Anda mengalami kepala bergetar? Baca artikel ini untuk mengetahui puncanya!
Getaran kepala sering disalah anggap sebagai penyakit Parkinson, namun salah satu daripada punca utama getaran adalah Getaran Utama (essential tremor).

Sesiapa sahaja boleh mengalami kepala bergetar. Gangguan kebimbangan, kafein berlebihan, melangkau waktu hidangan, ubat-ubatan, alkohol dan tekanan, kesemua ini boleh mengakibatkan getaran pada bahagian badan. Walau bagaimanapun, sejumlah gangguan neurologi boleh mengakibatkan getaran.

Kepala bergetar sering disalah anggap sebagai penyakit Parkinson, namun salah satu daripada punca utama getaran adalah Masalah Geletar (essential tremor). Geletar merupakan sejenis keadaan gangguan neurologi yang menyebabkan pergerakan menggigil tanpa sukarela. Dijangka serama 10 juta individu mengalami keadaan ini. Berikut merupakan beberapa fakta dan mitos yang berkaitan dengan masalah geletar.

Walaupun masalah geletar cenderung menjejaskan tangan, ia juga boleh menjejaskan kepala, suara, lengan, lidah, kaki atau abdomen anda.

Getaran kepala boleh kelihatan pada individu seperti beliau sedang menggeleng dan menganggukkan kepala. Sesetengah daripada mereka mungkin mengalami spasmodic dysphonia, iaitu getaran suara. Sekiranya anda pernah mendengarnya, ia mudah dikenali. Ia berlaku apabila laring dan kord vokal bergetar sehingga menjejaskan suara. Suara individu tersebut mungkin kedengaran menggeletar.

Sekiranya anda mempunyai masalah geletar, anda mungkin mengalami penyakit Parkinson

Geletar boleh menjadi simptom kepada penyakit Parkinson, namun, ia tidak bermakna anda mempunyai Parkinson. Ia boleh jadi Masalah Geletar (Essential Tremor).

Penyakit Parkinson secara umum adalah gangguan seluruh badan yang melibatkan simptom motor dan bukan motor yang berkaitan dengan pergerakan, kognitif, emosi atau tidur. Banyak sistem boleh terlibat dan pelbagai simptom menunjukkannya. Simptom penyakit Parkinson termasuklah getaran, pergerakan perlahan atau terganggu, perubahan percakapan dan masalah keseimbangan.

Dengan Masalah Geletar, anda boleh mengalami getaran dan simptom-simptom lain yang tidak berkaitan dengan Parkinson.

Punca sebenar masalah geletar adalah tidak diketahui

Malangnya, punca sebenar masalah kepala bergetar ini adalah tidak diketahui. Ia bukanlah sesuatu yang anda boleh hindari secara aktif. Masalah Geletar boleh berlaku dalam kalangan keluarga. Seorang kanak-kanak mempunyai 50% risiko mewarisi kedaan ini sekiranya ibu bapa mereka mengalaminya.

Masalah Geletar boleh berlaku pada sebarang peringkat umur, namun ia cenderung terjadi kepada individu berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Pembedahan merupakan rawatan rutin untuk menguruskan masalah geletar

Pilihan rawatan boleh terdiri daripada ubat-ubatan, termasuklah ubat tekanan darah, perencat beta, atau botoks.

Rangsangan Otak Mendalam adalah satu bentuk rawatan bagi keadaan ini dan ia berkesan untuk mengurangkan atau menghapuskan kepala bergetar. Namun harus diingat, Prosedur ini melibatkan otak, jadi kelebihannya haruslah melebihi risiko.

Sekiranya anda mempunyai getaran ringan dan ia tidak menjejaskan atau mengganggu kehidupan seharian anda, justeru itu, pembedahan mungkin bukan pilihan terbaik.

Kebimbangan atau kafein boleh memburukkan lagi masalah geletar

Kebimbangan atau pengambilan kafein boleh memburukkan getaran yang anda alami. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mempunyai Masalah Geletar dan mereka berada dalam situasi yang mengakibatkan mereka berasa bimbang, getaran tersebut akan kelihatan lebih jelas.

Ia adalah amat penting untuk berunding dengan pakar gangguan pergerakan sekiranya anda menyedari sebarang getaran supaya anda boleh mengetahui puncanya. Sekiranya ia adalah getaran utama atau ia dikaitkan dengan gangguan neurologi lain seperti Parkinson, pakar neurologi akan membantu anda memilih rawatan yang sesuai bagi mengurangkan simptom yang dialami.

Sumber

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/essential-tremor/symptoms-causes/syc-20350534

https://www.webmd.com/brain/essential-tremor-basics#1

https://www.healthline.com/health/essential-tremor

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/essential-tremor-disorder

Summary
Anda mengalami kepala bergetar? Baca artikel ini untuk mengetahui puncanya!
Article Name
Anda mengalami kepala bergetar? Baca artikel ini untuk mengetahui puncanya!
Description
Kepala bergetar sering disalahanggap sebagai Parkinson, namun salah satu punca utama getaran adalah Masalah Geletar (essential tremor).
Publisher Name
Ceriia Sihat
Tagged: