Alucid dan 9 Alternatif yang Terbaik di Malaysia

Alucid digunakan untuk melegakan sakit perut, keadaan asid berlebihan, pedih ulu hati dan perut kembung. Ubat ini digunakan untuk merawat gejala asid perut yang terlalu banyak seperti sakit perut, pedih ulu hati, dan pencernaan asid. Ini juga digunakan untuk menghilangkan gejala gas tambahan seperti bersendawa, kembung, dan perasaan tekanan / ketidakselesaan di perut / usus. Simethicone membantu memecahkan gelembung gas di usus.

Alucid Tablets

RM39.90

Tablet Alucid ialah antacid dan antiflatulence yang ditujukan untuk melegakan sakit gastrik, hiperasidik, perut kembung dan pedih ulu hati. Ia akan melegakan dan mengawal kesakitan dalam pengurusan simptomatik ulser gastrik, duodenum dan esofagitis refluks dengan meneutralkan asid hidroklorik dari rembesan gastrik. Setiap tablet Alucid mengandungi aluminium hydroxide, magnesium hydroxide dan simethicone. Tablet Alucid tidak boleh diambil oleh orang yang mengalami gangguan fungsi ginjal yang teruk.

Gaviscon Peppermint Liquid

RM28.00

Gaviscon adalah ubat pertama seumpamanya yang terdapat di Malaysia. Ia mengandungi natrium alginat, yang terdapat secara semula jadi. Ia digolongkan sebagai alginat yang bermaksud bahawa ia membentuk lapisan pelindung di atas isi perut yang membantu mencegah asid masuk ke dalam esofagus. Dengan demikian, ia bertindak cepat dan mempunyai kesan yang menenangkan, bertahan hingga empat jam. Ia berkesan untuk merawat gejala klasik pedih ulu hati (sakit terbakar di dada dan regurgitasi asid ringan). Ubat ini mempunyai dua pilihan iaitu dari cecair ataupun tablet. Cecair Gaviscon menenangkan hanya dalam 4 minit dan bertahan sehingga 4 jam. Sentiasa baca label. Gunakan hanya seperti yang diarahkan. Sekiranya simptom berlanjutan berjumpa dengan Pakar Perawatan Kesihatan anda. Mengandungi kalsium karbonat & natrium bikarbonat

Switch Gel Real Fresh Ubat Gastrik

RM150.00

Ubat Gastrik Madu Ubat Tradisional ialah penawar sakit gastrik, pedih ulu hati, perut kembung, sakit tengkuk, sakit badan dan sakit sendi-sendi. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu ambil 1 sachet sehari sebelum sarapan. Hanya perlu minum setiap pagi, insyaAllah masalah gastrik akan hilang. Ubat ini tiada kesan sampingan kerana ia dibuat daripada sayuran dan buah-buahan. Penawar gastrik ini tinggi dengan fiber dan mempunyai bahan super anti-oksidan, prebiotik dan probiotik. Ubat ini mempunyai rasa yang segar dan tidak cepat muak.

Actal Anti Acid Plus

RM6.90

Actal Anti Acid Plus ialah ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan perut kembung (angin) yang berkaitan dengan hiperasidensi gastrik, pedih ulu hati pada kehamilan, ulser peptik, pirosis dan pencernaan. Ubat ini harus dikunyah.Jika mempunyai sakit gastrik, anda harus kunyah 1 hingga 2 tablet setiap 1/2 hingga satu jam selepas setiap hidngan. Jika pedih ulu hati pula, kunyah 1 hingga 2 tablet, sebelum sarapan dan setengah jam selepas setiap hidangan. Jika sakit pencernaan, kunyah 1 hingga 2 tablet dan jika ulser peptik, kunyah 2 hingga 4 tablet sahaja. Jangan mengambil lebih dari 8 tablet dalam tempoh 24 jam atau gunakan dos maksimum selama lebih dari 2 minggu, kecuali di bawah pengawasan doktor.

Biosix5 Pierre Gel

RM180.00

Fungsi BIOSIX5 ini ialah untuk merawat kesan asid refluks. Antara kegunaannya ialah ianya dapat mengurangkan lebihan asid yang berada di dalam perut kita. Selain itu, ubat ini dapat melegakan pernafasan, membantu meredakan keradangan dengan cepat, melegakan kesakitan ketika serangan gastrik, meredakan kesakitan pedih ulu hati, mengeluarkan angin yang berada dalam badan dengan cepat dan melegakan perasaan debaran bagi pesakit ‘anxiety’.

Haw-Fi Plus

RM150.00

Ubat ini merupakan ubat gastrik, sakit perut dan hati kronik, gerd, pedih ulu hati, sesak nafas. Ubat ini membantu mencuci dan membersih sistem darah, membersih sistem usus, menambah tenaga dan menambah daya ketahanan. Selain itu, ia juga membantu masalah angin berlebihan dalam badan dan gastrik yang mengakibatkan anda putus asa dan hilang semangat. Haw-Fi Plus merupakan minuman kesihatan berasaskan Sekam Psylium dan Ekstrak buah hawthorn. Sekam Psylium adalah serat semulajadi yang terbaik untuk membantu merawat simtom-simtom SIBO, GERB, GASTRIK, sembelit buasir serta membersihkan usus dari sisa-sisa kotoran yang melekat di dinding usus yang jika dibiarkan akan menyebabkan darah menjadi kotor dan tercemar. Ekstrak buah hawthorn merawat darah yang kotor dan tercemar.

Teck Aun ‘Chi-Kit’ Pills

RM14.90

.Produk pil Chi Kit Teck Aun ialah ubat sakit perut tradisional yang digunakan untuk yang mempunyai sakit perut, cirit-birit dan senak. Dos yang diperlukan untuk orang dewasa ialah 1 sachet. Untuk anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun perlu mengambil 10 pil manakala kanak-kanak di bawah umur 1 hingga 2 tahun pula perlu mengambil 5 pil. Anda perlu mengambil 4 kali setiap hari, diambil dengan air panas sebelum atau selepas makan.

See Also
ivermectin

Switch Gel Real Fresh

RM130.00

Switch Gel Real Fresh ini merupakan penawar gastrik, pedih ulu hati, masalah angin, gerd, ulser, dan kembung perut. Masalah gastrik dan angin yang berada dalam badan akan menyebabkan anda lenguh-lenguh badan, perut tak selesa, sakit dada sampai mencucuk-cucuk di bahagian dada. Saluran pernafasan akan menjadi sempit dan agak sukar untuk bernafas. Selain itu, anda juga akan sentiasa rasa nak buang air besar, tetapi bila buang air besar, hanya keluar cairan sahaja ataupun najis berwarna hitam.
Anda akan kerap jeluak atau sendawa, kembung perut dan kadang-kadang kencing berbuih. Switch-Gel ini dapat melegakan masalah gastrik dan masalah angin dalam badan sepantas 10 minit sahaja. Mudah sahaja cara penggunaannya, iaitu anda perlu menyapukan Switch-Gel ini di bahagian perut dan tunggu selama 10 minit.

Maalox Plus

RM18.77

Maalox Plus merupakan antasid berperisa lemon swiss creme untuk melegakan gejala hiperasiditas yang berkaitan dengan diagnosis ulser peptik, gastritis, esofagitis peptik, hiperasiditas gastrik, luka bakar jantung, atau hernia hiatal. Sebagai ubat anti-kembung untuk mengurangkan simptom gas, termasuk sakit gas pasca operasi.

Eno Lemon

RM14.65

Eno melegakan pencernaan asid. Antara simptomnya ialah perut anda akan kembung dan anda akan berasa tidak selesa. Simptom lain ialah salur pernafasan akan menjadi sempit dan sukar untuk bernafas. Produk ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana ianya dipaketkan dalam bentuk yang kecil. Cara penggunaannya mudah sahaja, hanya perlu menyediakan air suam dan masukkan serbuk Eno ke dalam air suam tersebut. Eno mula bertindak dalam 6 saat sahaja. Ianya bertindak lebih cepat berbanding dengan cecair dan tablet.

.

error: Content is protected !!