Ais krim strawberi
Hidangan pencuci mulut ais krim strawberi yang lazat ini yang hanya mengandungi sebanyak 5g karbohidrat bagi setiap hidangan

Siapa yang tidak menyukai ais krim? Tambahan pula dengan perisa yang enak seperti strawberi, anda pasti menyukainya. Ais krim bersama stawberi, terhasillah ais krim strawberi yang lemak berkrim seperti di kedai ais krim!

Sekarang anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut yang lazat ini yang hanya mengandungi sebanyak 5g karbohidrat bagi setiap hidangan. Dalam artikel ini, kami sediakan langkah demi langkah untuk membuat resepi ais krim strawberi yang mudah dan lazat.

  • Masa penyediaan – 5 minit
  • Masa penyejukan – 3 jam
  • Tahap: Mudah
  • Saiz hidangan: 2 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Balang mason

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (240g) krim berat (heavy cream)
  • 1/2 cawan (75g) strawberi
  • 2 sudu besar Lakanto atau pemanis lain
  • 1/2 sudu teh ekstrak Vanila

Cara penyediaan:

1. Sediakan semua bahan.

2. Tambahkan strawberi dan Lakanto (pengganti gula) dalam balang mason dan lenyek dengan senduk kayu yang kecil (kami menggunakan alat pengadun tangan) selama kira-kira 2 minit sehingga dilenyek sepenuhnya. Ia harus kelihatan seperti  dengan cebisan strawberri tetapi berair dari jusnya.

3. Seterusnya, tambahkan krim penuh dan ekstrak vanila ke dalam balang mason.

4. Tutup balang mason dan goncangkan selama 3-5 minit. Campuran itu akan berkembang hampir dua kali ganda.

  1. Bekukan selama 3 jam dan nikmatilah ais krim strawberi yang lazat!

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Ais Krim Susu Strawberi
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: