Now Reading
Ambroxol (Lendir tebal) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Ambroxol (Lendir tebal) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Ambroxol

Pengenalan

Ambroxol digunakan bagi keadaan di mana terdapat banyak lendir tebal di saluran udara. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang disebut sebagai ‘mucolytics’. Selain itu, ia berfungsi dengan menipiskan lendir di saluran udara, bagi menjadikan lendir kurang melekit dan juga memudahkan penyingkiran lendir dari saluran udara.

Kegunaan Ambroxol

Ambroxol adalah agen ‘mucolytics’ yang aktif secara sistematik dan terbukti secara klinikal. Apabila diberikan secara oral, ia boleh mula berkesan selepas kira-kira 30 minit. Pecahan serat mukopolisakarida asid menjadikan sputum lebih nipis dan kurang likat, jadi ini lebih senang dikeluarkan ketika anda batuk. Walaupun kepadatan kahak akhirnya berkurangan, kelikatannya tetap rendah selama rawatan dikekalkan.

Bagi semua bentuk ‘tracheobronchitis’, emfisema dengan ‘pneumoconiosis bronkitis, keadaan paru-paru keradangan kronik, ‘bronchiectasis’, bronkitis dengan asma ‘bronkospasme’. Semasa ‘exacerbations’ bronkitis akut, ia harus diberikan dengan antibiotik yang sesuai.

Kesan sampingan Ambroxol

Kesan sampingan yang biasa adalah:

Interaksi Ambroxol

Penggunaan ubat ini boleh meningkatkan kepekatan antibiotik (seperti cefuroxime, doxycycline, erythromycin, amoxicillin) ​​dalam tisu paru-paru.

Pastikan anda memaklumkan kepada doktor dan/ atau ahli farmasi anda jika anda ada mengambil, atau merancang untuk mengambil ubat lain, suplemen pemakanan atau produk herba baru-baru.

Tiada interaksi serius yang diketahui bagi penggunaan bersama yang harus dielakkan. Walau bagaimanapun, maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil antibiotik kerana ubat ini dapat meningkatkan jumlah penembusan antibiotik.

Kontraindikasi Ambroxol

Nasihat perubatan harus diberi perhatian sebelum ubat ini digunakan jika anda mempunyai keadaan atau gejala berikut.

  • Gejala yang menunjukkan keradangan paru-paru atau jangkitan paru-paru lain (seperti kesukaran bernafas ketika berehat, lendir tebal kuning atau hijau, lendir yang berlumuran darah, demam tinggi dengan suhu lebih 38 ° C, sakit dada),
  • Mempunyai sistem imun yang rendah kerana keadaan kesihatan lain (misalnya HIV) atau rawatan (misalnya kemoterapi, ubat sistem imun)
  • Mempunyai keadaan paru-paru sedia ada seperti COLD (gangguan paru-paru obstruktif kronik) atau asma yang tidak terkawal dan teruk.

Beritahu profesional kesihatan anda jika anda mengalami masalah ulserasi gastrik, hati atau buah pinggang yang teruk.

Ubat ini harus dielakkan jika anda mempunyai sejarah alergi terhadap Ambroxol atau bromhexine, atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam produk ini. Beberapa tablet ubat ini mungkin mengandungi laktosa sebagai bahan tidak aktif, oleh itu ia tidak digalakkan diambil oleh individu yang mengalami intoleransi galaktosa diwarisi, kekurangan laktase (enzim untuk mencerna laktosa) atau masalah dengan penyerapan galaktosa.

Ambroxol dan kehamilan

Ubat ini tidak digalakkan diambil semasa trimester pertama kehamilan. Memandangkan ia boleh diserap dalam susu ibu, pengambilannya tidak digalakkan semasa menyusukan bayi. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini jika anda hamil atau menyusukan bayi anda.

Dos Ambroxol

Dos yang disyorkan adalah seperti di bawah:

  • Dewasa: dos harian sebanyak 30 mg (satu tablet Ambroxol) hingga 120 mg (4 tablet Ambroxol) diambil dalam 2 hingga 3 dos yang dibahagikan.
  • Kanak-kanak sehingga usia 2 tahun: Setengah sudu teh sirap ubat ini dua kali sehari.
  • Kanak-kanak dengan usia 2 hingga  5 tahun: Setengah sudu teh sirap ubat ini 3 kali sehari.
  • Kanak-kanak berumur lebih dari 5 tahun: Satu sudu teh sirap ubat ini 2 hingga 3 kali sehari.

SUMBER

https://www.healthhub.sg/a-z/medications/18/Ambroxol-Tablets

https://www.drugs.com/ambroxol.html

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/ambroxol?mtype=generic

https://www.healthhub.sg/a-z/medications/18/Ambroxol-Tablets

error: Content is protected !!