Anda mempunyai cagu? Bacalah cara berkesan untuk merawatnya ini
Cagu adalah keadaan yang biasa berlaku apabila kuku jari kaki anda tumbuh ke sisi dan menekan pada tisu lembut jari kaki anda.

Cagu adalah keadaan yang biasa berlaku apabila kuku jari kaki anda tumbuh ke sisi dan menekan pada tisu lembut jari kaki anda. Cagu boleh mengakibatkan simptom seperti kesakitan, kemerahan, pembengkakan, nanah atau kadangkala, jangkitan. Selalunya cagu terjadi pada ibu jari kaki anda. Walau bagaimanapun, terdapat rawatan cagu yang boleh dilakukan di rumah sahaja.

Petua di rumah dan gaya hidup

Kebiasaannya, cagu boleh terus dirawat di rumah. Berikut merupakan petua rawatan cagu di rumah:

  • Rendam kaki dalam air suam. Lakukan rawatan ini selama 15 hingga 20 minit sebanyak tiga hingga empat kali sehari. Merendam kaki dalam air suam mengurangkan simptom pembengkakan dan melegakan kesakitan.

  • Letakkan kapas atau floss gigi di bawah kaki anda. Selepas merendam kaki anda, letakkan kepingan kapas bersih atau floss gigi berlilin di bawah kawasan cagu. Ini boleh membantu kuku tumbuh di atas pinggir kulit.

  • Sapukan krim antibiotik. Letakkan salap antibiotik di kawasan yang sakit dan balut kaki anda menggunakan kain atau pembalut.

  • Pilih kasut yang selesa. Seeloknya, pakailah kasut yang terbuka atau sandal sehingga cagu anda telah sembuh.

  • Makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit seperti acetaminophen (Tylenol, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) dan naproxen sodium (Aleve) boleh membantu meredakan sakit pada jari kaki yang mempunyai cagu.

Sekiranya petua di rumah tidak membantu merawat cagu anda, doktor boleh mencadangkan:

  • Mengangkat kuku anda. Untuk cagu yang ringan (kemerahan dan tanpa nanah), doktor akan mengangkat lebihan kuku (cagu) dan meletakkkan kapas, floss gigi atau ‘splint’ di bawahnya. Cara ini memisahkan kuku dari kulit dan membantu kuku tumbuh di atas pinggir kulit. Seterusnya, anda perlu merendam kaki dan menggantikan bahan rawatan (kapas, floss gigi, splint) setiap hari.

  • Mengeluarkan sebahagian kuku. Untuk keadaan cagu yang oarah (kemerahan, kesakitan dan bernanah), doktor akan mengurangkan atau mengeluarkan bahagian cagu. Sebelum prosedur ini dijalankan, doktor anda mungkin mengebaskan kaki anda buat sementara dengan menyuntik anestetik.

  • Mengeluarkan kuku dan tisu. Sekiranya anda mempunyai masalah cagu yang berulang pada jari kaki yang sama, doktor mungkin mencadangkan mengeluarkan sebahagian daripada kuku bersama tisu dasar, Prosedur ini membantu menghalang kuku anda dari tumbuh semula dan menjadi cagu. Doktor mungkin menggunakan bahan kimia, laser atau kaedah lain bagi menjalankan prosedur ini. Selepas prosedur, doktor akan mengesyorkan anda untuk menggunakan antibiotik topikal atau antiobiotik oral, terutamanya jika kaki dijangkiti kuman atau berisiko dijangkiti kuman.

Persediaan perjumpaan dengan doktor

Cagu boleh didiagnosis oleh doktor keluarga anda atau doktor kaki (podiatrist). Sebelum berjumpa doktor, sediakan senarai beberapa soalan untuk diajukan kepada doktor semasa perjumpaan tersebut. Contoh soalan asas termasuklah:

  • Adakah keadaan cagu ini sementara atau jangka panjang (kronik)?
  • Apakah pilihan rawatan yang sesuai serta kebaikan dan keburukannya?
  • Apakah hasil yang boleh saya harapkan?
  • Bolehkah saya tunggu dan lihat, sehingga cagu ini akan hilang sendiri? hilang sendiri?
  • Apakah rutin penjagaan kuku yang anda cadangkan semasa proses penyembuhan dari cagu?

Doktor pula mungkin akan bertanya soalan-soalan ini kepada anda:

  • Bilakah anda mula mengalami simptom cagu?
  • Adakah anda mengalami simptom pada setiap masa?
  • Apakah rawatan di rumah yang anda gunakan atau lakukan?
  • Adakah anda mempunyai penyakit kencing manis atau keadaan lain yang menyebabkan aliran darah yang lemah ke kaki anda?

SUMBER

https://www.healthline.com/health/ingrown-toenail

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ingrown-toenails/symptoms-causes/syc-20355903

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326025

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/understanding-ingrown-nail-basics#1

Summary
Anda mempunyai cagu? Bacalah cara berkesan untuk merawatnya ini
Article Name
Anda mempunyai cagu? Bacalah cara berkesan untuk merawatnya ini
Description
Cagu adalah keadaan yang biasa berlaku apabila kuku jari kaki anda tumbuh ke sisi dan menekan pada tisu lembut jari kaki anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: