Now Reading
Resepi Ayam Ala Barat

Resepi Ayam Ala Barat Menu Ayam Cara Barat

Bosan dengan makanan tempatan? Jom belajar aneka resepi baru ala Barat dengan menggunakan sumber protein yang mudah didapati iaitu : AYAM.

Ayam dengan Kacang Panjang

Bahan-bahan :

  • 400 g Kacang Panjang
  • 2 biji Tomato (saiz besar) – dicincang
  • 1 biji Bawang (saiz sederhana)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan Daun Dill segar
  • 2-3 sudu jus Lemon
  • 2 ulas Bawang Putih – dicincang halus/boleh juga ditumbuk
  • 4 ketul Peha Ayam (tak perlu buang tulang)
  • 1 sudu Minyak Zaitun
  • 3/4 sudu teh Garam
  • 1/4 sudu teh Lada

Cara-cara :

  1. Masukkan 7 bahan pertama (seperti yang disenaraikan di atas) di dalam Slow Cooker. Lapisi adunan ramuan tersebut dengan ayam diatasnya. Tuangkan minyak zaitun secara rata dan taburkan garam dan lada.
  2. Tutup periuk dan masak dengan suhu yang rendah sehingga 4-6 jam.
  3. Sekiranya anda tidak pasti samada ramuan tadi sudah cukup masak atau tidak, letakkan termometer pada ayam dan pastikan suhunya mencapai antara 170 – 175 darjah Celcius.
  4. Panaskan pemanggang/kuali/broiler. Keluarkan ayam di dalam periuk tadi dan letak atas pemanggang/kuali/broiler yang telah disapu minyak. Biarkan masak dalam 3-4 minit dan pastikan ayam berwarna coklat keemasan.

*Di dalam resepi asal, mereka selalunya menggunakan Broiler[2] – iaitu bahagian paling atas oven berdekatan dengan punca pemanasan. Bahagian tersebut memanaskan secara terus dan memberi kesan keatas makanan seperti membakar. Bahagian ini juga mempercepat makanan untuk masak, keperangan, garing atau ‘caramelize’. Jika anda tiada Broiler, anda boleh gunakan pemanggang atau kuali bagi mendapatkan kesan perang keemasan pada ayam.

  • Hidangkan ayam bersama bahan-bahan yang telah dimasak dengan kacang panjang. Anda juga boleh tambah hirisan lemon dan daun Dill segar mengikut citarasa. Siap!

Resepi Ayam Itali yang dimasak perlahan

Bahan-Bahan :

  • 4 bahagian Dada Ayam (yang tidak bertulang)
  • 430 ml air renehan stok ayam
  • 1 tin Tomato Stewed
  • jika tiada boleh gantikan dengan puri tomato dan tomato segar yang dipotong kiub
  • 226 gram sos Tomato
  • 1 biji Lada Benggala Hijau (dipotong kiub)
  • 1 biji Bawang (dipotong kiub)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 3 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk Biji Sawi Putih (Mustard)
  • 1/2 sudu teh lada
  • 1/4 sudu teh serbuk Bawang Putih
  • 1/4 sudu teh serbuk Bawang
  • 1/3 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 cawan air sejuk
  • Sediakan sepinggan Pasta yang telah dimasak
  • Bahan pilihan :
  • Keju Parmesan yang telah disagat (grated)
  • Daun Salam segar (diracik halus)

Cara-cara :

  1. Masukkan ayam di dalam Periuk Slow-Cooker.
  2. Sediakan mangkuk, dan masukkan stok ayam, stewed tomato, sos tomato, lada benggala hijau, bawang, bawang putih, serbuk cili, serbuk Mustard, serbuk lada, serbuk bawang putih, dan serbuk bawang. Kacau sebati dan tuangkan di atas ayam tadi.
  3. Tutup periuk dan masak dalam 4-5 jam sehingga daging ayam menjadi lembut.
  4. Setelah masak, keluarkan ayam dari periuk.
  5. Sediakan periuk. Asingkan/keluarkan lemak pada lapisan atas kuah.
  6.  Tuang kuah di dalam slow cooker (yang telah diasingkan lemak) ke dalam periuk tersebut.
  7. Masukkan tepung dan air sejuk dan kacau sehingga kuah sebati.
  8. Biarkan mendidih dan kacau selama 2 minit atau sehingga menjadi pekat.
  9. Hidangkan kuah tersebut bersama ayam dan pasta. Boleh taburkan keju parmesan dan Daun Salam yang diracik di atas pasta tersebut (jika suka).

Kaserol Ayam dengan Brokoli

Bahan-Bahan :

  • 4 ketul Dada Ayam (tidak bertulang dan dibuang kulit)
  • 450 gram Brokoli – dipotong dan dikukus
  • 1 tin Sup Cendawan Berkrim
  • 1 sudu Mayonis
  • 1 cawan keju Cheddar yang diparut

1 cawan bahan campuran kering

  • 8 cawan serbuk roti
  • 2 sudu teh Bawang cincang kering
  • 2 sudu teh Dauh Parsley kering
  • 1 sudu teh Daun Thyme kering
  • 1/4 sudu teh Daun Sage kering
  • Garam dan Lada secukup rasa

*Sukatan bahan campuran kering diatas ini boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan juga boleh dijadikan stok.

*Campuran bahan-bahan kering ini sesuai dijadikan sebagai bahan yang menambah perisa hidangan sama ada dimasukkan ke dalam masakan atau dijadikan sebagai bahan taburan sebelum dimasak.

*Bahan ini popular di Barat kerana ianya cepat dan ringkas.

See Also

Cara-cara :

  1. Panaskan oven terlebih dahulu (175 darjah Celcius).
  2. Rebus ayam sehingga empuk – jika ingin cepat boleh potong ayam dengan saiz lebih kecil.
  3. Pada masa yang sama, kukus brokoli sehingga empuk tetapi masih mengekalkan kekenyalan sayur Brokoli tersebut
  4. Sediakan mangkuk dan campur sup cendawan dan mayonis. Kacau sebati. Ketepikan.
  5. Gunakan bekas membakar yang sesuai (saiz 9×13 inci) dan lapiskan ayam, brokoli, campuran sup pada langkah 4 dan keju.
  6. Tabur bahan campuran kering diatas lapisan ayam tadi.
  7. Masak di dalam oven dalam 25-30 minit.
  8. Siap untuk dihidang.

https://www.tasteofhome.com/recipes/greek-chicken-with-green-beans/

https://www.google.com/search?q=broiler&sxsrf=ALeKk00lUbMbhAYiMO2SaM0P12Y2vIq4tA%3A1627947686829&source=hp&ei=poIIYfCmMLWW4-EP9_OAiAk&iflsig=AINFCbYAAAAAYQiQtv-5XYPUYAuVmRSDuXCPCYaOQYHM&oq=broiler&gs_lcp=Cgdnd3Mtd2l6EAMyBAgjECcyBAgjECcyBQguEMsBMgUIABDLATIFCAAQywEyBQgAEMsBMgUIABDLATIFCAAQywEyBQgAEMsBMgUIABDLAToRCC4QgAQQsQMQgwEQxwEQowI6CAgAELEDEIMBOggIABCABBCxAzoLCAAQgAQQsQMQgwE6BAguECc6BAgAEEM6BAguEEM6BwguELEDEEM6CAguEIAEELEDOgUILhCABDoLCC4QgAQQsQMQgwE6BQgAEIAEOgcIABAKEMsBUJ8HWLIPYOYQaABwAHgAgAHlAYgB3wiSAQUxLjQuMpgBAKABAQ&sclient=gws-wiz&ved=0ahUKEwjwkdbcwZPyAhU1yzgGHfc5AJEQ4dUDCAc&uact=5

Slow-Cooked Italian Chicken

https://www.allrecipes.com/recipe/8965/broccoli-chicken-casserole-i/

https://www.ehow.com/how_7626551_homemade-dry-stuffing-mix.html

https://www.google.com/search?q=use+of+dry+stuffing+mix&sxsrf=ALeKk01QaFhyD6sHW2kEXRi5k2WHFzk-4Q%3A1628035642358&ei=OtoJYanFFYGI4-EPlf-T0Ak&oq=use+of+dry+stuffing+mix&gs_lcp=Cgdnd3Mtd2l6EAM6BwgAEEcQsANKBAhBGABQlwtYpRBg7hRoAHADeACAAdEEiAH2DpIBCzAuMS4xLjAuMi4xmAEAoAEByAEIwAEB&sclient=gws-wiz&ved=0ahUKEwipypOxiZbyAhUBxDgGHZX_BJoQ4dUDCA4&uact=5b

error: Content is protected !!