Aloe And Cucumber Refreshing Body Lotion

Aloe and cucumber refreshing body lotion ini adalah salah satu losyen keluaran Himalaya. Berbicara tentang losyen badan atau kulit, tidak kiralah wanita ataupun lelaki, rata-ratanya pasti mahu cantik dengan mudah. Namun masih juga ada sebilangan yang memberi pelbagai alasan letih, tidak cukup masa dan sehingga menggunakan kaedah mudah dengan membahayakan kulit.

Tindakan melulu dengan bersikap acuh tidak acuh mencuba setiap produk kecantikan wajah di pasaran sewenang-wenangnya tanpa mengenali sendiri jenis masalah wajah dan struktur kulit. Memiliki kulit yang sihat dan berseri bukanlah semata-mata untuk berasa hebat dengan kecantikan yang dimiliki namun, kulit yang sihat juga menunjukkan tahap kesihatan anda adalah baik. Untuk mendapatkan kulit idaman sebenarnya tidaklah sukar, kunci utamanya adalah anda perlu tahu langkah asas penjagaan kulit supaya anda tidak dibelenggu masalah kulit yang sering dihidapi oleh sesetengah orang.

Tahukah anda ada satu produk yang berasaskan Aloe Vera dan Timun dari Himalaya yang berkesan bagi menyihatkan kulit tubuh badan supaya bebas dari jerawat dan kulit merekah dengan tempoh penggunaan yang kerap dan panjang? Jom kenali Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion dari Himalaya yang merupakan antara losyen penjagaan badan yang berasaskan aloe vera dan timun yang wajib yang anda cuba untuk memiliki kulit badan yang sihat, mulus dan bersih.

Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion

Bahan Utama Dalam Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion

Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion adalah losyen badan yang ringan dan sejuk yang menghidrat dan menyegarkan kulit anda tanpa membiarkannya melekit. Aloe Vera memiliki kelebihan untuk melambatkan proses penuaan, menghilangkan bintik hitam, menghilangkan jerawat serta merawat dan melindungi kulit. Seterusnya, timun pula memiliki kelebihan dalam mengurangkan keradangan atau iritasi pada kulit, mencerahkan warna kulit, melembapkan kulit dan melegakan masalah eyebag.

Losyen badan yang cepat menyerap dan diperkaya dengan kebaikan Aloe Vera dan Timun ini mampu menjadikan kulit anda licin dan segar dalam tempoh penggunaan yang konsisten. Paling baik jika losyen badan ini digunakan selepas mandi ketika kulit anda masih lembab.

Kelebihan Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion

  • Mampu bertahan sehingga 2 bulan jika digunakan dengan konsisten
  • Ia mempunyai sejumlah besar bahan herba.
  • Ia meninggalkan bau timun yang sangat ringan dan menenangkan pada kulit.
  • Ia tidak menjadikan kulit melekit atau berminyak.
  • Pembungkusan yang baik.
  • Produk sediakan untuk digunakan
  • Produk hebat untuk musim panas.
  • Tekstur sempurna untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak.

Kebaikan Memakai Losyen Pada Kulit Anda

1. Melembutkan Kulit

Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion

Salah satu faedah yang dapat dirasakan daripada penggunaan losyen secara berkala adalah melembutkan. Setelah menggunakan losyen pada bahagian badan, tentu anda akan merasakan kulit anda lebih lembut daripada sebelumnya. Losyen badan ini boleh disapu pada kulit anda selepas mandi.

Walaupun kulit anda cenderung berminyak, pasti ada bahagian badan anda yang lebih kasar daripada kulit anda yang lain. Seperti di lipatan seperti siku, lutut, dan tumit. Menggunakan losyen badan setiap hari, akan membantu menjaga lipatan badan selembut kulit yang lain. Nikmati sensasi melembutkan daripada losyen badan yang disapu pada kaki, badan, atau lengan.

2. Mencerahkan

Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion

Selain melembutkan, losyen badan dapat menjadikan kulit anda lebih cerah dan nampak lebih bermaya. Pigmentasi selalu menjadi tumpuan utama wanita Asia yang menginginkan kulit cerah. Tetapi pengaruh cahaya matahari yang buruk pastinya tidak dapat dibendung. Langkah yang mudah adalah dengan gunakan losyen badan yang mengandungi vitamin B3 seperti losyen Himalaya aloe and cucumber refreshing body lotion untuk melambatkan proses pigmentasi, sehingga kulit menjadi cerah.

Seiring usia kulit wanita cenderung menjadi lebih kering, losyen badan dapat menjadi bahan utama yang mampu membantu menjaga kesihatan kulit agar kelihatan lembab dan sihat.

3. Mencegah Dehidrasi

Sama seperti badan anda selalu memerlukan cecair, kulit anda juga memerlukan cecair untuk tetap terhidrat dan tidak mengalami dehidrasi. Menghabiskan aktiviti seharian di bilik berhawa dingin menjadikan kulit berisiko kehilangan kelembapannya. Sebilangan orang mempunyai kulit sensitif. Terlepas dari jenis iklim di mana mereka tinggal, kulit mereka dapat menjadi kering dan mudah teriritasi, kadang-kadang walaupun dari panas di dalam bilik.

Cara terbaik untuk menggunakan losyen badan adalah selepas mandi ketika pori-pori kulit terbuka. Dengan cara itu kandungan air lotion badan akan terkunci di dalam badan.

Kesalahan Semasa Memakai Losyen

1. Tidak Memakai Losyen Selepas Mandi

Selepas mandi, anda seharusnya terus memakai losyen kerana kulit masih lembap dan memudahkan losyen untuk menyerap ke dalam kulit. Paling lambat adalah sekitar 30 minit selepas mandi. Anda perlu menitikberatkan hal ini supaya penyerapan dapat dilakukan dengan efisien.

2. Memakai Losyen Terlalu Sedikit

Pemakaian losyen ini juga penting untuk dipakai ketika anda berada di luar rumah. Jika sebelum ini kita lebih memberi penekanan terhadap pemakaian krim perlindungan matahari, kini anda juga perlu sapukan losyen pada tubuh kerana tubuh bagi mengekalkan kelembapan kulit anda selama berada di luar rumah. Hal ini adalah kerana kulit yang terdedah pada panas atau sejuk, lebih cepat menjadi kering dan dehidrasi. Untuk langkah yang lebih efektif anda perlu menyapukan losyen pada kulit anda setiap 6 atau 7 jam sekali. Khasiat aloe vera yang terdapat dalam losyen Himalaya ini semestinya berguna untuk anda yang terdedah dengan persekitaran luar bangunan.

3. Terus Sapu Pada Kulit Yang Kering

Kesilapan lain yang sering anda lakukan adalah dengan menyapukan losyen di atas permukaan kulit yang kering. Sebaliknya perkara yang anda perlu lakukan adalah dengan menskrub dahulu kulit kurung terbabit. Hal ini adalah kerana, tanpa skrub kulit yang kering tersebut, losyen tidak mampu meresap dengan sempurna ke dalam kulit anda.

Masalah kulit kering sememangnya tidak asing bagi anda yang bekerja dalam ruang berhawa dingin seperti dalam pejabat atau berada di negara sejuk. Bukan itu sahaja, musim hujan juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering. Dalam situasi ini, amalkan Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion kerana ia kaya dengan ekstrak pelembap Aloe Vera dan Timun serta asid alfa hidroksi dan lanolin.

Siapakah yang boleh menggunakan Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion?

Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur baik lelaki mahupun wanita.

Cara Penggunaan:

Sapukan lotion perlahan-lahan di seluruh badan sambil mengurut dengan lembut. Masa yang terbaik untuk digunakan adalah selepas mandi apabila kulit menerima banyak penghidratan.

Tidak sukar untuk memiliki kulit yang sihat dan bersih. Dapatkan Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion hari ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membeli Aloe & Cucumber Refreshing Body Lotion sebelum kehabisan stok.

Summary
Aloe and Cucumber Refreshing Body Lotion
Article Name
Aloe and Cucumber Refreshing Body Lotion
Description
Tidak kira wanita mahupun lelaki, ramai yang mahu cantik dengan mudah dan menjadikan alasan letih serta tidak cukup masa sehingga sanggup melakukan tindakan yang membahayakan kulit. Ada juga yang bersikap acuh tidak acuh dengan mencuba satu persatu produk kecantikan wajah di pasaran tanpa mengenali sendiri jenis masalah wajah dan struktur kulit.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: