asam pedas melaka
Dalam resepi kali ini, kami akan membawakan resepi asam pedas versi Melaka iaitu versi asam pedas yang lebih cair dengan warna keperang-perangan. Ketahui bahawa resepi ini menggunakan ikan merah sebagai bahan utama, jadi jika anda ingin menukarnya dengan ikan lain seperti ikan kembong, pari dan sebagainya, terpulang pada anda.

Bagi penggemar asam pedas, mesti anda boleh bezakan antara asam pedas versi Melaka dan Johor bukan? Walaupun ia kelihatan hampir sama, tapi bahan yang digunakan, serta warna dan kepekatannya adalah sedikit berbeza jika anda dalami dengan teliti.

Dalam resepi kali ini, kami akan membawakan resepi asam pedas versi Melaka iaitu versi asam pedas yang lebih cair dengan warna keperang-perangan. Ketahui bahawa resepi ini menggunakan ikan merah sebagai bahan utama, jadi jika anda ingin menukarnya dengan ikan lain seperti ikan kembong, pari dan sebagainya, terpulang pada anda.

Bagi siapa yang suka melihat resepi masakan secara atas talian, pasti anda sudah kenal dengan resepi-resepi daripada “Azie Kitchen”. Jom lihat resepinya sekarang.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah – potong 6
  • 5 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

Bahan tumbuk (boleh juga dikisar):

  • 2 sudu biji ketumbar
  • 2 sudu jintan manis

Bahan kisar:

  • 8-9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak menggunakan minyak zaitun yang secukupnya untuk menumis sebentar lagi.
  2. Apabila minyak sudah cukup panas, tumis bahan kisar, bahan tumbuk serta cili kisar hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air secukupnya. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan pula.
  4. Kemudian, perasakan dengan sedikit garam dan air asam secukupnya.
  5. Biarkan ia masak seketika dan sesuaikan rasanya mengikut cita rasa anda.
  6. Apabila kuah sudah agak pekat, ia sudah boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2016/02/asam-pedas-ikan-merah-melaka-yang-sedap.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Anda Penggemar Asam Pedas? Jom Cuba Resepi Asam Pedas Versi Melaka Ini!
Published On
Tagged: