akil baligh awal
masalah akil baligh yang cepat atau ‘central precocious puberty - CPP) adalah keadaan yang jarang berlaku.

Pembesaran kanak-kanak mungkin kelihatan seperti mereka sedang membesar dengan cepat sejak akhir-akhir ini. Namun, masalah akil baligh yang cepat atau ‘central precocious puberty – CPP) adalah keadaan yang jarang berlaku. Ia terjadi apabila badan matang lebih awal – mungkin beberapa tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.

Tempoh bagi zaman akil baligh biasanya bermula pada usia 7 1/2 pada kanak-kanak perempuan dan sekitar umur 9 tahun pada kanak-kanak lelaki. Bagi sesetengah kanak-kanak, seperti yang berketerunan Afrika-Amerika atau Hispanik, zaman akil baligh biasanya boleh berlaku seawal usia 6 tahun pada kanak-kanak perempuan dan umur 8 tahun pada kanak-kanak lelaki.

Namun, dengan masalah CPP, tanda-tanda akil baligh seperti perkembangan payudara dan bulu badan yang semakin menonjol, muncul lebih awal daripada yang dijangkakan ibu bapa. Keadaan ini lebih biasa berlaku pada kanak-kanak perempuan.

Apabila ia berlaku pada kanak-kanak lelaki, ada kemungkinan bahawa terdapatnya masalah kesihatan yang serius dan perlu dirawat. Namun, ini biasanya tidak berlaku untuk kanak-kanak perempuan.

Seterusnya, akil baligh adalah satu perubahan besar, walaupun jika ia berlaku mengikut jadual. Akil baligh awal juga boleh menyebabkan masalah dengan pertumbuhan tulang. Rujuk dengan doktor anak anda mengenai apa yang berlaku. Sekiranya ia terjadi dengan terlalu cepat, anda boleh melambatkan atau membalikkan (reverse) perubahan pada badan mereka.

Simptom Akil baligh awal

Tanda-tanda masalah ini adalah perubahan yang diharapkan berlaku pada usia matang atau remaja seperti:

  • Bulu di ketiak dan pada alat kelamin, serta bulu di muka untuk kanak-kanak lelaki.
  • Jerawat.
  • Bau badan dewasa.
  • Perkembangan seksual seperti puting payudara atau pertumbuhan testis.
  • Perubahan emosi.
  • Emosi yang terganggu.

Kadangkala, ada kanak-kanak yang mempunyai bulu di alat kelamin dan di bawah lengan mereka, tetapi itu tidak bermakna mereka berada dalam fasa akil baligh.

Punca Akil baligh awal

Otak mengeluarkan hormon dipanggil hormon melepaskan-gonadotropin. Doktor anda boleh memanggilnya sebagai GnRH. Ia memberitahu kelenjar pituitari untuk melepaskan hormon dipanggil gonadotropin. Selain itu, hormon ini memberitahu organ seks untuk menghasilkan hormon lain yang memulakan perkembangan seksual.

Dalam keadaan akil baligh awal, otak mengeluarkan GnRH pada usia yang lebih muda daripada kebiasaan dan memulakan prosesnya. Dalam kebanyakan masa, doktor tidak dapat menentukan sebab yang tepat bagi kanak-kanak perempuan, tetapi penyelidik telah mengaitkan masalah obesiti kanak-kanak dengan keadaan ini.

Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung mempunyai pencetus tersendiri.

Sebab-sebab lain termasuk:

  • Sejarah keluarga yang mengalami masalah akil baligh awal.
  • Masalah gen yang jarang berlaku.
  • Tumor bukan kanser di dalam otak atau kelenjar pituitari.
  • Kecederaan otak.
  • Jangkitan pada otak, seperti meningitis.
  • Radiasi atau kemoterapi untuk rawatan kanser.

Diagnosis Akil baligh awal

Doktor anak anda mungkin akan bertanyakan soalan kepada anda sebelum membuat pemeriksaan atau ujian seperti:

  • Apa perubahan fizikal yang anda lihat pada anak anda?
  • Adakah tingkah laku mereka berubah baru-baru ini?
  • Bilakah anda mula-mula melihat ini? Berapa lamakah perubahan ini berlaku?
  • Adakah terdapat sejarah akil baligh awal dalam keluarga anda?

Sekiranya gejala tidak serius, ianya sukar untuk mengetahui sekiranya keadaan yang berlaku itu sememangnya masalah akil baligh yang awal. Doktor mungkin mahu anak anda berjumpa dengan doktor pakar bagi hal hormon dan pertumbuhan kanak-kanak, dipanggil ahli endokrinologik pediatrik. Pakar ini akan mencari tanda-tanda akil baligh, tetapi dia juga boleh menyemak:

  • Tahap hormon.
  • Usia tulang.

Ujian yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Sinar-X (X-ray) bagi membantu mengetahui jika tulang anak anda matang terlalu awal ataupun tidak.
  • Pemeriksaan MRI atau imbasan CT boleh menolak kemungkinan adanya tumor. Ujian ini akan mengimbas dan membuat gambaran bahagian dalam badan dan otak anak anda. 

Bagi kanak-kanak yang lebih tua, perkembangan awal tanda-tanda bagi keadaan ini mungkin kelihatan normal.

Faktor-faktor Risiko Akil baligh awal

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko masalah akil baligh awal pada kanak-kanak adalah seperti:

  • Menjadi seorang gadis. Kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk mendapat masalah ini.
  • Berkerunan Afrika-Amerika. Masalah akil baligh awal yang berlaku sebelum ini dilihat lebih kerap menjejaskan kanak-kanak berketurunan Afrika-Amerika berbanding kanak-kanak daripada kaum lain.
  • Mempunyai berat badan berlebihan (obesiti). Kanak-kanak dengan berat badan berlebihan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah akil baligh awal.
  • Terlibat dengan hormon seks. Menggunakan krim estrogen atau krim atau minyak testosteron, mahupun bahan lain yang mengandungi hormon ini (seperti ubat orang dewasa atau suplemen makanan) boleh meningkatkan risiko anak anda mengalami akil baligh yang matang.
  • Mempunyai keadaan perubatan lain. Masalah akil baligh awal boleh menjadi komplikasi bagi sindrom McCune-Albright atau hiperplasia adrenal kongenital. Ini adalah satu keadaan yang melibatkan pengeluaran hormon lelaki (androgen) yang tidak normal. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, masalah ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit hipotiroidisme.
  • Pernah melakukan terapi radiasi pada sistem saraf pusat. Rawatan radiasi bagi tumor, leukemia atau keadaan lain boleh meningkatkan risiko masalah akil baligh awal.

Rawatan Akal baligh awal

Sekiranya doktor dapat menemui sebab tertentu yang menyebabkan keadaan ini, dia akan merawatnya.

Dalam sesetengah kes, doktor boleh menggunakan ubat untuk menyekat hormon seks dan mencegah perkembangan selanjutnya. Hormon GnRH versi buatan manusia akan menghentikan kelenjar pituitari daripada menghasilkan gonadotropin.

Di samping itu, doktor boleh memberikan anak anda suntikan sebulan sekali atau setiap 3 bulan, atau memasang implan kecil di bawah kulit lengan atas anak anda, yang berfungsi selama satu tahun. Bahagian badan yang menerima suntikan atau implan mungkin menyakitkan, atau mengalami kulit yang sekitar tempat tersebut, tetapi tiada kesan sampingan yang dijangkakan dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin ingin mengekalkan rawatan sehingga anak anda mencapai umur yang cukup untuk akil baligh biasa iaitu sekitar usia 11 tahun untuk kanak-kanak perempuan dan 12 tahun untuk kanak-kanak lelaki.

Kebanyakan doktor akan merawat kanak-kanak berumur kurang daripada 7 tahun. Jika anda memikirkan sama ada untuk merawat masalah ini pada anak yang lebih tua, anda mungkin mahu berfikir tentang:

  • Umur anak anda.
  • Betapa cepat atau lambat pembesaran mereka.
  • Bagaimana reaksi anak anda.
  • Kemungkinan berlakunya permulaan haid yang awal.
  • Kebimbangan mengenai ketinggian mereka sebagai orang dewasa.

Berbincang dengan doktor anak anda sebelum membuat sebarang keputusan.

SUMBER

https://www.webmd.com/parenting/central-precocious-puberty

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/precocious-puberty/symptoms-causes/syc-20351811

https://www.healthline.com/health/precocious-puberty#:~:text=Central%20precocious%20puberty%20(CPP)%20occurs,released%20by%20the%20pituitary%20gland.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/327299

Summary
Akil baligh awal (Central Precocious Puberty) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Akil baligh awal (Central Precocious Puberty) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Masalah akil baligh awal (central precocious puberty - CPP) adalah keadaan yang jarang berlaku dan terjadi apabila badan matang lebih awal dari sepatutnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: