amblyopia
Amblyopia atau lazy eye adalah gangguan pembentukan penglihatan di mana mata gagal untuk mencapai ketajaman penglihatan normal

Apakah itu Amblyopia?

Amblyopia atau lazy eyes adalah gangguan pembentukan penglihatan di mana mata gagal untuk mencapai ketajaman penglihatan normal meskipun memakai cermin mata atau kanta lekap yang telah dipreskripsikan.

Amblyopia selalunya berlaku ketika bayi dan awal kanak – kanak. Dalam kebanyakan kes, hanya satu mata yang mengalami masalah tersebut. Tetapi dalam sesetengah kes, amblyopia boleh berlaku di kedua – dua belah mata.

Simptom Amblyopia

Simptomnya boleh jadi sukar untuk dikenalpasti atau dilihat. Kanak – kanak yang mengalami amblyopia mengalami ketidakmampuan untuk melihat dimensi, jarak dan pergerakan dengan betul.

Mereka sukar untuk menentukan sama ada sesuatu objek itu dekat atau jauh. Ibu bapa mungkin mungkin sedar tanda – tanda ini pada anak mereka kerana mereka berasa sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas seperti :

  • Mengecilkan mata
  • Menutup sebelah mata
  • Menolehkan kepala mereka

Dalam kebanyakan kes, ibu bapa tidak mengetahui anak anda mengalami amblyopia sehinggalah doktor mendiagnosisnya ketika ujian mata.

Disebabkan itu ia penting bagi semua kanak – kanak untuk menjalani pemeriksaan mata sekurang – kurangnya sekali di antara umur 3 hingga 5 tahun.

Faktor Risiko Kanak – Kanak

Sesetengah kanak – kanak dilahirkan dengan amblyopia manakala yang lain terbentuk kemudiannya pada awal kanak – kanak. Peluang mengalaminya tinggi di kalangan kanak – kanak yang :

  • Dilahirkan awal (pra matang)
  • Lebih kecil daripada saiz purata bila dilahirkan
  • Mempunyai sejarah keluarga amblyopia, katarak  kanak – kanak, atau keadaan mata lain
  • Mengalami kecacatan perkembangan

Punca Amblyopia

Dalam kebanyakkan kes, doktor tidak mengetahui punca amblyopia. Tetapi kadang – kadang masalah penglihatan lain boleh menyebabkan amblyopia.

Selalunya, otak menggunakan isyarat saraf daripada kedua – dua belah mata untuk melihat. Tetapi jika keadaan mata membuatkan penglihatan 1 mata menjadi teruk, otak akan cuba untuk lakukannya.

Ia mula ‘menutup’ atau menolak isyarat daripada mata yang lemah dan tertumpu pada mata yang lebih kuat.

Keadaan mata yang menyebabkan atau membawa kepada amblyopia :

Ralat pembiasan. Ini termasuklah masalah penglihatan yang sering berlaku seperti rabun jarak jauh (mengalami masalah untuk melihat sesuatu yang jauh), rabun jarak dekat (mengalami masalah untuk melihat sesuatu yang dekat) dan astigmatism (boleh menyebabkan penglihatan kabur).

Selalunya masalah ini mudah dibetulkan dengan cermin mata atau kanta lekap. Tetapi jika ia tidak dirawat otak anda akan mula bergantung pada mata yang mempunyai penglihatan yang lebih kuat.

Oftalmologis akan melakukan pemeriksaan mata penuh, mencari masalah mata lain yang mungkin mempengaruhi penglihatan.

Penglihatan bermasalah pada satu mata tidak bermakna kanak – kanak tersebut mengalami amblyopia. Dalam sesetengah kes, memakai cermin mata untuk membetulkan ralat pembiasan boleh meningkatkan penglihatan.

Bila kanak–kanak sepatutnya menjalani ujian penglihatan mata?

Semua kanak – kanak perlu melakukan pemeriksaan mata dengan pakar kanak – kanak, pakar keluarga atau oftalmologis atau sebelum usianya mengajak 4 tahun.

Jika terdapat sejarah keluarga yang mengalami mata yang tidak selari, katarak kanak – kanak atau penyakit mata yang serius, oftalmologis perlu memeriksa mata mereka apabila mereka masih bayi.

Kebanyakan doktor akan menguji penglihatan sebagai salah satu ujian perubatan kanak – kanak. Jika mereka melihat sebarang tanda – tanda masalah mata, mereka mungkin menghantar kanak – kanak tersebut kepada oftalmologis untuk ujian selanjutnya.

Rawatan Amblyopia

Amblyopia selalunya boleh dibetulkan dengan membuatkan kanak – kanak tersebut menggunakan mata yang paling lemah. Hal ini dilakukan dengan meletakkan tampalan pada mata kanak – kanak yang lebih kuat.

Dalam sesetengah kes, ubat titik mata boleh digunakan untuk mengaburkan penglihatan pada mata yang paling kuat. Atau kanak – kanak anda perlu memakai cermin mata dengan kanta yang mengaburkan penglihatan pada mata yang kuat.

Ia secara umumnya mengambil masa beberapa minggu sehingga beberapa bulan untuk menguatkan penglihatan mata yang lemah.

Apabila anda mempunyai penglihatan mata yang lebih baik, mereka mungkin perlu memakai penutup mata sementara untuk beberapa tahun.

Hal ini kerana tiada peluang untuk mata tersebut untuk menjadi lemah lagi. Pastikan anda ingat untuk bawa anak anda berjumpa dengan oftalmologis yang akan memerhati perkembangan penglihatan mata anak anda.

– Bagaimana untuk memilih dan menggunakan penutup mata

Penutup mata sepatutnya memberikan keselesaan tetapi tidak bergerak daripada tempatnya. Ia sepatutnya tidak membolehkan anak anda untuk melihat melalui hujung penutup mata.

Kebanyakan kedai kecantikan mempunyai pelbagai saiz dan jenis penutup mata. Penutup mata yang bercorak boleh didapati secara atas talian.

Jangan gunakan penutup mata hitam dengan tali atau gelung elastik (seperti penutup mata lanun). Ia dengan mudah boleh ditanggalkan oleh anak anda atau diintai oleh anak anda melalui hujung penutup mata.

Untuk memakai penutup mata, dengan mudah menampalnya pada kulit di sekitar mata anak anda. Jika anak anda memakai cermin mata, terdapat penutup mata yang direka khas untuk melekap pada kanta.

Ia mungkin baik untuk kanak – kanak yang terbiasa menggunakan penutup mata tetapi ia tidak sesuai untuk kanak – kanak yang masih baru dalam rawatan.

Jika kanak – kanak memakai cermin mata dan ia tidak terbiasa menggunakan penutup mata, adalah lebih baik menampalnya secara langsung di sekitar mata yang lebih kuat di bawah cermin mata.

– Pastikan anak anda tidak menanggalkannya

Kanak – kanak tidak suka ada sesuatu menutupi atau mengaburkan mata mereka yang paling kuat. Namun begitu, anda perlu membantu anak anda apa yang terbaik untuk mereka. Jika tidak, rawatan amblyopia tidak akan berjaya.

Cuba tarik perhatian anak anda dengan sesuatu yang menarik perhatian mereka atau beri ganjaran kepada anak anda untuk mengalakkan mereka memakai penutup mata.

Ia agak mengambil masa untuk anak anda terbiasa memakai penutup mata. Lama kelamaan, ia akan jadi mudah untuk anak anda. Ingatlah bahawa menguatkan otot mata yang lemah adalah satu – satunya cara untuk membentuk penglihatan yang normal dan sihat.

– Dedahkan pada anak–anak mengenai kepentingannya

Kanak – kanak pra sekolah atau yang bersekolah rendah mungkin tidak mahu memakai penutup mata atau menggunakan penitis mata untuk mengaburkan mata.

Untuk membantu mereka, ibu bapa perlulah menerangkan pada mereka betapa penting rawatan ini untuk mereka melihat semula lagi.

Yakinkan mereka bahawa kanak – kanak lain juga memakai penutup mata untuk sebab yang sama. Jika mereka mempunyai anak patung, anda boleh galakkan anak anda untuk memakaikan anak patung mereka penutup mata.

Selain itu, anda boleh biarkan anak anda menghias penutup mata mereka dengan krayon dan penanda warna.

Terangkan pada cikgu atau guru anak anda tentang rawatan amblyopia. Minta bantuan guru mereka untuk memuji anak anda kerana memakai penutup mata dengan baik.

Apabila anak anda mendapatkan pujian positif daripada guru mereka pastinya mereka yakin dan bersemangat untuk memakainya.

SUMBER

https://www.allaboutvision.com/conditions/amblyopia.htm

https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases/amblyopia-lazy-eye

https://www.aao.org/eye-health/diseases/amblyopia-lazy-eye-treatment

Summary
Amblyopia : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Amblyopia : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Amblyopia atau lazy eye adalah gangguan pembentukan penglihatan di mana mata gagal untuk mencapai ketajaman penglihatan normal
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: