alahan
Jika anda mengalami tanda-tanda ketidakcernaan makanan, mual, rasa berangin yang teruk atau berasa tidak sihat yang terjadi biasanya selepas makan, inilah cara-cara bagaimana untuk mengenal pasti sekiranya anda mempunyai sensitiviti atau alahan kepada makanan.

Kebelakangan ini, lebih ramai orang disahkan mengalami penyakit seperti penyakit Seliak berbanding sebelum ini. Memandangkan kesedaran terhadap keadaan ini semakin meningkat, lebih banyak kes telah disahkan dan lebih banyak rawatan diberikan kepada mereka yang menderita dengan keadaan ini tanpa mengetahui puncanya. Seterusnya, sebelum ini, masyrakat tidak mengetahui bahawa seseorang boleh mengalami alahan terhadap gluten. Jadi, ini merupakan satu penemuan yang telah mengubah kehidupan ramai orang.

Namun, apabila setiap individu di sekeliling anda seperti mengikuti diet yang khusus, ianya mudah bagi anda untuk mengagak jika anda juga mempunyai alahan yang sama.

Jika anda mengalami tanda-tanda ketidakcernaan makanan, mual, rasa berangin yang teruk atau berasa tidak sihat yang terjadi biasanya selepas makan, inilah cara-cara bagaimana untuk mengenal pasti sekiranya anda mempunyai sensitiviti atau alahan kepada makanan.

Pertama sekali, anda perlu kenal pasti sama ada anda mempunyai alahan makanan atau tidak.

Pertama sekali, anda perlu kenal pasti sama ada anda mempunyai alahan makanan atau tidak.

Sensitiviti ini mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa atau menyebabkan masalah pencernaan, tetapi alahan boleh mengancam nyawa. Kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan anda mengalami rasa mual, sakit perut, angin yang berlebihan dan keletihan. Namun, jika kesannya adalah seperti kegatalan, saluran tekak yang bengkak dan kegatalan atau pembengkakan bibir, ia adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami alahan. Selain itu, tanda-tanda ini biasanya berlaku secara serta-merta dan boleh menjadi parah. Jika anda fikir bahawa anda mempunyai alahan, elakkan makanan yang bermasalah dan jumpa doktor bagi membuat pemeriksaan secepat mungkin.

Jika keadaan itu bukan alahan, ia mungkin merujuk kepada keadaan “sensitiviti” atau “masalah toleransi”, yang kelihatan hampir sama dengan alahan tetapi adalah dua perkara yang berbeza.

Gejala sensitiviti makanan biasanya kronik dan dialami oleh kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan individu di dunia. Sensitiviti makanan juga lebih dikenali sebagai alahan makanan yang perlahan, kerana dilewatkan oleh tindak balas imun. Sensitiviti boleh menyerang sistem organ dalam badan dan boleh mengambil masa antara 45 minit hingga beberapa hari sebelum kesannya menjadi ketara. Oleh kerana mekanisme fisiologi adalah rumit dan simptomnya mungkin dilewatkan, keadaan ini sukar untuk dikenal pasti. Ini menyebabkan ramai individu tidak mendapatkan pemeriksaan seperti sepatutnya.

Di samping itu, masalah toleransi sebaliknya pula mengakibatkan tanda-tanda yang hampir sama dengan keadaan sensitiviti, namun ia tidak melibatkan tindak balas imun. Dalam keadaan ini, apabila makanan dicerna, ia tidak dicerna dengan betul dan mula berkumpul di dalam usus. Contoh biasa ialah masalah toleransi terhadap laktosa, di mana ia menyebabkan masalah cirit-birit dan rasa berangin. Ini juga adalah kesan ketidakupayaan badan untuk mencerna laktosa secara menyeluruh.

Walaupun terdapat pelbagai makanan yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa sama ada anda mempunyai masalah sensitiviti atau toleransi, penyelesaiannya adalah sama, iaitu berhenti memakan makanan tersebut.

Jika anda fikir anda mempunyai sensitiviti atau masalah toleransi terhadap makanan, anda perlu mula catat atau ingat setiap makanan yang diambil.

Jika anda fikir anda mempunyai sensitiviti atau masalah toleransi terhadap makanan, anda perlu mula catat atau ingat setiap makanan yang diambil.

Bagi mengenal pasti apa yang menyebabkan gejala ini, mulakan dengan diari makanan. Catat setiap makanan yang anda makan dan waktu bila gejala itu muncul. Kemudian, selepas seminggu, cari perhubungan antara makanan serta gejala itu. Ia mungkin mengambil masa selama 72 jam sebelum gejala itu muncul, jadi anda tidak boleh hanya melihat pada reaksi yang segera sahaja. Ini akan melibatkan sedikit kerja penyiasatan untuk anda tetapi kaedah ini adalah cara utama bagi mengenal pasti sekiranya anda mempunyai sensitiviti atua alahan terhadap makanan tertentu.

Tambahan lagi, pastikan anda menyemak senarai kandungan ramuan pada paket makanan yang dimakan. Sesetengah individu mungkin hanya meletakkan ‘susu badam’ dalam senarai diari, dan menyedari bahawa mereka ada mengalami reaksi tertentu. Namun, jika anda membaca labelnya, anda mungkin mendapati bahawa ia bukan sekadar susu badam tetapi mungkin salah satu bahan ramuan di dalamnya boleh menyebabkan gejala itu. Jika berada di restoran, pastikan anda bertanya tentang semua bahan ramuan dalam makanan yang dimasak untuk anda. 

Mulakan diet pengasingan asas dengan cara mengelakkan pengambilan makanan yang mungkin menjadi punca kepada masalah ini.

Selepas anda mengenal pasti makanan itu atau makanan yang anda rasa menjadi punca berlakunya gejala tersebut, berhenti memakannya. Pilih empat atau lima makanan asas yang anda tahu tidak mendatangkan masalah kepada anda dengan pasti, dan jadikannya sebagai diet asas anda selama dua minggu.

Mengapa tempohnya adalah dua minggu? Ini adalah tempoh biasa bagi membolehkan badan anda disetkan semula. Jika masalah toleransi berlaku di saluran GI (mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan dubur), ia akan berlaku dengan serta merta. Namun, masalah sensitiviti boleh berlaku secara serta merta atau sehingga 72 jam selepas makan. Seterusnya, dadan anda juga mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk membiasakan diri dengan tabiat pemakanan baharu. Ia juga penting untuk anda mengambil air yang mencukupi ketika anda mengurangkan pengambilan makanan. Ini berlaku kerana ketika badan anda menyingkirkan simptom keradangan, ia juga menyingkirkan air.

Jika catatan makanan tidak dapat membantu anda dalam mengenal pasti makanan yang menjadi punca kepada masalah ini, anda boleh cuba berhenti mengambil makanan yang biasanya menjadi punca alahan seperti susu, telur, ikan, kerang, kacang pokok, kacang tanah, gandum dan kacang soya. Ianya bagus jika anda boleh pendekkan lagi senarai ini bagi meluaskan pilihan makanan anda yang lain.

Anda juga perlu menghentikan pengambilan minuman keras dan mungkin juga kopi.

Anda juga perlu menghentikan pengambilan minuman keras dan mungkin juga kopi.

Jika anda mahu mengelakkan keadaan ini dengan berkesan, anda perlu berhenti mengambil minuman keras sepanjang peringkat pengasingan makanan ini. Ia boleh memberi kesan terhadap integriti usus anda, begitu juga dengan rokok dan ubatan yang lain. Jika pengambilan bahan-bahan ini memberikan kesan terhadap usus, anda tidak akan mendapat jawapan yang tepat berkenaan makanan yang menyebabkan masalah anda. Di samping itu, lebih elok jgua jika anda turut berhenti mengambil kafein. Namun, elakkan berhenti secara serta merta kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala, jadi ambil masa selama beberapa hari sebelum berhenti secara sepenuhnya.

Selepas dua minggu, mula ambil setiap makanan itu semula satu demi satu.

Pilih satu makanan (yang mungkin paling anda rindu) dan mula memakannya kembali. Tunggu sehingga tiga hari, dan sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala buruk, tambahkan dengan makanan lain pula. Terus lakukan perkara ini sehinggalah anda mengenal pasti makanan yang menjadi punca bagi gejala anda. Jika ada berlakunya sebarang tanda, hentikan pengambilan makanan itu. Tunggu selama tiga hari supaya sistem imun anda tenang, sebelum mengambil makanan lain pula.

Ambil perhatian terhadap makanan tertentu yang anda selalu makan.

Jika anda mengalami gejala dengan kerap, ia mungkin berpunca daripada sensitiviti terhadap makanan yang selalu anda makan. Namun, ini tidak semestinya bermakna bahawa anda perlu menghindari makanan kegemaran anda buat selamanya. Jika anda berhenti mengambilnya dan membolehkan sistem imun anda bertenang, anda biasanya boleh mula mengambil beberapa makanan itu semula tanpa mengalami kesan buruk. Tunggu selama lebih kurang 3 bulan untuk melakukan langkah ini, dan apabila anda mula mengambil makanan itu semula, kurangkan jumlah pengambilannya bagi mengelakkan pengambilan secara berlebihan lagi.

Berhati-hati ketika mengasingkan kumpulan makanan secara keseluruhannya.

Percubaan bagi menangani gejala ini dalam masa yang singkat boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang sekiranya anda tidak berhati-hati. Mengurangkan pengambilan sesetengah makanan boleh memberi kesan kepada ‘microbiome’ usus anda, manakala kesan lain adalah seperti kekurangan zat makanan. Sebagai contoh, anda tidak boleh menolak pengambilan tenusu secara terus tanpa menggantikannya dengan makanan lain kerana ia boleh menyebabkan anda kekurangan protein, kalsium dan vitamin D. Justeru itu, anda perlu memastikan makanan yang tidak boleh diambil itu boleh digantikan.

Jumpa pakar diet jika anda masih mengalami masalah.

Sesetengah orang dapat mengenal pasti punca masalah mereka dengan cepat. Ini kerana setelah mereka mendapati bahawa mereka mempunyai masalah toleransi makanan terhadap laktosa, mereka terus menghentikan pengambil produk tenusu, berhenti mencatat diari makanan dan kembali meneruskan kehidupan dengan gembira. Namun begitu, bagi sesetengah orang, penyelesaian memerlukan mereka melakukan pelbagai penyiasatan dan ia mungkin tidak mudah untuk dikenal pasti. Apa yang penting adalah dengan tidak berputus asa jika tidak berjaya mengenal pasti punca yang menyebabkan masalah anda.

Jika diet pengasingan makanan tidak memberikan keputusan yang baik, jumpalah dengan pakar. Pakar diet yang diiktiraf berupaya melakukan kajian dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah sensitiviti atau masalah toleransi makanan anda. Jadi, jika masalah anda adalah lebih rumit, merujuk kepada pihak yang lebih pakar mungkin diperlukan bagi mendapatkan penyelesaiannya.

SUMBER

https://www.webmd.com/allergies/food-allergy-intolerances#1

https://www.healthline.com/nutrition/common-food-intolerances

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-allergy/symptoms-causes/syc-20355095#:~:text=A%20food%20intolerance%20or%20a,problem%20foods%20without%20a%20reaction.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/263965

Summary
Alahan, toleransi atau sensitiviti makanan?
Article Name
Alahan, toleransi atau sensitiviti makanan?
Description
Jika anda mengalami ketidakcernaan makanan dan beberapa simptom lain selepas makan, ini biasanya merupakan reaksi sensitiviti atau alahan kepada makanan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: