airbnb kl

Sekarang ini dah banyak pilihan Airbnb KL untuk anda bermalam di sekitar Kuala Lumpur. Ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur ialah tarikan terkenal buat para pelancong.

Kalau anda merantau serata Asia Tenggara, anda pastinya akan ke sini. Ada dua sebab: tambang penerbangan yang murah dan tempat membeli-belah yang banyak. Ha! Menarik sangat kan untuk mereka yang suka mengembara.

Kuala Lumpur ialah sebuah bandar yang bagus untuk dilawati untuk belian barangan elektronik, pakaian atau bila anda perlukan khidmat medik atau masalah pergigian. Sistem kesihatan di negeri ini boleh dipercayai!

Buat mereka yang sedang mencari penginapan Airbnb di Kuala Lumpur untuk jangka masa panjang atau pendek, tengoklah 9 senarai Airbnb dengan harag berpatutan ini. Andai dah biasa dengar Airbnb, jangan lupa tengok pilihan dari kami seperti di bawah okay.

1. UNO Airbnb KL (RM247/semalam)

uno airbnb kl

Oleh kerana unit Airbnb ini ada tub mandi, masa inilah anda boleh guna bom mandian dari Lush anda tu! Airbnb moden ini ada dua buah bilik tidur, satu dengan katil berganda dan satu lagi ada dua katil single.

Kondominium ini nampak mewah dan selesa, dengan palet warna coklat gelap, kelabu dan putih dan kemasan perabot daripada kayuan dan metalik.

Dapur terbukanya dilengkapkan dengan dapur dan ketuhar. Ini adalah antara kondo yang wajib didiami kerana kelengkapannya yang sangat bagus dan sempurna.

2. The Happiness (RM170/semalam)

Tingkap memanjang di rumah The Hapiness ini menawarkan pemandangan Jalan Kelang Lama. Ruang tamunya pula ditukar kepada bilik tidur terbuka pada aras satu, dengan palet kayu-kayuan digunakan sebagai dekorasi.

Meja makan yang bergaya, gelombang mikro dan peti sejuk disediakan di dalam dapur serba putih dan hitam. Anda akan dapat bilik bertona gelak dengan katil berganda dan katil single selepas menaiki tangga yang berkonsep moden.

Bilik airnya pula sangat bersih, dihiasi jubin putih yang menutupi dinding.

3. The Nordic Duplex (RM147/semalam)

the nordic duplex airbnb kl

Karpet geometric dan tingkap besar yang menghadap pohon menghijau memberi sedikit warna kepada airbnb ini. Dinding dan lantai The Nordic Duplex ini dihiasi dengan hasil seni yang dibingkaikan.

Di sebelah bahagian ruang tamu, terdapat sebuah meja kerja kecil yang dilengkapi dengan hasil seni haiwan berbingkai.

Bilik tidur terbuka di atas mempunyai katil berganda dan kerusi malas yang cantik.

4. KL11, Studio Airbnb KL (RM136/semalam)

Konsep du KL11, Studio sangat sederhana namun tidak membosankan. Ruangan di airbnb ini diisi dengan ruang tamu, dapur dan bilik air pada tingkat bawah, oh tidak lupa juga bilik tidur terbuka pada tingkat dua.

Ruang tamu dilengkapi dengan televisyen dan karpet dihamparkan di tengah-tengah bilik sebagai hiasan, ideal untuk tempat bermalam.

Bilik tidur merupakan ruang yang terbaik di rumah ini. Dilengkapi dengan bean bag berwarna jingga terang yang menghadap tingkap besar.

5. De Loft Airbnb KL (RM122/semalam)

Loteng ini boleh memuatkan sehingga enam orang, menjadikan ia tempat penginapan mesra keluarga. Dinding batu-bata kelabu memberi ilusi yang unik dan menarik. Pintu tangga kayuan yang menuju ke ruang tamu, dilengkapi dengan sofa berbutang dan daybed.  

Loteng ini dapat banyak cahaya semula jadi, semua dai hasil pemasangan tingkap yang tinggi ini. Meja makan pula diletakkan di tengah-tengah ruang loteng, untuk dijadikan fokus utama.

6. Modern 1BR Suite (RM136/semalam)

Kalau lokasi yang berpusat di antara pelbagai tarikan atau kemudahan lain, suite satu bilik tidur di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur ini sesuai untuk anda.

Ianya moden, bersih dan didatangkan dengan semua benda yang anda perlu, termasuklah mesin basuh dan pengering.

Mesti anda tertanya kenapa anda menginap di hotel KL sebelum ini kalau ada Airbnb best macam ini. Jangan lupa berenang di kolam renang tidak terbatas mereka atau pun menenangkan diri di dalam jakuzi atas bumbung. Pemandangan di situ sangat menakjubkan.

7. Asian Tropical Living Experience (RM111/semalam)

asian tropical living experience airbnb kl

Sedang mencari kelainan yang tempat penginapan dengan reka bentuk yang moden, minimal atau monokromatik yang tipikal? Studio ini adalah sebahagian daripada dupleks bertemakan Bali di atas tanah rata di kawasan kejiranan berpagar.

Tangga kayu di bilik tidur bersambung dengan ruang makan dan dapur bar-turned dan terdapat juga ruang tamu dan taman di luar dengan suasana tropikal.

Airbnb ini hanya 30 minit dari bandaraya Kuala Lumpur, dan berdekatan dengan pusat membeli-belah The Curve di Petaling Jaya.

Sangat sesuai buat pasangan dan juga mereka yang ingin berbulan madu di kawasan yang mempunyai privasi dan tidak bising.

8. The MUJI Studio Airbnb KL (RM94/semalam)

Studio ini mengekalkan konsep sederhana dan minimal, tapi masih mempesonakan.Katil berganda ditempatkan di penjuru bilik berbanding di sudut, nampak menarik juga ya.

Cahaya semulajadi menerangi setiap sudut bilik melalui tingkap kaca berketinggian siling-lantai.

Majoriti barangan di studio ini dipamer secara terbuka, bagus buat pengunjung yang datang bermalam.

Sunway Nexis, Sunway Giza, Damansara Uptown dan One Utama hanya beberapa minit saja dari The MUJI Studio.

9. Cosy Artist’s Suite (RM80/semalam)

Walaupun Cosy Artist’s Suite bukanlah tarikan utama kepada pengunjungnya, tapi lepas anda tengok-tengok apa yang ada dan hiaskan mata dengan hasil kerja, pastinya mereka akan lebih suka akan apartmen ini.

Hasil kerja adalah daripada titik peluh pemilik sendiri, boleh lah anggap apartmen ini sebagai galeri persendirian. Airbnb di Kuala Lumpur ini juga berkhidmat sebagai ruangan kreatif untuk anda dapatkan ilham.

Gimnasium, kolam renang dan teres atas bumbung dengan pemandangan cantik juga tersedia buat para pengunjung. Tambahan lagi, suite ini hanya 10 minit dengan kereta daripada KLCC.

Bas perkhidmatan ulang-alik dari KLCC ke Pavilion KL juga ada, tetaapi kalau pelancong nak bergerak guna Grab pun boleh

Airbnb KL berkembang pesat di saat kita mencapai era teknologi. Ianya merupakan versi hotel yang dipermudahkan untuk mereka yang mahukan keselesaan tapi nak tempat yang cantik untuk menginap. Tengoklah yang mana satu yang menawan hati, boleh pergi lepas pandemik ini berakhir.

Sumber:

https://abrokenbackpack.com/best-airbnb-kuala-lumpur-where-to-stay

https://klfoodie.com/top-10-beautiful-airbnbs-in-kuala-lumpur/

https://stays.tripzilla.com/en/stories/gorgeous-airbnb-homes-kuala-lumpur/79798

Summary
Airbnb KL: 9 Penginapan Cantik di bawah RM250
Article Name
Airbnb KL: 9 Penginapan Cantik di bawah RM250
Description
Sekarang ini dah banyak pilihan Airbnb KL untuk anda bermalam di sekitar Kuala Lumpur. Ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur ialah tarikan terkenal buat para pelancong.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: