Amitriptyline
Amitriptyline adalah sejenis antidepressan tricyclic merawat kimia yang tidak stabil dalam otak individu yang mengalami kemurungan.

Pengenalan

Amitriptyline adalah sejenis antidepressan tricyclic merawat kimia yang tidak stabil dalam otak individu yang mengalami kemurungan. Ia digunakan sebagai rawatan bagi simptok kemurungan. Selain itu, Amitriptyline juga digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu yang lain.

Kegunaan Amitriptyline

Doktor memberi preskripsi Amitriptyline untuk merawat kemurungan dalam kalangan individu dewasa.

Bahkan, ia juga mungkin digunakan dengan cara yang tidak disahkan oleh Pertubuhan Makanan dan Dadah. Sebagai contoh, doktor mungkin mengesyorkan Amitriptyline sbeagai rawatan untuk:

  • Pengeluaran air liur yang berlebihan
  • Kesukaran tidur
  • Sindrom usus radang
  • Kesakitan kronik
  • Interstitial cystitis, atau sindrom kesakitan pundi kencing
  • Migrain
  • Kesakitan kayap
  • Kebimbangan
  • Gangguan stres pascatraumatik (PTSD)

Langkah Berjaga-Jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Amitriptyline   

Amaran penjejasan masalah kemurungan

Anda mungkin mengalami permulaan pemburukan masalah kemurunagn anda, fikiran membunuh diri, dan perubahan tingkah laku apabila anda mula mengambil Amitriptyline. Risiko ini mungkin akan berlangsung sehingga ubat ini mula berkesan terhadap diri anda.

Amaran simptom pemisahan

Jika anda telah mengambil ubat ini dalam jangka masa yang panjang, anda tidak boleh menghentikannya serta-merta. Perbuatan itu akan menyebabkan kesan sampingan seperti loya, sakit kepala, dan keletihan. Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa nasihat doktor. Beliau mungkin akan memberitahu anda untuk mengurangkan dosnya secara perlahan-lahan.

Amaran dimensia

Ubat jenis ini boleh memberi kesan yang sama seperti ubat-ubatan anticholinergic. Ia boleh meningkat risiko dimensia.

Amaran alahan

Ubat ini boleh menyebabkan reaksi alahan. Simptomnya termasuklah:

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini, hubungilah 999 atau pergi ke pusat rawatan kecemasan yang berdekatan.

Jangan ambil ubat ini semula jika anda mempunyai reaksi alahan terhadapnya. Pengambilan semula mungkin membawa maut.

Amaran interaksi alkohol

Pengambilan minuman yang mengandungi alkohol semasa menggunakan Amitriptyline meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius, termasuklah pening yang melampau.

Amaran bagi individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu

  • Individu yang mempunyai gangguan jantung: Mengambil ubat ini boleh menyebabkan masalah jantung seperti denyutan nadi tidak normal, serangan jantung dan strok. Jangan ambil ubat ini jika anda sedang pulih dari serangan jantung.
  • Individu yang mengalami gangguan bipolar: Sebelum memulakan rawatan dengan antidepressan seperti Amitriptyline, adalah penting untuk doktor anda memeriksa risiko gangguan bipolar anda. Doktor anda perlu melakukan ini kerana episod kemurungan major biasanya merupakan simptom pertama dalam individu yang mempunyai gangguan bipolar. Ubat ini tidak boleh digunakan bagi individu yang mempunyai gangguan bipolar.
  • Individu yang mempunyai sejarah sawan: Mengambil ubat ini meningkatkan risiko sawan. Jika anda mempunyai sejarah sawan dan mengambil ubat ini, doktor akan memantau keadaan anda dengan rapi. Namun, jika anda mengalami sawan apabila mengambil ubat ini, hentikan pengambilannya dan hubungi doktor anda segera.
  • Individu yang mempunyai sejarah glaukoma tau peningkatan tekanan mata: Mengambil ubat ini boleh meningkatkan tekanan dalam mata anda. Sekiranya anda mempunyai sejarah glaukoma atau peningkatan tekanan mata, doktor anda akan memantau anda ketika pengambilan ubat ini.

Amaran bagi kumpulan-kumpulan lain

  • Wanita hamil: Amitriptyline adalah ubat kehamilan kategori C. Ini bermaksud:
  1. Kajian ke atas haiwan menunjukkan kesan bertentangan kepada janin apabila ibu hamil mengambil ubat ini.
  2. Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas manusia untuk mengesahkan kesannya terhadap janin.

Bercakaplah dengan doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Ubat ini hanya boleh digunakan jika kelebihannya melebihi risiko terhadap bayi.

  • Ibu yang menyusu: Amitriptyline melalui susu ibu dan mungkin menyebabkan kesan sampingan kepada bayi yang disusui. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menyusu bayi anda. Anda mungkin perlu menentukan sama ada untuk menghentikan penyusuan bayi atau mengentikan pengambilan ubat ini.
  • Individu yang lebih tua: Pundi kencing individu yang lebih tua mungkin tidak bertindak seperti biasa. Keadaan ini akan menyebabkan badan memproses ubat dengan lebih perlahan. Sebagai hasil, lebih banyak ubat yang kekal dalam badan anda pada jangka masa yang lama. Ini meningkatkan risiko kesan sampingan anda. Kesan-kesan sampingan ini termasuklah degupan jantung yang laju, kesukaran membuang air kecil, sembelit, mulut kering dan penglihatan kabur.
  • Kanak-kanak: Masih belum pasti sama ada ubat ini selamat dan berkesan bagi penggunaan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Penggunaan ubat ini di kalangan kanak-kanak haruslah stabil dari segi risiko dan keperluan klinikal.

Kesan Sampingan Amitriptyline

Kesan sampingan Amitriptyline yang paling umum adalah:

  • Mulut kering
  • Sembelit
  • Pening kepala
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Kenaikan berat badan

Amitriptyline juga mungkin menyebabkan penglihatan kabur, pembendungan air kencing, degupan jantung laju, dan glaukoma akut apabila ia mengikat ke reseptor muscarinic dalam badan.

Apabila Amitriptyline melekat pada reseptor histaminic, ia akan mengakibatkan kesan sedatif, kekeliruan dan histeria. 

Individu yang mempunyai sawan perlu menggunakan Amitriptyline dengan berhati-hati kerana ia boleh mengurangkan peringkat sawan.

Kesan sampingan serius pada jantung berlaku apabila Amitriptyline mengikat pada reseptor alpha-adrenergic dalam jantung. Antara kesan sampingan tersebut adalah tekanan darah rendah sewaktu bangun berdiri dan keabnormalan denyutan nadi.

Kontraindikasi Amitriptyline

Kehipersensitifan terhadap Amitriptyline / Chlordiazepoxide adalah satu kontraindikasi. Sebagai tambahan, Amitriptyline / Chlordiazepoxide perlu TIDAK BOLEH digunakan sekiranya anda mempunyai keadaan berikut:

  • Fasa pemulihan akut diikuti dengan pengirfakan miokardium
  • Penggunan bersama perencat monoamine oxidase
  • Kehipersensitifan
  • Penggunaan bersama cisapride

Interaksi Amitriptyline

Tablet oral Amitriptyline boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan, vitamin atau herba lain yang anda sedang ambil. Interaksi adalah apabila sesuatu bahan mengubah tindak balas ubat. Ini boleh menjadi satu keadaan yang berbahaya atau menghalang keberkesanan ubat.

Bagi mengelakkan interaksi, doktor anda harus menguruskan semua ubat anda dengan rapi. Pastikan anda beritahu doktor tentang semua ubat-ubatan, vitamin atau herba lain yang anda ambil. Untuk mengetahui sama ada ubat ini mungkin berinteraksi dengan apa-apayang sedang anda ambil, bercakaplah dengan doktor atau ahli farmasi.

Berikut merupakan contoh ubat-ubatan yang boleh berinteraksi dengan Amitriptyline:

Ubat-ubatan yang TIDAK BOLEH diambil bersama Amitriptyline

Mengambil ubat-ubatan tertentu bersama Amitriptyline mungkin menyebabkan kesan sampingan. Anda TIDAK BOLEH mengambil ubat-ubat ini dengan Amitriptyline pada masa yang sama. Contohubat-ubatan tersebut adalah: 

  • Perencat monoamine oxidase (MAOIs – Monoamine oxidase inhibitors). Termasuklah:
    • Phenelzine
    • Tranylcypromine
    • Selegiline

Menggunakan MAOI bersama Amitriptyline boleh membawa kepada sawan atau kematian. Jangan mengambil MAOI dalam masa dua minggu setelah berhenti menggunakan Amitriptyline, melainkan atas nasihat doktor. Selain itu, jangan mengambil Amitriptyline dalam tempoh 2 minggu setelah anda berhenti menggunakan MAOI, melainkan atas nasihat doktor. Sekiranya anda tidak pasti sama ada sebarang ubat yang anda ambil adalah MAOI, bertanyalah doktor dan ahli farmasi anda.

  • Quinidine. Mengambil ubat ini bersama Amitriptyline boleh meningkatkan jumlah Amitriptyline dalam badan anda. Ini boleh membawa kepada kesan sampingan yang bahaya.

Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan negatif

Mengambil Amitriptyline dengan ubat-ubatan tertentu meningkatkan risiko kesan yang negatif. Contoh ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • TopiramateMengambil ubat ini bersama Amitriptyline boleh meningkatkan jumlah Amitriptyline dalam badan anda. Keadaan ini meningkatkan risiko kesan sampingan. Doktor anda mungkin akan menyelaras dos Amitriptyline jika anda mengambilnya bersama topiramate.
  • Sertraline, fluoxetine, dan paroxetine. Ubat-ubatan ini boleh meningkatkan kesan sampingan yang berbahaya.
  • Cimetidine. Mengambil ubat ini bersama Amitriptyline boleh meningkatkan jumlah Amitriptyline dalam badan anda. Ini akan meningkatkan risiko kesan sampingan anda.
  • Ubat Anticholinergic . Contohnya termasuklah diphenhydramineoxybutyninsolifenacin, dan olanzapine. Mengambil ubat-ubatan sebegini bersama Amitriptyline boleh meningkatkan kesan sampingan seperti demam, terutamanya cuaca yang panas.
  • Ubat Neuroleptic. Contohnya termasuklah clozapinerisperidone, dan haloperidol. Mengambil ubat-ubatan ini boleh meningkatkan risiko kesan sampingan seperti demam, terutamanya semasa cuaca panas.

Dos Amitriptyline

Semua dos dan bentuk ubat yang boleh diambil tidak disertakan dalam artikel ini. Dos, bentuk ubat dan kekerapan pengambilan bergantung pada:

  • Umur
  • Keadaan yang dirawat
  • Keparahan keadaan anda
  • Keadaan perubatan lain yang anda alami
  • Tindak balas anda terhadap dos pertama

Bentuk dan kekuatan

Umum: Amitriptyline

  • Bentuk: tablet oral
  • Kekuatan: 10 mg, 25 mg, 50 mg, 75 mg, 100 mg, 150 mg

Dos bagi individu yang mengalami kemurungan

Dewasa (umur 18–64 tahun)

  • Dos permulaan biasa: 75 mg setiap hari, dalam dos yang dibahagikan.
  • Peningkatan dos: Doktor anda akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan jika perlu.
  • Dos maksimum: 150 mg setiap hari.
  • Regimen dos alternatif: Mulakan dengan 50 mg hingga 100 mg sebelum tidur. Ia mungkin akan ditingkatkan mengikut keperluan, dengan jumlah maksimum 150 mg setiap hari.

Dos kanak-kanak (umur 0–17 tahun)

Masih belum pasti sama ada Amitriptyline adalah selamat dan berkesan bagi kegunaan kanak-kanak bawah umur 17 tahun.

Dos dewasa tua (umur melebihi 65 tahun)

Buah pinggang orang tua mungkin tidak berkesan seperti sepatutnya. Ini akan membuatkan badan anda memproses ubat dengan lebih perlahan. Hasilnya, lebih banyak ubat kekal dalam badan untuk waktu yang lama. Keadaan ini meningkatkan risiko kesan sampingan.

Sebagai permulaan, doktor anda mungkin akan menetapkan dos rendah atau jadual dos berbeza. Ini boleh membnatu mengekalkan paras ubat ini daripada terkumpul dengan lebih banyak dalam badan anda.

SUMBER

https://www.drugs.com/amitriptyline.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325726#uses

https://www.healthline.com/health/amitriptyline-oral-tablet#dosage

https://www.tabletwise.com/medicine/amitriptyline-chlordiazepoxide

Summary
Amitriptyline
Article Name
Amitriptyline
Description
Amitriptyline adalah sejenis antidepressan tricyclic merawat kimia yang tidak stabil dalam otak individu yang mengalami kemurungan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: