air detox

Penggunaan air detox dalam kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi oleh kerana air detox mempunyai kemampuan untuk membantu menguruskan berat badan. Namun begitu, berapa jenis detox yang anda ketahui dan apakah kelebihan selain dari menguruskan berat badan? Resepi dibawah adalah beberapa cara untuk anda membuat detox sendiri dirumah.

1) Air Timun Penyejuk badan

Bahan-bahan:

  • 1 timun, dihiris
  • secubit garam
  • 4 cawan air

Kaedah penyediaan:

Sekiranya anda mempunyai masa yang suntuk, resipi air yang dibekalkan ini boleh dibuat satu persatu dan disimpan di tempat sejuk. Langkah yang diperlukan hanyalah menambahkan semua ramuan ke dalam gelas dan menyejukkanya di dalam peti sejuk sebelum diminum.

Kelebihan air timun

Nutrien dalam resipi ini berasal dari timun, yang mengandungi sejumlah besar vitamin A dan C, serta silika dan kalium, yang merupakan mineral penting. Silika juga merupakan salah satu bahan untuk meregangkan kulit dan membantu kulit untuk menyimpan air dengan lebih lama.

2) Air Detox Gabungan dari Timun, Lemon, Air Pudina

Bahan-bahan:

  • 1/2 timun
  • 1 biji lemon
  • Beberapa tangkai daun pudina
  • Air

Kaedah Penyediaan:

  • Basuh dan potong timun dan lemon, dan bilas daun pudina dengan air.
  • Masukkan timun dan lemon ke dalam gelas.
  • Isikan gelas tersebut dengan air, campurkan, dan biarkan hingga sebati selama semalaman di dalam peti sejuk.
  • Anda juga boleh terus mengisi ke dalam bekas yang lebih besar seperti jag dan meletakkan ke dalam peti sejuk selama beberapa hari sehingga anda perlu menukar ramuan dalam air tersebut.

Kelebihan Campuran Timun, Lemon dan Daun Pudina

Air detoks yang menyegarkan dan memberi tenaga ini mengandung vitamin C (terdapat dalam lemon) dan vitamin A (terdapat dalam pudina), yang merupakan antioksidan kuat. Lemon berinteraksi dengan enzim untuk merangsang jus gastrik, membersihkan arteri dan darah, dan membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim yang akan melepaskan toksin. Lemon juga terkenal dengan kemampuannya untuk mengurangkan keradangan pada badan, meningkatkan penyerapan mineral, dan memudahkan pencernaan. Selain itu, aroma lemon dapat membangkitkan deria dan membantu anda merasa lebih bertenaga.

3) Air Detox Campuran Pudina dan Halia

Bahan-bahan:

  • 1 timun, dihiris nipis
  • 2 inci  halia segar dan dikupas
  • 2 biji lemon atau limau nipis
  • 10–12 daun pudina segar
  • Secubit garam

Kebaikan air campuran pudina dan halia

Bahan pencernaan yang berkesan yang ada pada halia adalah dapat mengurangkan ketidakselesaan gas dan usus, membantu mencegah ulser perut dan bakteria jahat daripada dalam usus, dan mengandungi sebatian yang mengelakkan masalah dalam perut . Air campuran ini juga dapat mengurangkan rasa sakit dan masalah berkaitan tubuh badan.

Tambahan pula, campuran air ini juga memiliki kemampuan untuk menghilangkan rasa mual dan bahkan dapat menurunkan kadar insulin dalam darah yang dapat membantu menguruskan berat badan. Halia segar juga dapat melindungi diri kita dari virus dan mempunyai kemampuan untuk mencegah selesema dan meredakan sakit tekak. Sifat anti-bakteria pada halia dapat membantu melindungi kerongkong terhadap jangkitan dari bakteria dan virus. Selain itu, sifat anti-radang dapat menenangkan keradangan di kerongkong yang berlaku semasa jangkitan, membantu mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada badan.

Daripada kesemua resepi ini, yang manakah pilihan anda dari segi rasa dan keberkesanan terhadap badan anda? Selamat mencuba!

SUMBER:

1) https://www.byrdie.com/detox-water-recipes

2) https://delightfulmomfood.com/detox-water-recipes-for-weight-loss-cleanse/

3) https://www.ndtv.com/food/weight-loss-5-best-summer-detox-waters-to-burn-fat-quicker-1836131

Tagged: