adaxil

Adaxil ialah protein gula yang dapat bantu membentuk tulang rawan di dalam badan (tisu penghubung keras yang berhampiran dengan tulang sendi).

Ia juga merupakan bahan yang boleh dijumpai di dalam tulang, tulang sum-sum, siput dan fungus. Di samping itu, adaxil telahpun digunakan sebagai ubatan alternatif untuk merawat penyakit sendiri yang berkaitan dengan lenguh sendi, edoema dan kekakuan.

Oh, tidak lupa juga sering dipasarkan sebagai makanan tambahan herba.

DESKRIPSI & PENGGUNAAN ADAXIL

Adaxil boleh diambil dalam dua cara:

i) Setiap tablet mengandungi:

adaxil
  • Glucosamine KCI 1000 mg
  • Chondroitin sulfate 400 mg
  • Vitamin E 40 mg
  • Vitamin D (ad D3 400 IU) 10 mcg
  • Vitamin C 60 mg
  • Folacin (folic acid) 400 mcg
  • Vitamin B12 20 mcg
  • Zinc 10 mg
  • Manganese 4 mg
  • Copper 1000 mcg
  • Selenium 120 mg
  • Ekstrak akar halia 80 mg

Pewarna tiruan, gluten, pengawet, laktosa dan yis tidak digunakan di dalam tablet adaxil.

Sementara itu, penggunaan ubatan ini terbahagi kepada beberapa kategori:

  • Dewasa – 2 pil sekali sehari ialah dos standard atau ikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor ataupun ahli farmasi anda.

Adaxil tidak sepatutnya digunakan untuk merawat gejala yang teruk. Meringankan gejala (terutama sekali penghilang rasa sakit) yang mungkin tidak berlaku selama beberapa minggu dan ada juga kes yang mengambil masa lebih lama dari ini.

Jika gejala anda tidak menunjukkan perubahan selepas 2-3 bulan, bagitahu doktor sebab rawatan adaxil yang ada sekarang kena dinilai semula.

  • Warga emas – Tiada sebarang perubahan dos perlu dilakukan.
  • Pesakit yang mengalami gangguan fungsi ginjal dan/atau hati – Tiada kajian yang mencadangkan sebarang dos bagi kategori ini.
  • Kanak-kanak – Voltaflex tidak seharusnya digunakan buat kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun melainkan ada pemantauan orang dewasa.
  • Terlepas pengambilan dos – Jangan gandakan dos anda untuk ganti dos yang terlepas tu okay. Banyakkan bertanya doktor atau ahli farmasi soalan tambahan tentang cara nak gunakan atau ambil ubatan ini.

BAGAIMANA CARA ADAXIL BERFUNGSI?

Badan manusia digunakan untuk buat sebilangan bahan kimia lain yang terlibat dalam pembentukan ligament tendon, ligament tulang rawan dan cecair tebal yang keliling sendi untuk bagi perlidungan.

Tulang rawan sesetengah individu yang mempunyai osteoarthritis akan pecah dan menjadi kurus. Lagi banyak geseran sendi dan kekakuan akan terjadi.

Penyelidik percaya bahawa pengambilan makanan adaxil dapat tambah jumlah tulang rawan dan cecair di sekitar sendi atau bantu cegah kerosakan di bahagian tersebut, atau kedua-duanya sekali.

adaxil

KELEBIHANNYA

Osteoartritis – Kebanyakan bukti mencadangkan untuk mengambil makanan tambahan ini sekiranya anda seorang individu yang menghidapi osteoarthritis, lebih-lebih di bahagian lutut. Dijamin rasa lega lepas tu!

Bukan tu je tahu, ubat ni juga dikatakan berkesan sebagai ubat penghilang rasa sakit dan preskripsi untuk mengjilangkan acetaminophen atau ibuprofen pada sesetengah individu.

Kalau dah gunakan adaxil selama beberapa tahun, ubat ni mampu untuk hilangkan rasa sakit dan perlahankan kemerosotan sendi juga cegah keadaan jadi lagi buruk. Ada beberapa kajian tertentu yang mengatakan risiko pembedahan penggantian lutut rendah kalau makan ubat ni, seronok nya!

Ubat ni dapat kurangkan kesakitan wanita yang bergantung dengan ubat penurun estrogen untuk barah payudara peringkat awal.

Sakit sendi disebabkan dadah yang menurunkan tahap estrogen – Pengambilan dos adaxil bersama chondroitin sulphate secara harian yang dibahagikan kepada 2-3 dos selama 24 minggu.

Sindrom pundi kencing yang menyakitkan – Pengambilan glucosamine sulphate, sodium hyaluronate, chondroitin sulphate, quercetin, dan rutin 4 kali sehari selama 12 bulan boleh kurangkan simpto ini.

Sakit sendi – Campuran glucosamine sulphate, methylsufonlylmethane, ekstrak kulit willow putih, pati akar halia, ekstrak frankincense India, pati akar kunyit, cayenne, and hyaluronic acid mampu mengurangkan rasa sakit di sendi-sendi.

Sakit lutut – Individu dengan sakit lutut kini boleh kurangkan sakit tu dengan mengambil ubatan khas yang mengandungi glucosamine suphate dicampur bersama beberapa ubatan lain yang disyorkan. Rawatan ini seharusnya di ambil dengan pembahagian 3 dos sehari untuk 8 minggu.

Kelebihan yang lain:

  • Sklerosis berbilang
  • Sakit rahang
  • Glaucoma
  • Penurunan berat badan

Selain daripada rawatan hospital dan rawatan kendiri di rumah, pengambilan adaxil juga merupakan pilihan yang baik. Dengan jumlah peratus hasil yang meyakinkan, ubatan ini sememangnya alternatif yang bagus untuk lutut dan juga isu kesihatan yang berkait dengan sendi.

Summary
Adaxil Mampu Merawat Keterbatasan Fungsi
Article Name
Adaxil Mampu Merawat Keterbatasan Fungsi
Description
Adaxil ialah protin gula yang dapat bantu membentuk tulang rawan di dalam badan (tisu penghubung keras yang berhampiran dengan tulang sendi).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: