Amalan Meruang: Adakah Ia Selamat Atau Berbahaya?
Secara purata, sebanyak 20% hingga 40% wanita di antara umur 15 hingga 44 tahun mengamalkan teknik meruang atau ‘vaginal douche’.

Secara purata, sebanyak 20% hingga 40% wanita di antara umur 15 hingga 44 tahun mengamalkan teknik meruang atau ‘vaginal douche’. Selain membuatkan mereka berasa lebih segar, wanita-wanita ini mengatakan bahawa tujuan mereka melakukannya adalah untuk mengelakkan bau tidak menyenangkan, membasuh darah haid selepas haid, menghindari penyakit jangkitan seksual dan mengelakkan kehamilan selepas hubungan seksual.

Namun begitu, para penyelidik menegaskan bahawa teknik meruang adalah tidak berkesan untuk mengatasi tujuan-tujuan tersebut. Mereka juga memberi amaran bahawa amalan meruang boleh meningkatkan risiko jangkitan, komplikasi sewaktu kehamilan dan masalah kesihatan lain.

Secara umum, teknik meruang adalah membasuh faraj menggunakan air atau larutan cecair campuran untuk menghilangkan bau dan membersihkan faraj. Selalunya, cuka dicampur dengan air tetapi terdapat sesetengah larutan meruang yang telah dipakejkan yang mengandungi ‘baking soda’ atau iodin. Segelintir turut mengandungi bahan antiseptik dan pewangi.

1 darIpada 5 orang wanita berumur dalam lingkungan 15 hingga 44 tahun mengamalkannya secara berkala. Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2002, amalan ini dijumpai lebih cenderung dilakukan oleh wanita berketurunan Afrika-Amerika dan Hispanik. Sebagai tambahan, satu kajian menjumpai golongan remaja daripada pelbagai etnik dan bangsa lebih cenderung melakukan teknik meruang.

Sebenarnya, meruang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sensasi terbakar dan iritasi termasuklah beberapa komplikasi yang lain. Komplikasi-komplikasi ini boleh menjadikan sebarang masalah yang cuba diatasi olehnya, seperti bau yang kurang menyenangkan, bertambah lebih teruk.

Apakah itu amalan meruang?

Perkataan “douche” merupakan perkataan Perancis bagi “membasuh” atau “merendam”. Ia merupakan kaedah membasuh faraj bersama larutan air dan cuka.

Bagaimanakah ia dilakukan?

Untuk melakukannya, larutan air bersama bahan lain diletakkan dalam sebuah botol atau beg. Larutan ini kemudiannya dipancutkan ke dalam faraj.

Sebab utama wanita mengamalkan meruang termasuklah:

  • Menghilangkan bau kurang menyenangakan
  • Membasuh darah haid atau air mani selepas hubungan seksual
  • Menghindari penyakit jangkitan seksual

Kelebihan amalan meruang

Sesetengah wanita mengatakan bahawa amalan ini membuatkan mereka berasa lebih bersih. Namun begitu, tiada bukti sainfik yang menjelaskan kelebihan ini.

Kesan sampingan amalan meruang

Kesimpulannya, risiko dan kesan sampingan amalan tersebut melebihi daripada kelebihan yang sepatutnya.

Jangkitan faraj. Amalan meruang mengganggu keseimbangan semulajadi bakteria di dalam faraj. Perubahan ini membuatkan persekitaran faraj lebih disukai oleh bakteria yang menyebabkan jangkitan. Kajian telah menemui bahawa wanita yang berhenti melakukan amalan ini mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami Vaginosis Bakteria. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan penyakit jangkitan seksual.

  • Penyakit keradangan pelvik. Wanita yang melakukan meruang lebih dari sekali dalam seminggu mengalami lebih kesukaran untuk hamil berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Selain itu, amalan meruang juga meningkatkan kehamilan ektopik sebanyak 75 peratus. Kehamilan ektopik menyebabkan keadaan di mana embrio diimplan diluar rahim. Semakin banyak dan kerap seseorang wanita mengamalkan meruang, semakin besar risiko untuk mendapat kehamilan ektopik.

  • Kanser serviks. Meruang sekurang-kurangnya seminggu sekali telah dikaitkan dengan kemungkinan peningkatan risiko yang boleh menyebabkan kanser serviks pada seseorang wanita.

Patutkah anda mengamalkan kaedah meruang?

Berdasarkan pandangan pakar kesihatan, anda perlu mengelakkan daripada melakukannya. Bau faraj adalah normal. Walau bagaimanapun, sekiranya faraj anda mengeluarkan bau yang sangat kuat, ia menandakan terdapat jangkitan pada faraj anda. Keasidan faraj mengawal tahap bakteria secara semulajadi, dan membasuhnya dengan air suam dan sabun yang lembut sudah memadai untuk memastikan faraj anda bersih.

Sumber

https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/douching

https://www.webmd.com/women/guide/vaginal-douching-helpful-or-harmful

https://www.healthline.com/health/womens-health/what-is-a-douche

https://www.medicinenet.com/vaginal_douche_douching/article.htm

Summary
Amalan Meruang: Adakah Ia Selamat Atau Berbahaya?
Article Name
Amalan Meruang: Adakah Ia Selamat Atau Berbahaya?
Description
Secara purata, sebanyak 20% hingga 40% wanita di antara umur 15 hingga 44 tahun mengamalkan teknik meruang atau ‘vaginal douche’.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: