Amlodipine
Amlodipine adalah penghalang saluran kalsium yang melebarkan pembuluh darah dan memperbaiki aliran darah.

Pengenalan

Amlodipine adalah penghalang saluran kalsium yang melebarkan pembuluh darah dan melancarkan aliran darah.

Ia juga digunakan untuk merawat sakit dada (angina) dan keadaan lain yang berpunca dari penyakit arteri koronari. Malah, ia juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi). Menurunkan tekanan darah mungkin mengurangkan risiko strok atau sakit jantung.

Amlodipine boleh digunakan oleh individu dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 6 tahun.

Kegunaan Amlodipine

Keadaan hipertensi atau jantung anda mungkin boleh dirawat menggunakan kombinasi ubat. Ambil semua ubat anda seperti yang diarahkan oleh doktor. Baca panduan penggunaan ubat atau arahan pesakit yang disediakan pada setiap ubat. Jangan ubah dos atau menghentikan pengambilan ubat-ubatan anda tanpa nasihat diktor. Ini sangat penting terutamanya jika anda mengambil nitroglycerin.

Amlodipine hanyalah sebahagian daripada rawatan lengkap yang mungkin termasuk diet, senaman, pengawalan berat badan dan ubat-ubatan lain. Ikuti rutin diet dan senaman anda setiap hari.

Langkah Berjaga-jaga Dan Amaran Penggunaan Amlodipine

Pentadbiran Makanan dan Dadah telah mengeluarkan beberapa amaran kepada doktor sewaktu memberi preskripsi ubat ini kepada pesakit. Ia termasuklah:

Hipotensi

Ubat ini boleh mengakibatkan hypotension atau tekanan darah rendah bagi sesetengah individu, biasanya mereka yang mengalami aortic stenosis. Simptom hypotension termasuklah rasa letih, penat dan loya. .

Peningkatan angina atau penginfarkan miokardium (myocardial infarction)

Apabila memulakan atau meningkatkan dos ubat ini, ia boleh memburukkan simptom angina dan meningkatkan risiko sakit jantung dalam sesetengah individu, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit koronari obstruktif. Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku.

Masalah hati

Hati memetabolismekan Amlodipine, jadi para doktor perlu berhati-hati ketikan memberi preskripsi ubat ini kepada individu yang mempunyai masalah hati. Persatuan Makanan dan Dadah mengesyorkan doktor untuk memantau individu-individu tersebut dan meningkatkan dos ubat ini secara beransur-ansur.

Kesan Sampingan Amlodipine

Tablet oral Amlodipne boleh menyebabkan mengantuk yang berlebihan. Selain itu ia juga mempunyai kesan sampingan lain seperti:

Kesan sampingan umum

Kesan sampingan umum yang berlaku dengan penggunaan Amlodipine termasuklah:

  • Pembengkakan kaki atau buku lali
  • Keletihan atau mengantuk yang ekstrem
  • Sakit Perut
  • Loya
  • Pening kepala
  • Rasa hangat di muka
  • Denyutan nadi tidak normal (arrhythmia)
  • Denuyan nadi yang sangat laju
  • Pergerakan otot yang abnormal
  • Getaran

Sekiranya kesan-kesan tersebut adalah ringan, ia mungkin hilang selepas beberapa hari atau minggu. Jika ia sangat teruk atau berterusan, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Kesan sampingan serius

Hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami kesan sampingan yang serius. Hubungi 999 jika simptom anda boleh mengancam nyawa atau jika anda rasa anda mengalami kecemasan perubatan. Kesan sampingan serius dan simptomnya termasuklah:

  • Tekanan darah rendah. Simptomnya termasuklah:
    • Pening kepala yang teruk
    • Kepala berasa ringan
    • Pengsan
  • Kerap mengalami sakit dada atau sakjt jantung. Apabila anda mengambil Amlodipine buat pertama kali atau meningkatkan dosnya, sakit dada anda mungkin menjadi lebih teruk atau anda mengalami serangan jantung. Simptomnya termasuklah:
    • Sakit dada atau ketidaselesaan
    • Ketidakselesaan bahagian atas badan
    • Berpeluh sejuk
    • Keletihan yang luar biasa
    • Loya
    • Kepala berasa ringan

Kontraindikasi Amlodipine

Kehipersensitifan terhadap tablet Amlodipine A Tenolol adalah satu kontraindikasi. Sebagai tambahan, tablet Amlodipine ATenolol tidak boleh digunakan sekiranya anda mempunyai keadaan berikut:

  • Kejutan kardiogenik
  • Jantung tersumbat melebihi tahap 1
  • Kehipersensitifan
  • Kegagalan jantung
  • Sinus bradycardia

Interaksi Amlodipine

Amlodipine boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain termasuklah:

  • Simvastatin. Pentadbiran Makanan dan Dadah mengesyorkan mengehadkan dos simvastatin kepada 20mg setiap hari di samping pengambilan Amlodipine.
  • Perencat CYP3A4. Ubat-ubatan yang merencat enzim seperti CYP3A4 boleh meningkatkan kepekatan Amlodipine dalam darah. Ubat-ubatan sebegini termasuklah diltiazem, ketoconazole, itraconazole, dan ritonavir. Pentadbiran makanan dan dadah mengesyorkan doktor memantau individu yang mengambil kedua-dua ubat, perencat CYP3A4 dan Amlodipine bagi simptom seperti edema dan tekanan darah rendah.
  • Cyclosporine. Bagi individu yang pernah melalui pemindahan buah pinggang, pengambilan Amlodipine dan cyclosporine bersama mungkin meningkat paras cyclosprine dalam badan. 

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan doktor mengenai penggunaan ubat-ubatan, herba dan suplemen anda sebelum mulamengambil Amlodipine atau ubat-ubatan lain.

Dos Amlodipine

Dos Amlodipine bergantung pada keadaan seseorang individu dan seberapa baik simptom mereka bertindak balas dengan rawatan itu. Doktor juga akan mengambil tahu tentang umur dan sejarah perubatan seseorang apabila mengesyorkan dos Amlodipine. 

Menurut maklumat dalam risalah preskripsi Pentadbiran Makanan dan Dadah, Amlodipine boleh didapati dalam bentuk tablet dan kapsul terdiri daripada beberapa lingkungan kekeuatan, termasuklah kuantiti 2.5 mg, 5 mg dan 10 mg.

Doktor memberi preskripsi Amlodipine untuk pelbagai keadaan, dan Pentadbiran Makanan dan Dadah mengesyorkan dos berikut:

Rawatan tekanan darah tinggi:

  • Dewasa: mulakan dengan 5 mg sehari sekali dengan jumlah maksimum 10 mg setiap hari.
  • Dewasa tua atau individu dengan masalah hati: 2.5mg sekali setiap hari.
  • Kanak-kanak berumur 6–17 tahun: 2.5mg atau 5 mg sekali setiap hari.

Pentadbiran Makanan dan Dadah turut mengesyorkan dos pengambilan seseorang mengikuti matlamat tekanan darah, tetapi harus tunggu selama 7 hingga 14 hari bagi setiap perubahan.

Rawatan chronic stable angina atau vasospastic angina:

  • Dewasa: 5 mg hingga 10 mg sekali setiap hari. Kebanyakan individu perlu mengambil sebanyak 10 mg ubat ini untuk merawat angina dengan lebih berkesan.
  • Dewasa tua atau individu yang mempunyai masalah hati: 5 mg sekali setiap hari.

Rawatan penyakit arteri kronik:

  • Dewasa: 5 hingga 10mg sekali sehari.
  • Dewasa tua atau individu yang mempunyai masalah hati: 5 mg sekali sehari.

Bagi sesetengah individu yang mengalami kesukaran menelan, seperti kanak=kanak atau orang tua, doktor mungkin akan memberikan Amlodipine memalui intravena atau drip.

SUMBER

https://www.drugs.com/amlodipine.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324283#dosage-guide

https://www.healthline.com/health/amlodipine/oral-tablet#interactions

https://www.tabletwise.com/amlodipine-atenolol-tablet?#contraindications

Summary
Amlodipine
Article Name
Amlodipine
Description
Amlodipine adalah penghalang saluran kalsium yang melebarkan pembuluh darah dan melancarkan aliran darah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: