Now Reading
Airbnb Johor: 10 Penginapan yang Menenangkan

Airbnb Johor: 10 Penginapan yang Menenangkan

airbnb johor

Bermalam di airbnb Johor dengan taman tema yang menyeronokkan, makanan lazat, kafe unik dan tempat membeli-belah, sesuatu yang diingini ramai.

Percutian hujung minggu yang ideal untuk sekumpulan kawan atau keluarga. Dan kalau anda ingin mencari apartmen kecil atau rumah yang luas untuk disewa di Johor, anda akan jumpa banyak alternatif di sini. Airbnb ini akan jimatkan duit, guna lebih untuk beli-belah!

Paragon Residence

Airbnb trendy biru laut ini umpama sebuah harta bagi tempat penginapan. Ianya bersih, selesa dan cantik. Keluarga seramai 8 orang boleh berehat dengan selesa oleh kerana apartmen ini menyediakan 3 bilik tidur dengan 2 katil queen, bunk bed dan katil sofa.

Dengan dua bilik, bersiap di pagi hari bukan lagi satu masalah sebab tak perlu berebut. Mereka juga mempunyai peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, televisyen HD 20 inci, pemain DVD, penggosok baju, pengering rambut dan perabot berkualiti tinggi.

Lokasi: Johor Bharu, Johor.

Harga: RM124/semalam

Rose Oak Apartment

Oleh kerana Rose Oak 10 minit sahaja dari Tuas Checkpoint, rumah diubah suai ini ideal untuk dijadikan tempat berehat dari Singapura. Perjalanan yang panjang dari bandar, berehat pula di atas katil queen beralaskan cadar yang lembut dan tebal pastinya memberikan keselesaan.

Tambahan lagi, kemudahan yang tersedia di dalam pakej normal ialah kolam mandi komunal, gimnasium dan taman permainan outdoor. Kalau anda lagi suka duduk di rumah berbanding berjalan-jalan, apartmen ini menyediakan permainan papan untuk dimain bersama keluarga.

Lokasi: Nusajaya, Johor.

Harga: Rm123/semalam

Legoland Johor

Rumah percutian airbnb ini merupakan sebuah penginapan yang boleh memuatkan keluarga dengan 7 individu, dengan tiga bilik moden dan berpenghawa dingin, setiap darinya disediakan katil queen!

Ia juga menawarkan kemudahan penting seperti televisyen, Wi-Fi, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan pemanas air. Memastikan anda bermalam di airbnb dengan dekorasi menarik ini dengan keselesaan maksima.

Terdapat pelbagai kedai makan popular di kawasan sekitar, masalah lapar bukan lagi isu. Jangan lupa tanya tuan rumah kedai mana yang menjadi kegemaran warga tempatan okay.

Dekat dengan Legoland dan tarikan popular lain, anda boleh lah bina memori indah bersama keluarga.

Lokasi: Johor Bharu, Johor

Harga: RM218/semalam

Puteri Harbour Seaview Condo

Selepas pemanduan atau perjalanan yang panjang, apartmen satu bilik tidur asas ini ideal untuk pasangan melancong, pengembara solo atau pengembara yang berniaga.

Hiasan dalam yang kontemporari memenuhi ruang tamu atau ruang makan, dengan katil bersaiz king, bilik mandi bersih dan jakuzi indoor di mana anda boleh berehat. Tambahan lagi, anda juga mempunyai akses untuk ke kolam mandi komunal.

Hotel ini berhampiran dengan Legoland dan taman tema Puteri Harbour yang popular, sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

Lokasi: Iskandar Puteri, Johor

Harga: RM165/semalam

The Sea-Esta

Apartmen satu-bilik tidur yang besar ini sangat elegan dengan keserdahanaannya kerana hampir kesemua dinding dan perabot di sini menggunakan warna putih. Dengan katil bersaiz king yang selesa bersama linen nautika dan dapur bersih dengan alatan penting untuk memasak.

Ruang tamu yang luas dengan pencahayaan yang baik, sofa 4 tempat duduk bersambung dengan balkoni digabungkan dengan pemandangan panorama di kawasan sekitar.

Lokasi: Nusajaya, Johor

Harga: RM140/semalam

Summer Holiday

Lihatlah taman permainan mini ini, siap ada buaian lagi. Satu buaian tidak cukup, ada lagi sebuah di tingkat dua.

Apartmen yang cantik ini mempunyai sofa yang besar dengan enam katil yang boleh digunakan sehingga tujuh orang pada satu masa. Selain dari taman permainan, Legoland pun tidak berapa jauh dari sini!

Lokasi: Nusajaya, Johor.

Harga: RM328/semalam

Midas Suite

Anda bercadang untuk pergi ke Singapura? Menginap lah di Midas Suite, jarak hanya 3 minit dari Singapura dari kebanyakan apartmen lain.

Ia juga berharga kurang daripada RM200, separuh harga dari penginapan yang ada di Singapura. Dengan kolam mandi, bilik pool, bilik squash juga taman permaianan adalah antara kemudahan yang menarik di sini. Sebuah tempat lepak yang bagus bersama dengan rakan di hujung minggu.

Lokasi:  Johor Bharu, Johor

Harga: RM61/semalam

Vena Suite

Ada tak terasa macam nak pergi membeli-belah pada hujung minggu dengan kawan-kawan? Apartmen ini sesuai kerana ia dekat sahaja dengan Pusat Membeli-Belah City Square, Pusat Membeli-Belah KSL City dan Pasar Malam Karat.

Ruang tamu pun besar, elok lah letak barang-barang yang sudah dibelanjakan tadi. Apartmen ini boleh memuatkan seramai enam orang.

Lokasi: Johor Bharu, Johor

Harga: RM58/semalam

Midori Home

Ini ada satu lagi airbnb yang menarik. Kalau anda mahukan katil bertingkat masa kecil dulu tapi mak ayah tak bagi, masa inilah anda boleh gunakan untuk rasa macam mana tidur dengan katil tersebut. Rumah ini boleh diinap seramai lima orang dan ada tiga bilik tidur dan satu bilik air.

Lokasi: Johor Bharu, Johor.

Harga: RM128/semalam

Teega Sea View

Cuba tengok ini kalau anda mahukan ketenangan dari kesibukan kota. Unit ini berada di kawasan membangun, jadi tidak ada apa sangat di sekitar apartmen.

Bagaimanpun, Pusat Membeli-Belah Paradigm pun berapa minit sahaja. Dengan pemandangan matahari terbit yang indah, menurut beberapa individu yang sudah menginap di sini, jadi bangun pagi okay! Apartmen cantik ini boleh diduduki sehingga 5 orang tetamu dalam satu masa.

Lokasi: Nusajaya, Johor.

Harga: RM195/semalam

Susah nak pilih Airbnb mana satu nak menginap nanti ni, semuanya ada keistimewaan tersendiri. Anda rasa Airbnb johor mana yang terbaik untuk dijadikan tempat bermalam demi percutian hujung minggu yang menenangkan? Jangan lupa bagi pendapat anda di laman web tripadvisor.

Sumber:

https://trip101.com/article/10-affordable-airbnb-vacation-rentals-in-johor-bahru-s-city-center

https://johorfoodie.com/airbnb-listings-johor/

error: Content is protected !!