyebab Angular Cheilitis. Yang paling biasa adalah jangkitan yis akibat air liur.Air liur boleh berkumpul dan terperangkap di sudut bibir, menyebabkan bibir pecah.

Seseorang boleh menjilat bibir dengan kerap untuk mengurangkan kesakitan atau kekeringan bibir mereka.

Air liur yang berlebihan ini akan terkumpul di sudut mulut, yang bertindak sebagai persekitaran hangat yang sempurna untuk kulat seperti ragi untuk membiak.

Virus dan bakteria juga boleh menyebabkannya bertambah teruk.

Faktor Risiko

Keadaan ini mungkin berlaku kerana pelbagai sebab, seperti:

  • mempunyai pendakap.
  • memakai gigi palsu yang tidak sesuai.
  • kerap menjilat bibir.
  • mempunyai banyak air liur.
  • Gigi bengkok, atau tidak sebaris dengan betul.
  • mempunyai kulit yang kendur di sekitar mulut anda disebabkan penurunan berat badan atau peningkatan usia.
  • menghisap ibu jari anda.
  • merokok.
  • tidak mendapat cukup nutrien, seperti vitamin B atau zat besi.

Menghidapi penyakit tertentu boleh menyebabkan anda berisiko lebih tinggi, seperti:

  • Anemia
  • Kanser darah
  • Diabetes
  • Sindrom Down
  • Gangguan imun, seperti HIV
  • Kanser ginjal, hati, paru-paru, atau pankreas

Diagnosis

Untuk mengetahui sama ada anda menghidap Angular Cheilitis, doktor anda akan memeriksa mulut anda dengan teliti untuk melihat jika terdapat symptom mulut yang pecah, kemerahan, bengkak, atau lepuh.

Beliau juga akan bertanya kepada anda tentang tabiat yang mungkin memberi kesan buruk pada bibir anda.

Keadaan lain (seperti herpes labialis dan erosive lichen planus) boleh menyebabkan gejala serupa dengan Angular Cheilitis.

Untuk memastikan puncanya, doktor anda mungkin akan mendapatkan sampel sudut mulut dan hidung anda kemudian menghantarnya ke makmal untuk melihat jenis bakteria atau kulat yang membiak di sudut mulut anda.

Rawatan

Ahli dermatologi mungkin dapat memberikan rawatan terbaik. Tujuannya adalah untuk membersihkan jangkitan dan memastikan  kawasan tersebut kering sehingga kulit anda tidak dijangkiti lagi.

Jangkitan kulat

Doktor anda akan mengesyorkan krim antikulat seperti:

  • nystatin (Mycostatin)
  • ketoconazole (Extina)
  • clotrimazole (Lotrimin)
  • miconazole (Lotrimin AF, Micatin, Monistat Derm)

Jangkitan bakteria

Doktor anda akan preskripkan ubat antibakteria, seperti:

  • mupirocin (Bactroban)
  • asid fusidik (Fucidin, Fucithalmic)

Sekiranya Angular Cheilitis anda tidak disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria, doktor anda mungkin mencadangkan anda menggunakan petroleum jelly di kawasan berlakunya iritasi.

Hal ini untuk melindungi mulut anda dari kelembapan sehingga luka tersebut dapat sembuh.

Sumber:

Summary
Angular Cheilitis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Angular Cheilitis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Angular Cheilitis adalah keadaan yang menyebabkan tompok merah dan bengkak di sudut mulut di mana bibir anda bertemu pada hujungnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: