anemia hemolitik autoimun yang diperoleh
Ia merupakan satu penyakit autoimun yang jarang berlaku.

Anemia hemolitik autoimun yang diperoleh (acquired autoimmune hemolytic anemia – AIHA) adalah sejenis anemia yang jarang berlaku. Apabila anda mempunyai penyakit ini, sumsum tulang anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Atau, sel-sel ini tidak berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.

Sel darah merah membawa oksigen ke badan anda. Apabila anda mempunyai sel darah merah yang terlalu sedikit, badan anda tidak mendapatkan oksigen yang cukup dan ini membuatkan anda berasa letih atau Sesak nafas.

 

Simptom Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh

Individu yang mengalami anemia jenis ini mempunyai simptom yang termasuk:

  • Menggigil.
  • Degupan jantung deras, yang dikenali sebagai ‘tachycardia’.
  • Kulit pucat yang boleh menjadi kuning.
  • Sesak nafas.
  • Lemah dan keletihan.
  • Sakit dada.
  • Kulit kuning atau putih mata (penyakit kuning).
  • Air kencing berwarna gelap.
  • Rasa perut kenyang yang berkaitan dengan pembesaran limpa.

 

Punca Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh

Sel darah dihasilkan dalam sumsum tulang. Terdapat tiga jenis asas sel darah iaitu:

  • Sel darah putih, yang membantu badan untuk melawan jangkitan.
  • Platelet, yang membantu darah membeku dan mengelakkan pendarahan.
  • Sel darah merah, yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh dalam bentuk hemoglobin.

Sel darah putih menghasilkan antibodi yang melekat pada sel darah merah dan kemudian bergerak ke seluruh tubuh, memerangi kuman dan bahan asing lain yang tidak sepatutnya berada di sana.

Dalam anemia hemolitik autoimun yang diperoleh ini, tubuh menghasilkan antibodi yang menyerang sel darah merah kerana mereka menganggap ia sebagai bahan asing atau bahan tidak diingini. Mereka kemudian akan memusnahkan sel darah merah, dan ini boleh menyebabkan anemia.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana:

  • Pendedahan kepada toksin tertentu atau bahan kimia, contohnya dalam ubat-ubatan.
  • Komplikasi disebabkan jangkitan.
  • Menerima pemindahan darah apabila darah itu tidak sepadan dengan jenis darah individu.
  • Jenis darah bayi belum lahir yang berbeza daripada ibu mereka.
  • Beberapa jenis kanser.

 

Diagnosis Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh

Doktor akan bertanya tentang simptom dan menjalankan ujian fizikal. Ujian darah dan air kencing boleh dijalankan kemudian untuk membantu diagnosis.

 

– Kiraan jumlah darah lengkap

Kiraan darah lengkap mengukur bahagian yang berlainan yang membentuk darah. Ia termasuklah mengukur kadar hemoglobin dan hematokrit.

  • Hemoglobin adalah protein yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.
  • Hematokrit menunjukkan berapa banyak sel darah merah yang diperlukan.

Jika kedua-duanya berada pada tahap rendah, ia boleh menjadi tanda bagi penyakit anemia.

 

– Ujian Coombs

Ujian darah ini mencari antibodi yang boleh menjejaskan sel darah merah.

 

– Ujian retikulosit (reticulocyte)

Ujian darah ini mengukur tahap ‘reticulocytes’, iaitu sel darah merah yang sedikit tidak matang. Ia boleh menentukan sama ada sumsum tulang menghasilkan sel darah merah pada kadar yang sesuai atau tidak.

Julatnya adalah lebih tinggi jika badan mempunyai tahap hemoglobin yang rendah disebabkan pendarahan atau pemusnahan sel merah. Selain itu, pengeluaran sel darah merah yang tinggi boleh menjadi tanda anemia.

 

– Ujian Bilirubin

Hati menghasilkan bilirubin, iaitu bahan berwarna kuning yang terdapat dalam hempedu. Ujian darah dapat mengukur jumlah bilirubin dalam darah.

Apabila sel darah mati, hemoglobin memasuki aliran darah. Ia seterusnya masuk ke dalam bilirubin. Ini membawa kepada penyakit kuning, keadaan apabila mata dan kulit menjadi kekuningan. Tahap bilirubin yang tinggi dalam darah boleh menjadi tanda bagi penyakit anemia, kerosakan hati atau penyakit lain.

 

– Ujian Haptoglobin

Haptoglobin adalah protein yang dihasilkan oleh hati. Ia menghubungkan jenis hemoglobin tertentu dalam darah dalam tubuh kita.

Jumlah haptoglobin dalam darah juga menunjukkan berapa cepat sel darah merah dimusnahkan.

 

– Ujian aglutinin sejuk

Penyakit aglutinin sejuk adalah jenis anemia hemolitik autoimun yang diperoleh dan jarang berlaku. Simptom penyakit ini boleh menjadi lebih serius apabila seseorang berada di kawasan dengan suhu antara 0 hingga 10°C.

Aglutinin adalah antibodi yang menyebabkan sel darah merah berkumpul bersama. Di samping itu, aglutin sejuk menjadi aktif pada suhu sejuk manakala aglutinin panas aktif pada suhu badan yang normal.

Dengan menentukan kehadiran aglutinin panas atau sejuk kadangkala boleh membantu menjelaskan mengapa masalah ini berlaku.

Aglutinin hangat boleh berlaku kerana:

  • Jangkitan tertentu, seperti ‘mycoplasma pneumonia’.
  • Beberapa ubat, termasuk penisilin.

 

Jenis dan Faktor Risiko Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh

Terdapat dua klasifikasi untuk Anemia Hemolitik Autoimmun yang Diperoleh (acquired autoimmune hemolytic anemia – AIHA): Panas berbanding sejuk dan primer berbanding sekunder. Klasifikasi berdasarkan faktor panas atau sejuk bergantung pada jenis antibodi yang terlibat.

 

– AIHA jenis panas

Jenis ini juga dipanggil sebagai hemolisis panas dan melibatkan antibodi IgG. Antibodi ini mengikat sel darah merah pada suhu 37 ° C, atau suhu badan normal. Ini mencakupi 80-90% kes bagi anemia jenis ini. Selain itu, simptom keadaan ini biasanya muncul secara beransur-ansur, dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Kadangkala, gejala ini boleh muncul secara tiba-tiba dalam masa beberapa hari seperti:

  • Kulit pucat atau kekuningan.
  • Keletihan.
  • Pening.
  • Jantung berdebar.

– AIHA jenis sejuk

Jenis ini juga dipanggil sebagai hemolisis sejuk. Dalam jenis ini, autoantibodi IgM, atau aglutinin sejuk mengikat sel darah merah apabila darah terdedah kepada suhu sejuk, khususnya 0 hingga 4 ° C. Ini menyumbang pada 10-20 % daripada kes anemia jenis ini.

Suhu sejuk atau jangkitan virus boleh menyebabkan simptom seperti:

  • Keletihan dan pening.
  • Kulit pucat atau kekuningan.
  • Tangan dan kaki yang sejuk.
  • Sakit di dada dan belakang kaki.
  • Muntah atau cirit-birit.
  • Sakit pada tangan dan kaki yang kebiruan.
  • Penyakit Raynaud.
  • Masalah jantung, seperti arrhythmia, deruan (murmur) jantung, jantung yang membesar atau kegagalan jantung.

Seseorang yang mempunyai AIHA jenis sejuk haruslah sentiasa dalam keadaan hangat kerana persekitaran yang sejuk dapat membuatkan simptom menjadi lebih buruk.

 

– AIHA jenis primer atau sekunder

Anemia hemolitik autoimmun yang diperoleh juga boleh menjadi primer atau sekunder.

  • Anemia hemolitik autoimun yang diperoleh jenis primer berlaku apabila tiada tanda bagi sebarang keadaan yang lain.
  • Anemia hemolitik autoimun yang diperoleh jenis sekunder berlaku apabila terdapat kaitan dengan keadaan lain.

Penyakit autoimun yang ada atau mungkin ada hubungan dengan AIHA jenis sekunder termasuk:

  • Artritis reumatoid.
  • Eritematos lupus sistemik (systemic erythematous lupus – SLE).
  • Sindrom Sjogren.
  • Kolitis ulseratif.
  • Penyakit tiroid.
  • Tiroiditis Hashimoto.
  •  
  • Penyakit buah pinggang jangka panjang.
  • Keadaan lain yang boleh melemahkan sistem imun.

Sesetengah virus biasa mungkin boleh mencetuskan penyakit anemia ini. Antibodi dan anemia seringkali hilang apabila jangkitan sudah tiada lagi.

Di samping itu, virus yang dilihat mempunyai hubungan dengan anemia hemolitik autoimun yang diperoleh termasuklah:

  • ‘Mycoplasma pneumonia’.
  • Virus Epstein-Barr.
  • Campak.
  • ‘Mumps’.
  • Rubella.
  • Varisela, yang menyebabkan cacar air.
  • Hepatitis.
  • HIV.
  • Sitomegalovirus.

Virus-virus ini boleh mencetuskan perubahan kepada antibodi yang menyebabkan anemia hemolitik autoimmun yang diperoleh.

Dalam kes yang jarang berlaku, jenis ubat-ubatan yang boleh mencetuskan perubahan dan mendorong kepada penyakit AIHA termasuklah:

  • Penisilin
  • Sefalosporin
  • ‘Tetracycline’
  • Eritromisin
  • Acetaminopfen
  • Ibuprofen

Individu juga boleh mewarisi antibodi daripada ibu mereka semasa lahir, tetapi ini jarang berlaku.

 

Rawatan Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh

Pilihan rawatan untuk penyakit ini bergantung kepada beberapa faktor. Sekiranya penyakit anemia adalah ringan, ia sering berlalu tanpa rawatan. Antara 70 dan 80% individu tidak memerlukan rawatan atau campur tangan yang minimum.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat, pembedahan, atau pemindahan darah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan rawatan termasuklah:

  • Umur seseorang, kesihatan keseluruhan dan sejarah perubatan.
  • Tahap anemia.
  • Penyebab keadaan.
  • Toleransi individu untuk rawatan khusus.
  • Jangkaan penasihat kesihatan mengenai perkembangan simptom.

Sekiranya terdapat sebab yang mendasarinya seperti kanser, jangkitan atau penggunaan beberapa ubat, merawat keadaan atau mengubah pengambilan ubat mampu mengurangkan simptom penyakit anemia hemolitik autoimun yang diperoleh.

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/autoimmune-hemolytic-anemia#:~:text=Acquired%20autoimmune%20hemolytic%20anemia%20is,destroys%20your%20red%20blood%20cells.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/312508

https://www.healthline.com/health/hemolytic-anemia

https://emedicine.medscape.com/article/201066-overview

Summary
Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh (Acquired Autoimmune Hemolytic Anemia) - Simptom, Punca Diagnosis, Jenis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Anemia Hemolitik Autoimun yang Diperoleh (Acquired Autoimmune Hemolytic Anemia) - Simptom, Punca Diagnosis, Jenis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Apabila anda mempunyai penyakit ini, sumsum tulang anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi atau, sel-sel ini tidak berfungsi dengan baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: