Anggur
Anggur mempunyai khasiat untuk tubuh badan kita.

Anggur mempunyai khasiat yang sangat banyak. Buakan hanya enak dan menyegarkan, anggur juga mempunyai khasiat untuk tubuh badan kita. Mari ikuti khasiat serta resepi yang menggunakannya.

1. Melegakan sakit lutut

wanita yang sakit lutut

Sebuah kajian di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa anggur boleh mencegah rasa sakit pada lutut terutamanya jika berpunca daripada osteoartritis. Anggur mengandungi polifenol yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih fleksibel.

2. Mempunyai sifat antibakteria dan antivirus

Pengambilan ini boleh mencegah anda terkena virus dan penyakit. Kandungan antibakteria dan antivirus dalam anggur adalah sangat tinggi. Oleh itu, ia sering digunakan untuk melawan pelbagai jenis penyakit seperti virus polio dan herpes.

3. Anti keradangan

Anggur merah memiliki kandungan enzim yang dapat melawan semua jenis keradangan. Yang akut mahupun yang kronik. Keradangan ini mampu menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.

4. Mencantikkan kulit

wanita yang mempunyai kulit yang cerah

Di dalam anggur, terkandung resveratrol, yang mampu menyihatkan dan mencantikkan kulit. Antioksidan dalam anggur adalah 50 kali ganda lebih kuat daripada vitamin E dan 20 kali ganda lebih kuat daripada vitamin C.

5. Menurunkan Berat Badan

perempuan menggunkan pengukur pita untuk ukur badan

Tidak mengandung kalori tinggi ialah manfaat anggur merah yang pasti disukai orang yang sedang diet. Buah yang manis ini menjadi sumber kandungan nutrisi yang tinggi. Dalam sebuah kajian mendapati resveratrol membantu mengurangkan berat badan ketika otot menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti.

6. Meningkatkan kesihatan otak

Manfaat anggur merah diyakini mampu menyihatkan dan meningkatkan fungsi otak. Satu kajian yang melibatkan peserta mengambil buah mendapati peningkatan fungsi hippocampus, iaitu bahagian otak yang berfungsi untuk memori.

7. Mengawal tekanan darah

lelaki yang terkejut

Setiap 100 gram anggur merah mengandungi 191 mg kalium. Pengambilan buah dengan kandungan kalium yang tinggi membantu pengawalan tekanan darah tinggi sekaligus menjaga kesihatan jantung.

8. Mencegah kanser

Kandungan resveratrol dalam anggur mampu melindungi kulit dari sinar UV matahari dan menjaganya dari kanser kulit. Para pengkaji juga mendapati bahawa resveratrol mampu menjaga tubuh dari radiasi, ketika sedang menjalani rawatan kanser.

9. Meningkatkan kesihatan mata

wanita yang mempunyai mata yang jelas

Jika ingin memiliki mata yang sihat, buah anggur boleh menjadi penyelesaiannya. Anggur dapat meningkatkan protein pelindung di retina dan mencegah tekanan oksidatif. Kandungan flavonoid dalamnya boleh mencegah katarak.

10. Melawan penyakit neurodegeneratif

Kandungan resveratrol dalam anggur merah terbukti mampu melawan penyakit seperti Alzheimer. Antioksidan pada buah ini, membantu tubuh untuk mencegahnya. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan kemampuan otak dalam mengingat.

Resepi Anggur

1. Air Sparkling

Bahan-bahan:

  • 400 g Anggur merah
  • 1/2 cawan Air
  • 1/2 cawan Air berkarbonat/Sprite
  • Ais Secukupnya

1. Blender Anggur merah dan air, kemudian tapis.

2. Tuangkan air soda dan Ais.

3. Siap dihidang.

2. Salad Buah Pelangi

Bahan-bahan;

  • 250 g Betik
  • 200 g Mangga
  • 200 g Anggur
  • 100 gr Strawberi
  • 1 Sdb Madu
  • 1 Sdb Jus Lemon
  • 110 g Yogurt
  • Daun Pudina
  • Beri biru

1. Potong-potong semua buah,dan perahkan air lemon, masukan madu,gaul rata

2. Masukan Yogurt, gaulkan sebati

3. Sejukan Salad terlebih dahulu sebelum di hidang.

3. Koktail Buah

  • 1/2 tin buah peach
  • 10 biji buah strawberi
  • 10 biji buah anggur
  • 2 biji buah kiwi
  • 3 bekas puding segera (pelbagai perisa)
  • 1 mangkuk nata de coco
  • 3 sudu besar biji selasih (rendam dalam air panas dan tapis)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Kiub ais secukupnya

1. Mula mula potong buah buahan dan puding segera mengikut kreativiti anda

2. Masukan susu cair dan susu pekat kedalam mangguk, kemudian masukan nata bersama airnya, selasih, puding segera dan buah buahan ke dalam susu

3. Kacau sebati dan tambah ais batu.Sedia untuk dinikmati.

4. Minuman Pribiotik

Bahan-bahan;

  • 15-20 biji anggur hitam tanpa biji
  • 1/3 cawan yogart rendah lemak
  • 50 ml air masak

1. Blend anggur bersama air masak. Tapis untuk buang hampasnya.

2. Campur bersama yogart dan blend seketika.

3. Sedia untuk di minum. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama 3 hari jika tidak habis minum.

5. Katira Biru

Bahan-bahan;

  • 1 sb bunga telang kering
  • 4 biji katira / gum anggur (direndam sehingga kembang)
  • 3 biji buah kembang semangkuk (direndam sehingga kembang)
  • 1 sk biji selasih (direndam sehingga kembang)
  • 1 tin air cincau
  • 4 sb susu pekat manis

1. Rebus bunga telang selama 5 minit.

2. Tapis air bunga telang dan masukkan bahan-bahan yang telah direndam.

3. Masukkan susu pekat manis, air cincau dan air masak. Siap!

Sumber

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-472/grape

https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-grapes

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/food-and-nutrition/faq-20058529

https://www.medicalnewstoday.com/articles/271156#:~:text=The%20polyphenols%20in%20grapes%2C%20such,risk%20of%20irregular%20heart%20rhythms.

Summary
Anggur: 10 Khasiat dan 5 Resepi Menggunakannya
Article Name
Anggur: 10 Khasiat dan 5 Resepi Menggunakannya
Description
Anggur mempunyai khasiat yang sangat banyak. Buakan hanya enak dan menyegarkan, anggur juga mempunyai khasiat untuk tubuh badan kita. Mari ikuti khasiat anggur serta resepi yang menggunakan anggur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: