Pelembap Aiken Tea Tree Oil Away Moisturizer adalah pelembap dengan tindakan dua kali ganda. Ia bukan sahaja dapat mengembalikan kelembapan pada kulit, tetapi ia juga membantu mengawal pertumbuhan jerawat. Pelembap ini sangat sesuai untuk jenis kulit berminyak kerana ia mengandungi Tea Tree Oil yang dapat membantu mengurangkan pembentukan bakteria jerawat pada wajah.

Kesannya, pertumbuhan jerawat yang menyakitkan dapat dikawal daripada menjadi semakin teruk. Krim ini juga mempunyai tahap pH yang seimbang, jadi anda boleh menggunakannya sebagai pelembab harian secara konsisten. Untuk kesan penggunaan yang lebih baik, pastikan anda mencuci muka terlebih dahulu dan menggunakan toner sebelum menggunakan krim pelembab.

Kelebihan:

  • Bebas Paraben
  • Bebas Sulfat
  • Bebas alkohol
  • Bebas Alergen EU
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah jerawat
  • Dilengkapi dengan perlindungan UV

Cara memilih pelembap semula jadi terbaik untuk kulit anda

Tentukan makna semula jadi bagi anda

Cara terbaik untuk memulakan pemilihan sesuatu produk yang terbaik untuk kulit adalah menentukan apa yang semula jadi bagi anda secara peribadi. Sesetengah orang hanya mahukan produk yang bebas daripada gangguan endokrin dan karsinogen, seperti parabens dan minyak mineral sementara yang lain mentakrifkan semula jadi sebagai produk yang tidak diformulasikan atau tidak digabungkan di makmal.

Oleh kerana pensijilan semula jadi tidak diperlukan dan definisi semula jadi adalah apa sahaja kehendak jenama tertentu, dengan mempertimbangkan definisi anda sendiri dapat membantu anda memutuskan sama ada komposisi produk itu memenuhi kriteria peribadi anda ataupun sebaliknya. Jenama juga mungkin mempunyai maklumat di laman web mereka mengenai falsafah mereka terhadap produk semula jadi dan ini dapat membantu pengguna membuat keputusan yang tepat.

Sekiranya anda memutuskan untuk mencuba produk semula jadi, anda disarankan untuk menggunakannya pada sebahagian kecil kulit anda terlebih dahulu seperti pergelangan tangan ataupun siku untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang alahan.

Periksa pensijilan produk

Tidak wajib bagi sesebuah syarikat untuk mendapatkan pensijilan produk mereka agar diperakui secara semula jadi, tetapi sesetengan pengeluar produk melakukannya untuk membantu membina kepercayaan pengguna. Tiga agensi perakuan tersebut adalah National Products Association, EWG Verified , dan COSMOS-standard .

Bergantung pada definisi semula jadi peribadi anda, sijil lain yang perlu diperhatikan mungkin termasuk:

USDA Organic : Produk ini memenuhi standard organik yang diperlukan dari Jabatan Pertanian AS. Kajian dan pemeriksaan tahunan diperlukan setiap tahun untuk mengekalkan pensijilan.

Ecocert : Rangkaian bebas ini diakui sebagai peneraju pensijilan kosmetik semula jadi dan organik dengan menilai semua aspek produk yang diperlukan untuk mendapatkan label yang diinginkannya, dari logo perdagangan adil sehingga setem organik yang diperakui.

Bebas Kekejaman : Logo Leaping Bunny diperlukan untuk memastikan syarikat pengeluar tidak menguji produk pada haiwan.

Vegan : Label vegan yang diperakui adalah jaminan bahawa produk tersebut tidak mengandungi ramuan atau produk sampingan berasaskan haiwan, tidak menggunakan ramuan haiwan atau produk sampingan dalam proses pembuatan, dan tidak diuji pada haiwan.

Memilih produk bersesuaian mengikut masalah kulit.

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit sensitif atau rawan jerawat, pastikan pelembap yang anda pilih adalah hipoalergenik untuk meminimumkan kemungkinan reaksi alergi atau kerengsaan lebih lanjut. Selain itu, pastikan juga produk pelembab itu bersifat bukan komedogenik yang bermaksud produk tersebut tidak menyumbat pori dan tidak merosakkan kulit.

Ketahui jenis pelembap anda.

Keperluan dan masalah kulit anda harus dipertimbangkan ketika memilih pelembap yang tepat. Pelembap dikelaskan berdasarkan seberapa banyak kandungan minyak dan air dalam kandungan produk tersebut. Krim pelembab tidak mengandungi minyak yang banyak tetapi sangat bagus untuk mengunci kelembapan dan tidak melekit pada kulit.

Manakala losyen pula mengandungi lebih banyak air daripada minyak, dan bergantung pada formulasi yang digunakan. Losyen mungkin tidak sesuai digunakan untuk jenis kulit kering dan sensitif kerana ia menguap dengan cepat dan tidak tahan lama.

Summary
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Article Name
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Description
Pelembap Aiken Tea Tree Oil Away Moisturizer adalah pelembap dengan tindakan dua kali ganda. Ia bukan sahaja dapat mengembalikan kelembapan pada kulit, tetapi ia juga membantu mengawal pertumbuhan jerawat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: