Diet kemurungan
Mahu membaca blog mengembangkan minda yang berjaya? Lawati www.CeriaSihat.com untuk membaca dan mengikuti blog terbaik pada minda, gaya hidup dan tips badan yang sihat.

Gejala kemurungan dapat dikurangkan dengan mengamalkan pelbagai diet yang sihat dan ini dilihat mempunyai hasil yang lebih baik kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki.

Pengambilan makanan ringan mampu menjejaskan kesihatan mental dan ini diakui oleh doktor dan saintis. Tiada maklumat dapat menjelaskan tentang pengambilan makanan apa yang mampu membantu meningkatkan kesihatan mental ini. Namun,  satu kajian yang telah dilakukan baru-baru ini dilihat dapat merungkai hakikat tersebut.

Sebuah kajian oleh Dr. Joseph Firth bersama kumpulan penyelidikannya di Universiti Manchester telah mendapati bahawa tiada penyelidikan sedia ada yang mampu mengesan sama ada sesebuah diet itu bagus atau tidak buat kesihatan mental kita. Justeru itu, mereka telah membuat satu penyelidikan-meta (meta study) berkaitan hipotesis diet sihat yang mampu memberi membuat perubahan pada gejala kemurungan dan kecelaruan.

Penyelidikan-meta yang dibuat itu mengambil kira data yang diperoleh daripada penyelidikan terdahulu bagi mengumpulkan bukti yang boleh dianalisis agar dapat menjawab kepada soalan-soalan baharu yang boleh timbul. Dr. Firth dan kumpulannya berjaya menemukan 16 kajian berkaitan yang melibatkan banyak percubaan mengubah diet-diet tertentu bagi melihat jika belarkunya sebarang perubahan pada gejala kemurungan dan kecelaruan. Kajian-kajian terdahulu ini dibuat dengan penglibatan seramai lebih 45,000 orang.

Apa yang menariknya adalah kajian-kajian tersebut mendapati bahawa kepelbagaian jenis diet yang khusus seperti untuk penurunan berat badan, pembuangan lemak, semuanya menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan gejala kemurungan. Dr. Firth juga ada membuat penjelasan,

“Ini adalah satu berita baik kerana walaupun memiliki diet yang berbeza, namun ia mampu untuk memberikan kesan positif yang sama dan membuktikan bahawa mana-mana highly-specific diet tidak diperlukan dalam mengurangkan gejala kemurungan dan kecelaruan ini. Melakukan perubahan yang sedikit juga mampu untuk memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan mental kita. Apa yang penting adalah untuk mengutamakan pengambilan makanan bernutrisi yang tinggi dalam fiber dan sayur-sayuran. Kurangkan juga pengambilan makanan segera serta makanan yang mengandungi gula bagi mengelakkan kesan psikologi negatif yang boleh terhasil.

Kajian-kajian ini sebenarnya tidak menunjukkan apa-apa pengurangan pada gejala kemurungan dan kecelaruan, namun apabila ia dinilai pada kaum wanita, hasilnya menjelaskan bahawa diet boleh menjadi efektif dalam membantu mengelakkan kemurungan dan kecelaruan di kalangan golongan ini. Selain itu, golongan wanita dilihat lebih terkesan akan faedah-faedah mengatasi kemurungan ini.

Hasil kajian itu turut membuktikan harus adanya keperluan untuk menilai pendekatan yang sihat dan semula jadi terhadap kebajikan mental, sama ada untuk menggantikannya ataupun menyokong secara farmaseutikal dan kaedah secara terapi yang lain. Sehingga adanya bukti lain yang boleh menyokong bahawa amalan diet yang sihat boleh mengurangkan kemurungan dan kecelaruan, makan secara sihat dilihat sebagai satu langkah awal yang boleh dibuat untuk mengatasi hal ini.

Sumber

https://www.webmd.com/depression/guide/diet-recovery#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318428

https://www.healthline.com/health/best-diets-for-mental-health

Summary
Anda kemurungan? Diet yang sihat membantu mengatasinya
Article Name
Anda kemurungan? Diet yang sihat membantu mengatasinya
Description
Gejala kemurungan dapat dikurangkan dengan mengamalkan pelbagai diet yang sihat dan ini dilihat mempunyai hasil yang lebih baik kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: