Aneurisme Arteri Popliteal
Aneurisme adalah benjolan pada dinding arteri.

Aneurisme adalah benjolan pada dinding arteri. Ia berlaku apabila tekanan darah yang mengalir memaksa sebahagian arteri lemah untuk bergerak keluar.

Ia boleh berlaku pada mana-mana saluran darah, namun biasanya terbentuk di bahagian perut atau dada aorta anda. Di sinilah terletaknya saluran darah utama yang membawa darah dari jantung anda. Selain itu, aneurisme juga boleh terbentuk dalam arteri yang memelihara otak anda.

Aneurisme yang berlaku di situ adalah kes yang serius, namun ia kurang berbahaya jika terjadi di kawasan seperti kaki anda.

Simptom Aneurisme Arteri Popliteal

Kebanyakan aneurisme adalah penyakit yang muncul secara senyap. Gejala aneursime arteri popliteal ini biasanya tidak berlaku melainkan aneurisme telah pecah.

Walau bagaimanapun, aneurisme yang tidak terjejas mungkin masih boleh menghalang peredaran ke tisu lain. Malah, ia juga boleh membentuk bekuan darah yang mungkin menghalang pembuluh darah yang lebih kecil. Ini adalah keadaan yang dikenali sebagai tromboembolisme. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan strok iskemia atau komplikasi serius lain.

Antara simptom biasa bagi penyakit Aneurisme arteri popliteal termasuklah:

  • Edema pada bahagian bawah kaki.
  • Rasa sakit pada kaki.
  • Ulser pada kulit kaki yang tidak sembuh.
  • Rasa sakit di belakang lutut.

Punca Aneurisme Arteri Popliteal

Biasanya, penyakit Aneurisma arteri popliteal adalah asimtomatik. Jika pesakit memperlihatkan simptom kronik, ini biasanya merupakan kesan jisim dan mampatan struktur bersebelahan, seperti saraf tibial yang menyebabkan kesakitan kaki atau parestesias. Urat popliteal juga boleh menjadi mampat yang seterusnya mendorong berlakunya pembengkakan betis. Di samping itu, penyempitan luminal progresif arteri popliteal dari pembentukan trombus boleh menyebabkan kepincangan (claudication).

Penyebab sebenar Aneurisma arteri popliteal masih tidak diketahui hingga kini. Tetapi, aterosklerosis mungkin memainkan peranan utama yang boleh menyebabkannya. Trauma pada arteri juga mungkin dapat menyebabkan berlakunya Aneurisma jenis ini.

Diagnosis Aneurisme Arteri Popliteal

Penyakit Aneurisme selalunya tidak dapat dikesan dan ini termasuklah Aneurisme arteri popliteal. Pemeriksaan yang dibuat biasanya bertujuan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan pemantauan atau rawatan sahaja.

Namun, terdapatnya satu pemeriksaan ideal dan modaliti pengimejan diagnostik untuk mengesan aneurisma arteri popliteal dan menganggarkan diameternya dikenali sebagai “Ultrasonografi Dupleks”. Ujian ini juga menyediakan maklumat terperinci tentang patensi saluran, perkembangan trombus mural dan status saluran yang melimpah keluar.

Selain itu, angiografi imbasan CT atau magnetik resonans adalah alternatif lain bagi ujian ultrasonografi dupleks. Ia boleh mengukur diameter lumen sebenar dengan tepat serta membantu dalam perancangan pembedahan operatif. Angiografi konvensional dikhaskan bagi pembaikan endovaskular elektif aneurisma atau dalam kes-kes iskemia anggota akut yang mengancam sebelum memulakan terapi trombolitik.

Faktor Risiko Aneurisme Arteri Popliteal

Individu berisiko mendapat penyakit Aneurisme arteri popliteal sekiranya mereka:

  • Merokok.
  • Mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
  • Mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Mempunyai jangkitan bakteria.
  • Mempunyai halangan saluran darah di satu atau kedua-dua bahagian kaki.

Rawatan Aneurisme Arteri Popliteal

Semua Aneurisma arteri popliteal memerlukan rawatan sebelum berlaku peningkatan trombosis atau kehilangan anggota badan. Aneurisme dengan diameter melebihi 2cm dianggap sebagai petunjuk bagi operasi elektif dalam mengelakkan komplikasi seperti iskemia yang boleh mengancam anggota badan individu.

Rawatan untuk jenis Aneurisme ini termasuklah:

  • Pengurusan konservatif – Aneurisme denan saiz kurang daripada 2cm adalah selamat diurus dengan pengawasan dupleks.
  • Pembedahan terbuka – Pembedahan terbuka melibatkan pemotongan proksimal arteri popliteal (di atas lutut) dan distal (di bawah lutut) di bawah kantung aneurisme. Prosedur ini juga akan memintas segmen yang dikecualikan sama ada menggunakan graf urat autologous terbalik (urat saphenous) atau graf prostetik. Satu pendekatan pembedahan alternatif pula adalah aneurismektomi, diikuti dengan pintasan interposisi dengan graf prostetik antara segmen normal proksimal dan distal arteri popliteal.

Sumber:

https://www.healthline.com/human-body-maps/popliteal-artery

https://www.medicalnewstoday.com/articles/156993

https://uvahealth.com/services/aneurysm-treatment/popliteal-aneurysm

Summary
Aneurisme Arteri Popliteal (Popliteal artery aneurysm) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Aneurisme Arteri Popliteal (Popliteal artery aneurysm) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Aneurisme adalah benjolan pada dinding arteri. Ia berlaku apabila tekanan darah yang mengalir memaksa sebahagian arteri lemah untuk bergerak keluar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: