Asap Kebakaran Jerebu
Asap kebakaran boleh menjejaskan kesihatan kita terutama bagi golongan kanak-kanak dan golongan berumur.

Australia kini sedang bergelut dalam menangani kebakaran belukar di beberapa kawasan selama beberapa hari, membahayakan ribuan penduduk di banyak tempat. Kebakaran ini telah meragut sekurang-kurangnya empat nyawa, memusnahkan sejuta hektar kawasan pertanian dan belukar serta lebih 300 rumah.  Isu ini sangat membimbangkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit berkaitan dengan sistem pernafasan seperti penyakit jantung atau masalah paru-paru.

Biasanya, individu yang menghidu asap kebakaran akan mengalami simptom seperti:

  • sesak nafas
  • alahan kulit
  • mata berair
  • kegatalan hidung
  • batuk
  • sakit dada
  • sakit tekak

Di Malaysia, kita juga mempunyai isu kebakaran yang hampir sama. Jika di negara lain, mereka mempunyai 4 musim seperti musim sejuk, panas, bunga dan luruh, di Malaysia, terdapat musim khas yang dikenali sebagai musim jerebu. Musim ini hanya tiba sekiranya berlaku kebakaran besar di kawasan hutan di negara jiran, Indonesia.

Jadi, bagaimanakah kita dapat mencegah kesan negatif daripada pembakaran begini? Jika mahu menghentikan kebakaran itu sendiri macam mustahil sebab biar bomba sahaja yang uruskan ye.

Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan menjaga diri dan keluarga terdekat agar kita tidak terkena apa-apa kesan buruk yang boleh menjejaskan kesihatan.

Ikutilah langkah-langkah seperti di bawah:

  • Pakai topeng muka yang betul

Pakai topeng muka yang betul
young woman wear mask in the city during Smog day

Pastikan anda menggunakan topeng muka N95 dan bukannya topeng surgikal biasa. Walaupun harganya murah, ia masih tidak dapat melindungi anda memandangkan partikel-partikel asap masih boleh disedut masuk ke dalam badan.

Ada juga ‘trend’ bagi golongan muda yang memakai ‘mask’ berwarna dan bercorak diperbuat daripada kain untuk kelihatan unik. Namun, benda itu tiada gunanya kerana ia masih tidak menapis asap kebakaran itu. Bukan sahaja ia menyusahkan kerana perlu dibasuh selalu, ia juga tidak digunakan pada waktu yang betul.

Oleh itu, pastikan anda memilih topeng muka yang betul dan dapatkannya daripada farmasi, hospital atau klinik sahaja.

  • Kurangkan aktiviti di luar

Back view of three generation Hispanic family sitting on the sofa watching TV

Sudah menjadi lumrah apabila kita melarang seseorang daripada melakukan sesuatu perkara, mereka akan bertambah lagi minat untuk melakukannya. Memang susah untuk mengurungkan diri di dalam rumah terutamanya jika hari tersebut merupakan hari cuti, namun jika anda sayangkan diri dan keluarga anda, ambillah langkah ini dengan sebaiknya.

Cuba fikir secara positif, anda bukan sahaja dapat menjaga kesihatan malahan tiada duit yang mengalir keluar dan anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

  • Gunakan air purifier

Woman drinking tea reading tablet near humidifier

Mungkin tidak semua orang mampu beli benda ini kerana harganya yang terlalu mahal. Jika anda mempunyai duit lebih, belilah barang ini daripada menggunakannya untuk membeli perkara yang tidak berfaedah. Berbelanjalah dengan bijak pada barangan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

  • Minum banyak air

Drink water

Bagi langkah ini, pastikan anda minum air kosong bukannya air bubble tea yang sedang hangat itu ya? Tiada manfaat yang boleh anda dapat pun daripada minuman itu. Bukan sahaja keadaan asap kebakaran itu boleh mengganggu kesihatan anda, bahkan ia akan menambahkan satu lagi masalah dengan pengambilan minuman tidak sihat itu pula.

Ianya tidak mengapa sekiranya anda minum sekali sekala, tetapi adalah lebih baik jika anda minum air kosong sahaja semasa musim kebakaran atau jerebu ini.

Banyak cara yang boleh kita lakukan sekiranya kita terperangkap dalam kawasan yang mengalami kebakaran. Bantulah diri anda dan orang terdekat agar tiada masalah lain boleh berlaku!

SUMBER
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-599/burning-bush

https://www.healthline.com/health-news/can-masks-really-protect-from-wildfire-smoke

https://mayoclinic.pure.elsevier.com/en/publications/fighting-with-fire-how-bushfire-suppression-can-impact-on-fire-fi

https://www.healthdirect.gov.au/bushfires-and-your-health

Tagged: